Showing posts with label Pantai. Show all posts
Showing posts with label Pantai. Show all posts

Friday, 14 November 2014

GILA!!! 4 Wanita Separuh Bogel Di Pantai Port Dickson


Port Dickson: Empat wanita dipercayai pelancong asing yg didapati berjemur separuh bogel di Pantai Saujana Batu 4 di sini semalam sedang dikesan.

Jurucakap polis berkata satu laporan mengenai perkara itu diterima pada pukul 8.30 malam tadi dan usaha sedang dibuat untuk mengenal pasti mereka berkenaan.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Khoo Leng Huat mengesahkan terdapat laporan tentang perkara itu yg berlaku kira-kira pukul 2 petang semasa cuaca panas terik.

Gelagat mereka disedari seorang pengunjung dan merakamkannya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Datuk Ab Khalid Mat berkata pihaknya turut memandang serius perkara itu.

"Mandi tanpa pakaian di tempat awam adalah satu kesalahan," jelasnya.

 


View the original article here

Thursday, 4 September 2014

GEMPAR! 5 Gambar Pasangan Remaja Melayu Selfie Dengan Aksi Terlampau di Pantai


Akhir-akhir ini kita kerap disajikan dengan juadah gambar terlampau anak remaja melayu kita yang sememangnya di ambang kerapuhan serta ketandusan ilmu agama. Pasangan remaja ini yang sanggup berselfie sambil bercium di tempat awam seperti mereka sahajalah pasangan yang paling romantik di dunia. Apakah respons anda bila melihat gambar ini?

Gambar yang dikongsi menerusi laman Instagram tersebut diambil ketika pasangan itu bercuti di sebuah pulau di Pantai Timur. Tanpa rasa malu, dia berkongsi gambar-gambarnya yang hanya berbikini. Apa nak jadi la remaja kita ni kan?

Lebih memalukan apabila ditegur, remaja perempuan tersebut cuba menegakkan benang yang basah seolah-olah aksi mereka ni tidak salah langsung. Inilah yang dikatakan melayu bodoh

View the original article here

Thursday, 19 June 2014

Di Pantai Ini Anda Dapat Lihat Kapal Terbang Paling Hampir



Maho Beach adalah pantai paling ekstrim di dunia. Pantai tersebut berada tepat di hujung landasan pesawat sehingga setiap hari ada ratusan pesawat yang akan mendarat melintas tepat di atas kepala para pelancong yang sedang berjemur!

Maho Beach berada di kepulauan Caribbean tepatnya di pulau Saint Martin. Sebuah pulau unik yang setengahnya dimiliki oleh Perancis dan setengahnya lagi oleh Kerajaan Belanda. Maho Beach sendiri berada di wilayah milik Kerajaan Belanda yang pada tahun 2010 menjadi wilayah autonomi Kerajaan Belanda dengan nama Sint Maarten.

Sint Maarten yang letaknya berada di kepulauan Caribbean menjadi salah satu destinasi pelancongan bagi warga Eropah. Salah satu daya penarik popular di Sint Maarten adalah Maho Beach, iaitu sebuah pantai yang berada tepat di hujung landasan kapal terbang. Kerana landasan pesawat yang pendek, kira-kira 2180 meter, pesawat yang akan mendarat harus melakukan pendaratan terbang rendah untuk mencapai landasan. Pendaratan inilah yang menjadi daya tarik tersendiri bagi para pelancong di Maho Beach.









View the original article here