Showing posts with label Pramugari. Show all posts
Showing posts with label Pramugari. Show all posts

Friday, 29 August 2014

Pramugari bertudung mampu lonjak imej MAS





Pemuda Umno meminta pengurusan baharu MAS mengkaji polisi uniform kru penerbangan.

< 1 / 1 >

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan melaksanakan pengambilalihan MAS melalui Khazanah Nasional Bhd untuk proses transformasi syarikat penerbangan negara itu disokong Pemuda Umno.



Namun, Exco Pemuda Umno, Dazma Shah Daud berkata, pengurusan baharu MAS perlu buat beberapa perubahan polisi untuk buktikan transformasi itu.



“Kami mencadangkan pengurusan MAS memberi kelonggaran atau mewajibkan pramugari beragama Islam memakai tudung dan mengenakan seragam yang menutup aurat.



“Isu ini bukan perkara baharu, malahan ia mendapat desakan daripada kebanyakan rakyat negara ini yang mahu melihat MAS lebih menekankan aspek Islamik dalam kalangan kakitangan mereka,” katanya yang juga Pengerusi Biro Pekerja Muda.



Katanya, usul itu akan dibawa dalam Mesyuarat Exco Pemuda Umno, hari ini.



Dazma berkata, pengurusan MAS tidak perlu gusar tentang persepsi penumpang luar negara atau bukan Islam kerana masyarakat global kini sudah terbuka menerima pemakaian tudung dan uniform yang lebih sempurna.



Malah kata beliau, imej dan integriti MAS akan lebih melonjak terutamanya dalam kalangan penumpang negara Islam serta akan dihormati oleh masyarakat antarabangsa.



“Imej bertudung tidak lagi menjadi imej tabu kerana pemakaian mengikut syariat Islam itu sudah mampu diterima majoriti masyarakat global.



“Jangan rasa takut perniagaan terjejas kerana kita kena yakin dengan ketentuan ALLAH SWT kalau kita mengikut suruhan-Nya,” katanya.



Beliau berkata, sudah banyak syarikat penerbangan seperi Royal Brunei Airlines, Saudi Airlines dan Iran Air mewajibkan pramugari mereka memakai tudung dan ia terbukti tidak menjejaskan reputasi syarikat penerbangan tersebut.



“Tiba masanya pengurusan baharu MAS meneliti dan mengkaji kembali polisi pemakaian uniform dalam kalangan kru penerbangan mereka.



“Pemuda Umno pasti majoriti rakyat negara ini akan memberi sokongan sepenuhnya jika kakitangan MAS berpakaian menutup aurat dan lebih sopan,” katanya.

View the original article here

Anak Pramugari Mangsa Sebaran Cerita Palsu

Kuala Lumpur – Ketika rakyat Malaysia sedang berkabung masih wujud segelitir individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan cerita palsu mengenai keluarga mangsa nahas penerbangan MH17 di laman sosial.
Mangsa terbaru manipulasi laman sosial itu ialah anak kanak-kanak lelaki yang dilaporkan kononnya begitu sedih sehingga mahu membuka bendera Malaysia digunakan untuk menyelubungi keranda pramugari MAS Mastura Mustafa bagi melihat wajah ibunya, tersebar luas di beberapa media sosial termasuk aplikasi WhatsApp.
Menurut cerita yang disebarkan ini, anak lelaki tunggal arwah, Muhriz Marzaidi, 10, dikatakan merintih mahu menatap wajah ibunya dan merayu-rayu meminta keranda dibuka walaupun sedikit supaya dapat mencium pipi ibunya.
Namun, beberapa wartawan termasuk Harian Metro yang mengikuti pengebumian dari rumah sehingga ke kubur berkata, insiden itu tidak berlaku dan disyaki rekaan semata-mata.
wartawan Harian Metro Raja Noraina Raja Rahim melaporkan, ketibaan jenazah jam 12.40 tengah hari tadi disambut Muhriz serta bapanya Mohamed Affendi Khairuddin, 43, dan datuknya Mustafa Abdul Samad, 83.
Muhriz dilihat menangis sebaik keranda jenazah ibunya yang dibaluti Jalur Gemilang diletakkan dalam masjid berkenaan sementara menunggu solat Jumaat.
“Walaupun sebak, Muhriz pergi bersama bapanya dan jemaah lain untuk menunaikan solat jenazah selepas itu.
“Tiada pula berlaku insiden Muhriz mahu membuka Jalur Gemilang daripada keranda atau meminta mahu mencium pipi ibunya seperti yang disebarkan pihak tertentu itu,” katanya yang berharap orang ramai merujuk kepada media utama jika mahu mendapatkan perkembangan semasa yang sahih dan boleh dipercayai.
Sebaik selesai solat jenazah kira-kira jam 2.30 petang itu, jenazah dibawa dengan penuh penghormatan ke Tanah Perkuburan Islam Taman Paroi Jaya, di Seremban untuk pengebumian.
Kira-kira 2,000 jemaah yang hadir menunaikan solat Jumaat dengan dipimpin Imam Eksekutif Masjid At-Taqwa, Ahmad Naim Azlan diikuti solat jenazah. – Harian Metro

View the original article here