Showing posts with label Romantis. Show all posts
Showing posts with label Romantis. Show all posts

Thursday, 30 October 2014

CUN!!! Romantis Aeril Zafrel & Wawa Zainal Di Kota Eropah



Bagi sesetengah pihak, pasangan ini tidak pernah sunyi dari kontroversi lebih lebih lagi melibatkan pihak pengurusan lama mereka namun di mata ramai peminat, pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal boleh menjadi model contoh dalam hubungan romantis.



Ketika artikel ini ditulis, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sedang menikmati percutian mereka ke kota kota percutian popular Eropah seperti Amsterdam, Paris, Brussels dan Cologne.

Sejak beberapa hari lalu, pasangan ini berkongsi gambar mereka di sana untuk tatapan peminat & oh ya, mereka ke sana untk penggambaran salah satu episod baru Romantika
yg boleh anda nantikan tayangannya di kaca televisyen kelak. Enjoice!

View the original article here

Monday, 1 September 2014

Sinopsis Mamak Cupcake Filem Komedi Romantis Shaheizy Sam & Siti Saleha

Sinopsis Mamak Cupcake Filem Komedi Romantis Shaheizy Sam & Siti Saleha | Kini di pawagam seluruh negara sedang menayangkan filem romantis komedi lakonan utama Shaheizy Sam dan Siti Saleha.

Sinopsis Mamak Cupcake Filem Komedi Romantis Shaheizy Sam & Siti Saleha

Filem Mamak Cupcake berkisar tentang seorang anak jati Penang berketurunan Mamak iaitu MJ (Shaheizy Sam) yang mempunyai konflik minat dan matlamat hidup yang sangat berbeza di mana MJ amat meminati pembuatan kek cawan atau cupcake.


Malangnya, hasrat beliau terhalang kerana terpaksa bertarung hasrat bapanya yang menginginkan beliau untuk mewarisi perniagaan tradisi keluarganya.


MJ hampir berputus asa sehinggalah beliau berjumpa dengan seorang gadis iaitu Juliana (Siti Saleha) yang mengembalikan semangat beliau.


Jadi, yang mana satukah pilihan MJ? Adakah MJ akan terus meneruskan perjuangan beliau demi minat ataupun meneruskan tradisi turun temurun perniagaan keluarganya?


Filem Mamak Cupcake mempertaruhkan pelakon popular seperti Shaheizy Sam, Siti Saleha, Maria Farida, Azad Jazmin, Natasha Hudson, Acappan, Kathy Fauziah dan Adibah Noor.




sumber
https://www.facebook.com/mamakcupcake

View the original article here