Showing posts with label Palsu. Show all posts
Showing posts with label Palsu. Show all posts

Wednesday, 29 October 2014

PENDEDAHAN!!! Wajah sebenar lelaki serupa UAI dalam video panas palsu

Baru-baru ini kita dikecohkan dengan penyebaran video panas Ustaz Azhar dengan seorang perempuan berdurasi 38 saat. 


Selepas video itu tersebar pelbagai tomahan telah dilemparkan kepada Ustaz Azhar Idrus ada juga yg tidak percayainya.

Kemudian orang ramai dengan Ustaz Azhar telah tampil menafikan sekeras-kerasnya video tersebut adalah ustaz Azhar dan mengatakan ada pihak tertentu cuba jatuhkan Ustaz Azhar dalam menyampaikan dakwahnya.

Ada juga mengatakan Video ini telah diedit oleh penyokong UMNO atau orang kuat UMNO dengan alasan Ustaz Azhar Pro PAS jadi mereka telah edit dan menfitnah Ustaz Azhar.



Tidak dapat dipastikan siapakah yg edit video tersebut dan menyebarkan fitnah ini yg pasti dalam video ini bukan Ustaz Azhar Idrus.





Berikut bukti yg dapat Admin Sertakan





Dalam gambar diatas terdapat perbezaan telinga Ustaz Azhar dengan Wajah yg diedit dalam video tersebut. 



Berikut dikatakan wajah lelaki sebenar dalam video panas yg tersebar.






Jadi kepada yg sebar fitnah ini anda terimalah balasanya nanti dosa dengan Allah boleh bertaubat Dosa dengan manusia selagi tidak mohon ampun tanggunglah akibatnya tambahan pula fitnah seorang ustaz yg menyampaikan ilmu agama.

Kepada rakan-rakan yg membaca dan melihat pendedahan ini mohon jasa baik anda share info ini menerusi button share yg disediakan dibawah mudah-mudahan dengan bantuan anda jenayah fitnah kepada UAI ini dapat diketahui Umun.



View the original article here

KESIAN!!! Rintihan sedih isteri-isteri UAI isu penyebaran video seks palsu

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, media sosial gempar dengan penyebaran satu video skandal seks berdurasi 38 saat yg kononnya adalah seorang penceramah terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus.



Video skandal seks itu pada mulanya dimuatnaik di laman blog Cili Padi dan kemudian menjadi viral di laman sosial beberapa jam seterusnya.

Di dalam video skandal seks itu kelihatan seorang lelaki mirip Ustaz Azhar Idrus(UAI). Rata-rata pengguna laman sosial terkejut dengan video itu. Ini adalah kali pertama seorang penceramah bebas dikaitkan dengan video skandal seks.



Selain UAI yang jadi mangsa, insan lain yg turut terkena tempias ialah ketiga-tiga isterinya dan anak-anak. Berikut ialah luahan sedih anak sulung UAI, Nur Madiha Asyikin, isteri pertama, Rogayah Sulong dan isteri kedua, Nisya Wan.












 


View the original article here

Sunday, 28 September 2014

Tiga Terpedaya Jihad Palsu



Mereka masih ‘baharu’ tetapi berminat untuk menjadi pejuang jihad selepas direkrut menerusi laman sosial Facebook hanya tiga bulan lalu.

Ketiga-tiga rakyat Malaysia yang bakal menjadi pejuang jihad ini, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis, telah disenaraikan dalam kumpulan pengganas Negara Islam (IS) oleh seorang anggota senior militan rakyat Malaysia yang menggunakan Facebook untuk mendapatkan keanggotaannya.

Mereka adalah arkitek dan juruteknik, masing-masing berusia 26 tahun dan pemilik kedai, 42, merupakan sebahagian daripada anggota rangkaian yang lebih luas, dengan menyertai IS bagi berjuang secara ‘salah’ untuk mati syahid.






“Polis sudah pun mengenal pasti individu yang merekrut anggota itu. Kesemua suspek dianggap masih ‘baharu’ tetapi sanggup menyertai IS dalam perjuangan jihad mereka yang ‘salah’,” kata sumber dalam satu temuramah pada Jumaat.

Polis mempercayai suspek berhubung dengan seorang lagi pejuang rakyat Malaysia di Syria.

Ketiga-tiga mereka dipercayai telah bertemu di Klang bersama individu yang menguruskan mereka beberapa kali bagi merancang perjalanan mereka ke Syria.

“Polis sedang menyiasat sekiranya kesemua suspek mempunyai sebarang rancangan untuk menyasarkan rakyat Malaysia sebagai ahli, tetapi tiada petunjuk setakat ini,” menurut sumber itu, sambil menambah bahawa perjumpaan diadakan di rumah arkitek itu di Klang.




Sejurus selepas penahanan mereka, para pegawai dari Unit Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman dibawa kesemua lelaki terbabit ke rumah mereka, di Klang, Kota Bharu dan Arau bagi menjalankan siasatan lanjut.

"Polis merampas satu bendera IS dan beberapa komputer milik suspek. Soal siasat bersama ahli keluarga suspek menunjukkan mereka tidak mengetahui aktiviti suspek.

"Bagaimanapun, terdapat satu keluarga yang menginzinkan perkara itu kerana mereka percaya suspek akan berjuang demi jihad," tambah sumber itu.

Bukit Aman memantau mana-mana rakyat Malaysia yang merancang untuk menyertai IS, terutamanya selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menggesa semua negara untuk membendung pejuang jihad ke Iraq dan Syria.

View the original article here

Wednesday, 3 September 2014

Gigi Palsu Beri Kuasa Ajaib Kepada Azhan Rani Bawa Watak Tompel



Sungguhpun Azhan Rani bukanlah pilihan pertama pengarah Melissa Saila untuk membawa watak Allahyarham seniman AR Tompel, namun keputusan Melissa Saila disaat akhir ternyata membuahkan hasil.

Pelakon Azhan Rani akhirnya dipilih Melissa untuk membawa watak Tompel selepas merasakan pilihan awalnya tidak begitu menepati kriteria seniman hebat tersebut.






Azhan ketika ditemui baru-baru ini memberitahu, ketika Melissa mempelawanya untuk melakonkan watak Tompel, dia merasakan perkara tersebut sebagai jenaka.

“Mula-mula memang saya rasa kelakar. Tetapi selepas bertemu Lis dia meyakinkan saya dan tanpa bercakap banyak saya terus bersetuju.



“Akhirnya saya ringkaskan, mulanya saya rasa terbeban kerana terpaksa membawa watak yang saya tidak pernah bawa, watak yang nyata, watak yang pernah ada dan ia bukan watak orang biasa sebaliknya watak legenda.

“Saya perlu hati-hati membawa watak itu supaya tetap dipandang sebagai legenda. Legenda adalah watak itu, bukan diri saya,” katanya.

Kata Azhan lagi, dia sempat melakukan rujukan bagi menghayati perwatakan Tompel secara keseluruhan dengan menonton semula filem lakonan Allahyarham antaranya Ahmad Albab dan Keluarga 69, Azhan berkata, ketika di set penggambaran ada kejadian yang melucukan.




“Selesai disolek lengkap bergigi palsu, saya terkejut melihat diri saya sendiri di depan cermin kerana saya nampak AR Tompel di dalam diri saya.

“Gara-gara gigi palsu yang dipakai itu juga, ia menyukarkan saya untuk bercakap dan menyebabkan suara saya bertukar,” katanya.

Bagaimanapun katanya dia bimbang dengan penerimaan penonton terhadap peranannya sebagai Allahyarham Seniman AR Tompel dalam siri biopik telefilem Saloma yang sedang ditayangkan di Astro First Eksklusif sejak 28 Ogos lalu.

"Saya tidak membawa watak Tompel di depan layar tetapi sebaliknya dan saya perlu berhati-hati kerana tidak mahu mencalarkan peranan tersebut selain amat menghormatinya," katanya.

Selain Azhan, Saloma turut dibintangi oleh Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P Ramlee), Sazzy Falak (Mariani), Sharifah Amani (Siput Sarawak) dan Hasnol Rahmat (bapa tiri Saloma).

View the original article here

Friday, 29 August 2014

Anak Pramugari Mangsa Sebaran Cerita Palsu

Kuala Lumpur – Ketika rakyat Malaysia sedang berkabung masih wujud segelitir individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan cerita palsu mengenai keluarga mangsa nahas penerbangan MH17 di laman sosial.
Mangsa terbaru manipulasi laman sosial itu ialah anak kanak-kanak lelaki yang dilaporkan kononnya begitu sedih sehingga mahu membuka bendera Malaysia digunakan untuk menyelubungi keranda pramugari MAS Mastura Mustafa bagi melihat wajah ibunya, tersebar luas di beberapa media sosial termasuk aplikasi WhatsApp.
Menurut cerita yang disebarkan ini, anak lelaki tunggal arwah, Muhriz Marzaidi, 10, dikatakan merintih mahu menatap wajah ibunya dan merayu-rayu meminta keranda dibuka walaupun sedikit supaya dapat mencium pipi ibunya.
Namun, beberapa wartawan termasuk Harian Metro yang mengikuti pengebumian dari rumah sehingga ke kubur berkata, insiden itu tidak berlaku dan disyaki rekaan semata-mata.
wartawan Harian Metro Raja Noraina Raja Rahim melaporkan, ketibaan jenazah jam 12.40 tengah hari tadi disambut Muhriz serta bapanya Mohamed Affendi Khairuddin, 43, dan datuknya Mustafa Abdul Samad, 83.
Muhriz dilihat menangis sebaik keranda jenazah ibunya yang dibaluti Jalur Gemilang diletakkan dalam masjid berkenaan sementara menunggu solat Jumaat.
“Walaupun sebak, Muhriz pergi bersama bapanya dan jemaah lain untuk menunaikan solat jenazah selepas itu.
“Tiada pula berlaku insiden Muhriz mahu membuka Jalur Gemilang daripada keranda atau meminta mahu mencium pipi ibunya seperti yang disebarkan pihak tertentu itu,” katanya yang berharap orang ramai merujuk kepada media utama jika mahu mendapatkan perkembangan semasa yang sahih dan boleh dipercayai.
Sebaik selesai solat jenazah kira-kira jam 2.30 petang itu, jenazah dibawa dengan penuh penghormatan ke Tanah Perkuburan Islam Taman Paroi Jaya, di Seremban untuk pengebumian.
Kira-kira 2,000 jemaah yang hadir menunaikan solat Jumaat dengan dipimpin Imam Eksekutif Masjid At-Taqwa, Ahmad Naim Azlan diikuti solat jenazah. – Harian Metro

View the original article here