Showing posts with label Nyaris. Show all posts
Showing posts with label Nyaris. Show all posts

Monday, 1 September 2014

Dua Murid Nyaris Di Culik Van Putih

Dua Murid Nyaris Di Culik Van Putih | Mereka kembali...kalau sebelum ini ia hanyalah lebih kepada khabar angin. Van putih menculik budak....kali ini ia benar-benar berlaku apabila dua murid perempuan hampir-hampir diculik oleh penjenayah tersebut.

Dua Murid Nyaris Di Culik Van Putih

Dua murid perempuan terselamat daripada menjadi mangsa culik tiga lelaki selepas mereka mengigit tangan suspek dalam kejadian di depan sebuah sekolah di Batu Lanchang, Georgetown semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, kedua-dua mangsa berusia 9 tahun ditarik masuk dalam sebuah van putih bercermin gelap.

Mereka kemudian diikat namun terselamat kerana menggigit tangan suspek sebelum berjaya meloloskan diri ketika van berkenaan berhenti berhampiran sebuah bank di Jalan Masjid Negeri.

Kedua-dua mangsa berlari pulang ke sekolah dan menceritakan kejadian terbabit kepada ibu mereka yang juga guru di sekolah itu.

Ketika itu, ibu kedua-dua pelajar berkenaan turut panik kerana anak mereka tiada di kawasan sekolah seperti kebiasaannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Abdul Rahman Ahmad yang dihubungi mengesahkan laporan dan juga kejadian terbabit.

sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/2014082912225520140829122255/Article?mutakhir

View the original article here

Sunday, 25 May 2014

Guru Nyaris Di Rogol Jiran

Seorang guru terkejut apabila jirannya tiba-tiba masuk ke rumahnya lalu menerpa dalam cubaan rogol di Taman Kasih Putera dekat sini, minggu lalu.



Dalam kejadian kira-kira 2 petang, mangsa berusia 28 tahun baru selesai solat Zuhur sebelum terdengar bunyi pintu pagar rumahnya dibuka.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, mangsa bergegas ke hadapan rumah dan dia dikejutkan dengan kehadiran jirannya.

“Suspek hanya berseluar pendek dan mengarahkan mangsa diam sebelum menolaknya.

“Mangsa yang ketakutan terus menendang suspek dan berjaya melarikan diri untuk meminta pertolongan,” katanya.

Suspek kemudian keluar dari rumah mangsa dan memaklumkan kepada jiran mangsa dia mahu menyelamatkan mangsa kononnya ada individu lain menceroboh rumah itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencabul. –Sinar Harian Online