Showing posts with label Zainal. Show all posts
Showing posts with label Zainal. Show all posts

Thursday, 30 October 2014

CUN!!! Romantis Aeril Zafrel & Wawa Zainal Di Kota Eropah



Bagi sesetengah pihak, pasangan ini tidak pernah sunyi dari kontroversi lebih lebih lagi melibatkan pihak pengurusan lama mereka namun di mata ramai peminat, pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal boleh menjadi model contoh dalam hubungan romantis.



Ketika artikel ini ditulis, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sedang menikmati percutian mereka ke kota kota percutian popular Eropah seperti Amsterdam, Paris, Brussels dan Cologne.

Sejak beberapa hari lalu, pasangan ini berkongsi gambar mereka di sana untuk tatapan peminat & oh ya, mereka ke sana untk penggambaran salah satu episod baru Romantika
yg boleh anda nantikan tayangannya di kaca televisyen kelak. Enjoice!

View the original article here

Wednesday, 29 October 2014

APA KES!!! Punca sebenar Ahmad Fakhruddin tidak kenal maknya, Wawa Zainal

Bergelar seorang ibu, sudah pasti kepentingan anak menjadi keutamaan begitu juga perihalnya dengan pelakon, Wawa Zainal.



Mempunyai seorang anak bersama Ariel Zafril, Ahmad Fakhruddin Attar yg kini berusia setahun tujuh bulan, Wawa nyata lebih mementingkan tanggungjawab sebagai ibu berbanding karier lakonannya. 



Bagi Wawa, dia cukup berhati-hati bila mahu mengambil tawaran berlakon sekarang kerana tidak mahu berenggang lama dengan anaknya. 



“Kalau ada tawaran berlakon drama, saya tidak akan terima drama yg mempunyai episod yg panjang kerana komitmen sebagai ibu. 



“Kecuali telemovie atau drama yg hanya mengambil tempoh untuk 13 episod sahaja, itu akan saya pertimbangkan untuk terima,” jelasnya ketika ditemui di set penggambaran Fatihah Buatku di Ukay Perdana, Selangor. 



Jelas Wawa lagi, pernah sebelum ini dia mengambil episod yg panjang dan memerlukan masa yg lama untuk penggambaran. 



“Sebelum ini saya pernah terima tawaran untuk sebuah drama yg panjang dan memerlukan saya berada di lokasi kira-kira dua minggu di Sarawak. 



“Balik dari Sarawak sahaja, anak saya sudah tidak kenal dengan saya. Menangis-nangis dia bila saya dukung. 



“Akibat daripada itu yg saya buat keputusan untuk tidak ambil lagi tawaran yg memerlukan masa yg panjang atau memerlukan saya berada di luar ibu kota dalam tempoh masa yg panjang,” jelasnya. 



Kata Wawa, itu tidaklah bermaksud dia langsung tidak mahu mengambil tawaran drama, sebaliknya mahu menunggu masa yg sesuai. 



“Buat masa ini anak saya masih lagi kecil, itu yg saya tidak mahu ambil tawaran. Mungkin bila dia sudah berusia dua atau tiga tahun, saya akan kembali menerima tawaran drama panjang,” ujarnya. 



Bagi Wawa, keputusan yg dibuat adalah yg terbaik dan setakat ini, selepas bergelar ibu, rezeki tawarannya belum pernah putus lagi. 



“Tawaran untuk berlakon memang tidak pernah putus. Tetapi saya sendiri yg hadkan diri. Begitu juga dengan Ariel yg tidak mengambil tawaran lakonan dengan jangka masa yg lama. 



“Setakat ini, telemovie Fatihah Buatku ini yg terbaharu sedang saya lakonkan selepas tiga bulan tidak masuk ke set,” jelasnya. 



Lakonan Wawa sebagai Fatihah boleh dilihat menerusi telemovie Fatihah Buatku yg akan ke udara menerusi saluran Astro Oasis pada hari Sabtu ini pukul 10 pagi bersempena sambutan Awal Muharam. 



Turut terlibat dalam telemovie ini termasuklah Nazim Othman, Amerul Affendi, Kazar, Mak Jah, Man Raja Lawak dan Suriati Baharom -




 


View the original article here

Saturday, 27 September 2014

Aeril, Wawa Zainal didenda nikah tanpa kebenaran



PASANGAN pelakon Aeril Zafrel, 26, dan Wawa Zainal, 22, masing-masing didenda RM1,000 dan RM800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Subang Bestari di Petaling Jaya, selepas mengaku bersalah bernikah tanpa kebenaran sah dan bersubahat dalam pernikahan itu, dua tahun lalu.






Bapa angkat Aeril, Wahap Raob, 71, yang mengaku bersalah bersubahat dalam pernikahan mereka turut didenda RM800.

Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Datuk Harun pada 25 Februari 2012, masing-masing mengikut Seksyen 40(2) dan 134 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.



View the original article here

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Didenda Nikah Tanpa Kebenaran


Aeril dan Wawa dikenakan denda didapati bersalah oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling atas kesalahan melakukan pernikahan tanpa kebenaran.

Pelakon Aeril Zafril didapati bersalah oleh Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini pada Khamis atas kesalahan melakukan pernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Rujuk dan Cerai menurut Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairi Sunari, 26, dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,000 atau penjara selama dua bulan sekiranya gagal membayar denda.






Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Saharuddin Selamat.

Dalam pada itu, aktres Wawa Zainal yang juga isteri Aeril turut mengaku bersalah bersubahat atas kesalahan sama dan dikenakan denda sebanyak RM800 atau penjara sekiranya gagal membayar denda.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 22, melakukan kesalahan berkenaan mengikut Seksyen 134 (subahat) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.




Kedua-dua pasangan itu diwakili Peguam Syarie, Mohd Aizan Md Idrus manakala pertuduhan dibuat Pendakwa Syarie, Khafizah Ahmat Khairi.

Menurut pertuduhan, Aeril dan Wawa melakukan pernikahan tanpa kebenaran pada 25 Februari 2012 di sebuah rumah beralamat 2, Lorong 7A, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya kira-kira pukul 8 malam.

Sementara itu, bapa angkat Aeril, Wahap Raub yang turut dituduh bersubahat dalam kes berkenaan turut dikenakan denda sama seperti Wawa.

Dua lagi tertuduh iaitu bapa Wawa iaitu Zainal Abidin Sulong yang bertindak sebagai wali dan Salim Asari tidak menghadirkan diri kerana berada di Sabah.

Aeril dan Wawa bernikah buat kali kedua dengan kebenaran pada 4 Februari tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata Ahmad Fakharuddin Attar yang kini berusia 15 bulan.

View the original article here

Thursday, 28 August 2014

Nad Zainal, Baru kenal hati budi



Pelakon Nad Zainal menafikan beliau dan Hefny Sahad pernah menjalinkan cinta sebaliknya hanya sekadar tahap mengenal hati budi.

Kenyataan pelakon genit itu agak klise kerana sebelum ini mereka dilihat sudah dilamun asmara sejak empat bulan lalu.

Hubungan pasangan ini diketahui sejurus kisah cinta Nad dengan Azwan Kombos berakhir. Terbaru bertebaran pula kisah kononnya menyerang Hefny di lokasi penggambaran drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna arahan Shuhaimi Lua yang diterbitkan Zeel Production bagi siaran TV3 slot Akasia bermula 2 September ini.

Dek insiden yang digembar-gemburkan itu, timbul pula dakwaan yang pasangan ini sudah putus cinta. BH Online menghubungi Nad untuk bertanyakan hal ini. Ikuti penjelasannya.






"Memang kami belum sampai tahap bercinta. Apa-apa yang tidak pasti berkaitan dengan dia (Hefny) memang tak keluar kenyataan. Mungkin sebelum ini dia yang keluar kenyataan terlalu awal mengenai kami. Benda yang tak pasti ini saya sendiri tak suka cakap. Lainlah kalau sudah sah kami menjalinkan hubungan.

"Hal sebegini hanya mengganggu kerja saja. Apa yang terjadi ini memberi pengajaran dalam hidup saya supaya tidak terlalu terbuka berkongsi mengenai cerita peribadi. Mungkin selepas ini, saya lebih suka diam saja mengenai hal peribadi. Tahu-tahu sudah kahwin," katanya.




Ketika ini, Nad sedang melunaskan baki penggambaran drama episod 13 episod berjudul Jalan Mati di samping Remy Ishak, Nabila Huda dan Kamal Adli. Ia akan menghiasi slot Aksi di TV3 sekitar September depan. Penggambaran drama arahan Kabir Bhatia ini dijangka selesai bulan depan juga.

"Alhamdulillah daripada segi kerjaya memang saya tak putus mendapat tawaran. Saya dapat cerita yang baik termasuk dapat berlakon dengan pelakon hebat. Contohnya untuk drama Jalan Mati ini saya dapat berlakon dengan Nabila Huda. Memang sudah lama saya idam untuk berlakon dengannya.

"Cuma soal peribadi, ia masih belum menyebelahi saya. Tak apalah, biar saya fokus kerjaya saya. Buat pening kepala saja fikirkan benda yang tak pasti. Saya tak mahu biar soal peribadi ini terus mengganggu gugat kerjaya seni. Ramai kawan sudah nasihatkan saya pun," katanya.

Mengenai dakwaan menyerang Hefny di set penggambaran itu, Nad mengakui dia masih waras untuk membezakan perkara bijak dan bodoh.

"Bodohlah saya kalau buat begitu. Saya takkan rosakkan periuk nasi orang dan diri sendiri jika berbuat begitu (merujuk kepada dakwaan menyerang Hefny). Dakwaan itu memang keterlaluan," katanya.

View the original article here