Showing posts with label Hanis. Show all posts
Showing posts with label Hanis. Show all posts

Wednesday, 5 November 2014

OH ARTIS!!! Dedah perut : Hanis Zalikha dikritik!



PENGACARA popular ini sememangnya menjadi perhatian peminat kerana penampilannya sentiasa terkini.

Namun baru-baru ini dia sekali lagi menjadi perhatian gara-gara pakaian yg dikenakan sewaktu penggambaran bagi sebuah majalah tempatan menampakkan sedikit bahagian perutnya.

Perkara itu menyebabkan pemilik nama Hanis Zalikha ini dikritik hebat oleh pengikutnya di laman sosial Instagram.

Tertekan dengan kritikan tersebut, Hanis bagaimanapun bertindak menyekat beberapa pengikutnya kerana tidak mahu melayan komen-komen yg keterlaluan.

Pun begitu, sehingga kini pelakon Gangster Celop ini masih belum memberikan kenyataan berhubung kontroversinya itu.







 


View the original article here

Friday, 31 October 2014

OH HANISKU!!! Gambar Terbaru Hanis Zhalika Paling Mengancam Buat Lelaki Tergoda!




Sape2 pun yg melihat renungan maut Hanis ni pastinya tergoda dan jatuh cinta... tidak hairanlah nama Hanis semakin menjadi sebutan ramai kerana kecantikannya malah beliau juga seorang blogger aka selebriti yg bijak dan berpelajaran... bertuah sape2 lelaki yg kaern ngan die ni hehe..



Nak tahu ape rahsianya???



"Took my @toujoursadvanced collagen shot for skin and wearing my very first @solvilettitusmy to work today" tulisnya di Instagram.







 


View the original article here

Wednesday, 29 October 2014

OH ARTIS!!! Peminat Selar Hanis Zalikha Pelacur


Ingat lagi tak dengan kontroversi mengenai Hanis Zalikha yg telah menyekat pengikut Instagram gara-gara menegurnya berpakaian seksi?

Kali ini, sekali lagi pengacara jelita ini dikritik hebat tau. Semuanya kerana Hanis berpakaian hingga menampakkan sebahagian perutnya.

Kalau korang nak tahu, foto ini sebenarnya diambil ketika sesi fotografi bersama majalah Cosmopolitan Malaysia untuk edisi terbaru.

Difahamkan, foto ini telah dimuat naik oleh sebuah laman sosial blog hiburan terkenal.

Dek kerana itu, ada beberapa peminat yg mendakwa Hanis semakin seksi setelah popular.



Lebih teruk lagi apabila Hanis turut digelar pelacur.

Fuh! Sampai macam tu sekali marahnya. Hmm, apa nak hairan, keyboard warriors memang pantas dalam memberikan kata-kata yg ‘menusuk kalbu’ ni.



Kalau diikutkan, gambar ini tak adalah over sangat, tapi…iyalah apabila berpakaian terdedah sikit, pasti ramai yang marah kan?

Dalam pada itu ada juga yg tertunggu-tunggu foto ini diambil dan di-edit oleh Amran Fans. Maklumlah, Meran kan peminat setia Hanis Zalikha.

Kalau betul, korang rasa di mana Meran akan muncul ya?

View the original article here

Wednesday, 3 September 2014

Nantikan Kemunculan Hanis Zalikha, Diana Danielle dan Zizan Razak Di MeleTOP Malam Ini!



Tidak terlambat lagi untuk mengucap selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-57 buat semua rakyat Malaysia. Semoga negara kita kekal hidup aman dan damai serta bersatu padu tanpa mengira bangsa atau agama.

Episod 96 program MeleTOP malam ini bakal menyaksikan kemunculan barisan selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi pelbagai perkembangan terbaru mereka menerusi karier lakonan mahupun bidang nyanyian.

Dua jelitawan iaitu Hanis Zalikha dan Diana Danielle serta pelakon kacak Fizo Omar bakal muncul menerusi temubual mereka yang kini dilantik menjadi duta kepada jenama makanan Oat Krunch. Apa yang menarik tentang Oat Krunch yang terbaru?

Selain itu, pelawak dan pengacara terkenal tanah air iaitu Zizan Razak bakal muncul untuk mempromosikan program realiti nyanyi musim terbaru AF 2014 yang akan bermula tidak lama lagi. Apa yang bakal dikongsi Zizan buat penonton mengenai AF musim terbaru kali ini?
Lebih menarik, kehadiran dua penyanyi Black dan RJ yang kini sedang popular menerusi lagu Si Putih Si Merah di corong-corong radio. Mereka bakal melakukan persembahan secara langsung di studio MeleTOP khas buat para penonton!

Pasti anda tidak sabar untuk bersama barisan lima selebriti jemputan MeleTOP malam ini dengan pelbagai kisah menarik dan panas!
Jangan lupa untuk menonton program MeleTOP episod 96 yang dihoskan oleh Nabil dan Neelofa malam ini bermula jam 9.30 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Layari www.meletop.com.my untuk info trendy terkini seperti Gosip MeleTOP, Carta Filem dan Lagu MeleTOP serta banyak lagi!





View the original article here