Showing posts with label Separuh. Show all posts
Showing posts with label Separuh. Show all posts

Friday, 14 November 2014

GILA!!! 4 Wanita Separuh Bogel Di Pantai Port Dickson


Port Dickson: Empat wanita dipercayai pelancong asing yg didapati berjemur separuh bogel di Pantai Saujana Batu 4 di sini semalam sedang dikesan.

Jurucakap polis berkata satu laporan mengenai perkara itu diterima pada pukul 8.30 malam tadi dan usaha sedang dibuat untuk mengenal pasti mereka berkenaan.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Khoo Leng Huat mengesahkan terdapat laporan tentang perkara itu yg berlaku kira-kira pukul 2 petang semasa cuaca panas terik.

Gelagat mereka disedari seorang pengunjung dan merakamkannya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Datuk Ab Khalid Mat berkata pihaknya turut memandang serius perkara itu.

"Mandi tanpa pakaian di tempat awam adalah satu kesalahan," jelasnya.

 


View the original article here

Wednesday, 5 November 2014

WOW!!! Amy Gordon: Kisah Gadis Gemuk Yang Berjaya Menurunkan Hampir Separuh Berat Badannya Selepas Di Hina..






Menjadi bahan jenaka dikalangan rakan-rakan Kolej kerana bentuk tubuh yg gemuk adalah satu perkara yg mengecewakan seseorang. Di tambah lagi apabila bentuk tubuhnya menjadi sasaran modal untuk pelawak di atas pentas untuk melawak kepada penonton ianya adalah saat-saat yg amat memalukan apabila diketawakan oleh ramai hadirin yg hadir. 



Peristiwa tersebut terjadi kepada seorang wanita yg bernama Amy Gordon 29 Tahun dari Wolvehampton. Wanita yang mempunyai tubuh yg gemuk dengan berat badan mencecah 117Kg. Amy Gordon mempunyai berat badan yang agak berlebihan sehingga dia menjadi sasaran kutukan dan ejekan rakan-rakan sekolahnya. Setiap hari Amy Gordon mengakui tidak pernah lari daripada diejek dan dicaci kerana mempunyai badan yg gemuk. 






Peristiwa yang amat memalukan yg pernah terjadi kepada ketika dia menghadiri sebuah acara komedi dimana ketika itu pelawak di atas pentas membuat lawak tentang gadis-gadis berlemak. 



Kemudian Pelawak tersebut menunjuk ke arahnya dan berkata "Disana salah seorangnya"



"Tiba-tiba semua mata memandangnya dan bergelak sakan. Malam itu berubah menjadi satu mimpi ngeri kepada saya" Kata Amy.



Amy Gordon mula nekad untuk menguruskan badannya apabila dia meningkat dewasa. Semasa dia bekerja di Klinik Gigi dia dikelilingi dengan rakan yg sentisa memberi semangat kepadanya dan tidak mencacinya kerana berat badannya.



Amy Gordon mengambil masa selama 10 tahun untuk menurunkan berat badannya seperti sekarang. Pada mulanya sesi dietnya agak tidak teratur dimana berat badannya turun dan naik.



Sehinggalah Amy Gordon menyertai kumpulan Weight Watchers di Wolverhampton.



Amy Gordon berubah menjadi seorang vegetarian dan semenjak itulah berat badannya semakin menurun dengan teratur. 



Kini Amy telah berjaya menurunkan hampir separuh daripada berat badan asalnya iaitu dari 117Kg kepada 62Kg. Amy Gordon sedang berusaha menurunkan berat badanya kepada 50kg.










Amy Gordon kini lebih cantik, langsing dan seksi dan dia muncul sebagai penghias muka hadapan majalah Weight Watcher 2014.








Semasa Amy Gordon bercuti di Tunissia, beliau pertama kali memakai bikini sepanjang hidupnya. 



Semasa di klinik salah seorang pesakitnya bertanya kepadanya "Dimana Amy".



Apabila Amy menyatakan dialah Amy. Pesakit itu menggelengkan kepalanyadan berkata "Bukan, Amy lain. Gadis gemuk dan berambut hitam".



Amy tersenyum kerana dia bukan lagi gadis gemuk yg dicaci, dikutuk, dihina dan diejek dulu.

 


View the original article here

Saturday, 4 October 2014

Apa Reaksi Adi Putra Bila Gambar Separuh Tlanjang Miliknya Didedahkan?



Ingatkan kes melibatkan Adi Putra dan seorang wanita Johor, Nooraida Abdul Talib, 30, sudah ‘tutup buku’ apabila pihak polis mengklasifikasikannya sebagai ‘no further action’ manakala Nooraida diceraikan suaminya.
Namun bekas suami Nooraida, Amiruddin Othman, 51, dilihat kembali memanjangkan keadaan apabila memuatnaik gambar Adi Putra yang hanya bertuala dalam tandas bersama komen, “Yes my X salah tapi the other tak mengaku”.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika gambar ini adalah gambar yang dikirim Adi Putra kepada Nooraida sepanjang perkenalan singkat mereka.
Jika benar mengapa agaknya ia tidak ditunjukkan Amiruddin ketika kes sedang hangat dibicarakan?
Adi Putra dalam satu sidang media pada 13 Disember tahun lalu mempertahankan diri bahawa dia tidak bersalah sebagaimana tuduhan Amiruddin selepas pihak polis menggugurkan kes yang difailkan pasangan suami isteri berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.
Apa pun, kita nantikan respon daripada Adi Putra memandangkan pelakon ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan mengambil tindakan jika masih dikaitkan dengan kes ini.
September tahun lalu, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 33, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dengan berbalas mesej dan bertukar gambar lucah walaupun baru seminggu berkenalan.

View the original article here

Tuesday, 2 September 2014

MESTI TENGOK! Identiti Model Pasangan Separuh B0gel di Ipoh kini Didedahkan


Semalam, kita digemparkan mengenai isu pasangan yang mengambil gambar di bandaraya Ipoh dengan pakaian yang separa b0gel. Maklumat terkini telah pun diperolehi mengenai model yang mengambil gambar separa b0gel di Ipoh. Pihak berkuasa telah mengesan dan bakal mengambil tindakan pada model berkenaan. Perbuatan sebegini adalah salah dan telah melanggar tatasusila sebagai Rakyat Malaysia. Jom kita kenali pasangan ini di bawah :




View the original article here

Tuesday, 27 May 2014

Pelajar IPTA Kantoi Separuh Bogel Dalam Kereta



Tersentak melihat kehadiran penduduk kampung, sepasang kekasih yang asyik memadu asmara dalam sebuah kereta bertindak nekad mengundurkan kenderaan sejauh kira-kira 200 meter sebelum merempuh tiang dan masuk ke dalam longkang di Jalan Sungai Ragok, Ayer Paabas awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, pasangan masing-masing berusia 20 tahun itu memberhentikan kereta Produa Myvi di bahu jalan di kawasan kampung berkenaan.

Menurut sumber, beberapa penduduk menyedari kereta berkenaan berhenti dan mematikan lampu kesemua lampu hingga menimbulkan kecurigaan.

Bimbang berlaku sesuatu yang buruk berlaku, beberapa penduduk kampung menaiki kereta dan motosikal menghampiri kenderaan itu untuk menghulurkan bantuan. Penduduk mendapati tempat duduk pemandu dan penumpang direbahkan dan melihat pasangan itu leka bergomol dan berpelukan di dalam kereta dengan seluar pasangan terbabit separuh terlondeh.

Penduduk menghubungi pegawai syarak kariah kampung dan seorang penduduk menyuluh ke dalam kenderaan menyebabkan pasangan yang sedang asyik dibuai asmara itu terkejut.

"Wanita berkenaan menekup mukanya manakala lelaki terbabit mengangkat kepala tanpa menaikkan tempat duduk dan terus menekan pedal minyak menyebabkan kereta bergerak laju secara mengundurkan tanpa menyalakan lampu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, pagi semalam.


 

Sumber itu berkata, beberapa ketika kemudian kedengaran dentuman kuat kira-kira 200 meter dari tempat kejadian sebelum penduduk kampung mendapati kenderaan dinaiki pasangan kekasih terbabit terperosok di dalam longkang di kiri jalan selepas merempuh tiang telekomunikasi.

"Tiang telekomunikasi berkenaan tercabut dan patah dua manakala kenderaan dinaiki pasangan terbabit remuk di bahagian belakang dan pasangan itu keluar dari kenderaan berkenaan," katanya.

Menurut sumber, pasangan kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Negeri Sembilan dan penuntut wanita di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini, memberi alasan tinggal berjauhan dan bertemu untuk bersiar-siar sebelum berhenti di tepi jalan kerana mengantuk dan terlelap di situ. Menurut Imam (1) Kariah Masjid Bukit Saga, Ayer Paabas Shaari Samah, pasangan terbabit masing-masing berusia 20 tahun ditahan kerana berdua-duaan di dalam kereta di kawasan sunyi dipercayai kedua-duanya dalam keadaan separuh bogel.

 "Pasangan terbabit mendakwa tersalah jalan dan terlelap ketika berhenti di tempat kejadian. Selepas diperiksa, mereka didapati tidak memiliki sebarang dokumen pernikahan dan dibawa ke Balai Polis Alor Gajah untuk diambil keterangan sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk tindakan lanjut," katanya.

Ketua Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani, ketika dihubungi hari ini mengesahkan tangkapan khalwat pasangan berkenaan.~ Sumber