Showing posts with label Sherry. Show all posts
Showing posts with label Sherry. Show all posts

Wednesday, 22 October 2014

Sherry Alhadad Sifat semula jadi manusia nak berteman



Lumrah manusia di dunia ingin disayangi dan menyayangi. Pengacara Melodi di TV3, Sherry Alhadad juga tak terkecuali.

Dengan popularitinya sekarang, tidak mustahil tiada yang mahu mendekatinya.

Ketika menghubunginya baru-baru ini, Sherry memberitahu dia masih solo dan sambil berseloroh sempat mengalu-alukan sesiapa yang ingin mendekatinya jangan segan berbuat demikian.






Sempat bergurau lagi, beliau berkata dia bukan jenis makan orang.

"Sifat semula jadi manusia nak berteman. Adatlah ada Adam pasti wujud Hawa. Tapi sehingga sekarang, memang tak ada yang nak mendekati saya. Mungkin juga saya sibuk bekerja hingga tak ada masa nak fikir semua ini.

"Saya jenis tak kisah sangat bab kriteria lelaki idaman. Kita nak cari yang serasi. Otak biar sekepala," katanya yang pernah bercinta sebelum ini.

Ketika ini, Sherry selain memberikan komitmen setiap Ahad untuk program Melodi bersama Awal Ashaari dan Zulin Aziz, beliau sibuk menjalani latihan teater AsramaRaAllStars yang akan dipentaskan di Pentas 1, KLPAC pada 16 hingga 19 Oktober ini.

"Teater ini pernah dipentaskan tahun lalu di Bangunan MARA. Cuma bezanya untuk kali ini ia dilakonkan oleh pelakon yang dikenali.

"Dulu pelakon di kalangan pekerja bengkel. Malah Nadiya Nisaa pun berlakon dulu. Kali ini pun dia berlakon juga.

"Selain saya dan Nadia, pelakon lain yang ada seperti Fynn Jamal, Tuan Faisal, Intan Nor Saina, Dira Abu Zahar, Sharifah Amani, Amerul Affendi dan Siti Saleha. Jalan cerita masih sama," katanya.

Harga tiket untuk menonton teater ini ialah RM50.

Untuk membeli tiket boleh layari www.ticketpro.com.my



View the original article here

Saturday, 4 October 2014

Beza 7 Tahun Tidak Halang Cinta Sherry Ibrahim & Fattah Amin


Sherry dan Fattah semakin mesra dan kita doakan sahaja kebahagiaan mereka.

Pelakon Sherry Ibrahim tidak melihat jarak usia sebanyak tujuh tahun dengan teman lelakinya, aktor Abdul Fattah Amin, 24, sebagai satu halangan untuk kedua-duanya meneruskan hubungan.

Sherry, 31, berkata, kematangan Fattah membuatkan dia serasi dengan pemuda itu namun mengakui percintaan mereka masih di peringkat awal.

"Soal hati dan perasaan bukan boleh diukur dengan usia malah saya sendiri tidak pernah menjangkakan akan mengenali lelaki yang jauh lebih muda.

"Saya selesa berkawan dengan Fattah kerana dia seorang yang matang membuatkan hati saya terbuka untuk menerimanya," katanya kepada mStar Online.






Sherry ditemui pada majlis Kempen 'Feel Smooth Feel Confident Nivea' di Kelab DiRaja Selangor Bukit Kiara di sini pada Khamis.

Dua lagi selebriti yang turut terlibat pada kempen yang dirasmikan oleh Pengurus Besar Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng Hock Guan itu adalah Anzalna Nasir dan Doris Hor.

Pada majlis berkenaan seramai 1,000 peserta menyertai program itu dengan melepaskan belon ke udara tanda sokongan kempen berkenaan.


Pasangan ini tidak berahsia mengenai hubungan mereka dan sering berkongsi foto-foto mereka di Instagram.


Dalam pada itu, Sherry berkata, dia mengenali Fattah sejak Jun lalu ketika bersama-sama menjayakan drama bersiri Cinta Ibadah.

Bagaimanapun kata Sherry, sepanjang berada di lokasi mereka tidak pernah bertegur sapa dan hanya mula rapat pada penghujung penggambaran.

"Ini bukan cinta lokasi kerana kami tidak pernah bertegur sapa kecuali ketika latihan dan apabila ada adegan bersama.

"Namun kami saling berkenalan ketika penggambaran hampir selesai dan ia semakin rapat sejak itu," katanya.

Tambah Sherry lagi, biarpun dia berterus terang tentang hubungan mereka namun dia enggan mengulas lanjut mengenai hubungan itu kerana ia masih baharu.

"Sekiranya ada jodoh saya terima tetapi sebagai pihak wanita saya tidak boleh bercakap lanjut mengenai perkara itu memandangkan hubungan kami juga masih baru," ujarnya.




Dalam perkembangan lain, Sherry berkata, dia akan terus terlibat dalam beberapa siri kempen 'Feel Smooth Feel Confident Nivea' yang akan menjelajah ke beberapa buah negeri dengan pelbagai program menarik.

"Saya berbesar hati dapat menyertai kempen ini yang membawa mesej kesedaran tentang keyakinan dalam diri wanita.

"Pelbagai program telah diatur dan saya cukup teruja untuk bersama-sama menjayakan kempen ini," katanya.

Sementara itu, Sherry berkata, dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri Keluarga Karaoke sebanyak 60 episod untuk siaran Astro Mustika HD.

Drama itu turut dijayakan oleh Raja Ema, Elyana, Elfaeza Ul-Haq dan Dazrin Kamarudin.

View the original article here

Wednesday, 24 September 2014

Sherry sangkal wujud cinta lokasi dengan Fattah Amin


SHERRY mahu ceburi bidang perniagaan tidak lama lagi.

Rezeki Sherry Ibrahim murah dalam dunia lakonan dan terbaharu, kemunculan semulanya menerusi drama Teduhan Kasih di TV3 bersama Adi Putra menjadi kemuncak kepada kerjaya lakonannya.

Pernah berlakon dan meninggalkan kerjaya lakonan untuk kembali bekerja sebagai pramugari, Sherry kembali aktif sejak dua tahun lalu dan nekad meninggalkan kerjaya itu.

Artis naungan Laugh Out Loud itu kini dilaporkan tidak putus-putus menerima tawaran berlakon.






Selepas tamat penggambaran drama Cinta Ibadah yang disiarkan sejak 8 September lalu di Astro Prima, Maya HD dan Ria Plus, Sherry kini sibuk pula di lokasi penggambaran drama 60 episod berjudul Keluarga Karaoke yang juga untuk siaran Astro.

Malah, selepas selesa bergelar pelakon, Sherry memberitahu beliau merancang untuk melebarkan sayap perniagaannya pula yang bermula hujung tahun ini.

"Saya kembali berlakon pun sejujurnya tanpa disengajakan. Sejak dulu lagi selain berlakon pada masa yang sama mahu memikirkan untuk menceburi sesuatu bidang lain. Tetapi ketika itu tak ada saluran dan hubungan yang betul.

"Sehinggalah saya berjumpa dengan kawan lama dan dari situ kami sudah berkira-kira untuk memulakan perniagaan bersama.

"Menerusi perbincangan dan bertukar pendapat, ia menjadi serius. Cuma setakat ini perniagaan apa yang bakal kami lakukan itu biarlah rahsia dulu," katanya.


SHERRY (kanan) dan Fattah Amin (duduk) mula rapat di penghujung penggambaran Cinta Ibadah. - Foto Munira Abdul Ghani
Sherry turut ditanya mengenai wujudnya cinta lokasi di antaranya dengan hero drama Cinta Ibadah, Fattah Amin. Malah di laman Instagram, Sherry juga secara terbuka berkongsi gambar Fattah sama ada mereka berdua atau berseorangan.

"Kalau ada yang kata wujud cinta lokasi antara saya dan Fattah memang tidak benar. Sebab sejak dari awal penggambaran, memang kami tak rapat. Hanya di penghujung penggambaran baru kami jadi rapat.

"Jadi dari awal memang hubungan itu atas paksi profesional. Lagipun tak banyak babak kami bersama.

"Saya hanya memegang watak doktor kepada isteri beliau dalam drama ini. Hubungan ini masih baru. Saya tak mahu menggembar-gemburkan sangat. Tapi kami memang berjumpa kalau ada masa terluang," katanya.



View the original article here

Monday, 22 September 2014

Sherry Alhadad Tidak Syak Komen Negatif Ditulis Rakan Artis


Sherry tidak pernah ada individu dalam industri tidak berpuas hati dia dipilih menjadi pengacara Melodi.

Pelakon dan pengacara Melodi, Sherry Alhadad tidak mengesyaki komen hinaan terhadapnya di Instagram kerana berbadan besar ditulis oleh individu dalam industri seni yang tidak berpuas hati selepas dia dipilih menjadi pengacara rancangan tersebut.

Sherry, 30, bagaimanapun tidak menafikan ada beberapa pihak dan kenalannya bertanyakan mengenai hal tersebut namun dia menganggap perkara itu sekadar pandangan peribadi masing-masing.






Saya tiada musuh dan berkawan baik dengan semua orang dan sebab itu saya tidak merasakan ada pihak cemburu dengan pemilihan saya dan Zulin sebagai pengacara Melodi.

"Apa yang diperkatakan dalam komen-komen tersebut saya terima dan ia tidak langsung melemahkan semangat saya untuk terus memberikan terbaik," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Sherry berkata, jika benar ada pihak yang memang cemburu dan tidak berpuas hati dengan pemilihannya dia tidak dapat berbuat apa-apa tentang perkara itu.


Sherry bakal muncul dalam teater Asrama-Ra All Stars pada Oktober depan.

"Apa yang boleh saya katakan kasihan kepada orang tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Sherry mengakui dia masih berhati-hati dalam mengacarakan Melodi kerana tidak mahu dikatakan 'over' dan cuba membayangi dua lagi pengacara iaitu Awal Ashaari dan Zulin Aziz.




Kata Sherry, sebagai pengacara bersama dia perlu menghormati rakan-rakannya yang lain namun semakin selesa bergandingan dengan mereka.

"Masa awal-awal dulu ramai yang tegur kerana saya seperti tidak menjadi diri sendiri dalam Melodi tetapi saya harus hormat dua pengacara yang lain supaya suasana tidak menjadi bingit kerana kami bertiga.

"Bagaimanapun sekarang kami semakin selesa dan tahu peranan masing-masing dalam mengendalikan program itu," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Sherry berkata, dia bakal muncul dalam teater terbaharu iaitu berjudul Asrama-Ra All Stars yang bakal dipentaskan pada Oktober depan.

Teater berkenaan mengangkat kisah kehidupan sekumpulan pelajar di sebuah asrama dan mengetengahkan isu-isu sosial berkaitan remaja.


Barisan pelakon yang bakal menjayakan teater Asrama-Ra All Stars.

"Seronoknya mengenai teater ini apabila saya berpeluang berlakon disamping nama-nama besar dalam industri lakonan dan teater yang juga kebanyakannya rakan-rakan saya sendiri.

"Saya akan memegang watak sebagai cikgu di sekolah berkenaan dan pelbagai kisah menarik bakal dikupas dalam teater itu nanti," katanya.

Tambah Sherry, dia gembira dapat kembali ke pentas teater selepas kali terakhir muncul menerusi Projek Kahwin awal tahun ini.

Teater arahan Khairunazwan Rodzy itu bakal dipentaskan di KLPAC pada 16 hingga 19 Oktober depan dan turut menampilkan barisan pelakon seperti Sharifah Amani, Nadiya Nisaa, Dira Abu Zahar dan Amerul Afendi.

Tiket untuk menyaksikan teater berkenaan dijual pada harga RM40 (tempahan awal) dan RM50. Tempahan dan pembelian boleh menghubungi Nik Chip Afiq di talian 010-7603101.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman Facebook dan Twitter: Revolution Stage.

View the original article here