Showing posts with label Sangkal. Show all posts
Showing posts with label Sangkal. Show all posts

Wednesday, 1 October 2014

Tasha Shilla Sangkal Mengamuk Mahu Cari Dalang Fitnah



Pelakon Tasha Shilla menyangkal dakwaan kononnya dia mengamuk di sebuah lokasi penggambaran gara-gara ingin mencari dalang yang menyebarkan fitnah selepas dikatakan 'berasmara' dengan teman lelakinya, Han.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 27, berkata, dia pelik bagaimana cerita terbaharu itu boleh timbul dan berharap segala khabar tidak benar tentangnya dihentikan.






"Apa yang ditulis adalah tidak benar dan saya harap hentikanlah segala cerita-cerita yang tidak benar tentang diri saya.

"Berilah saya ruang yang tenang untuk saya jalankan kerja saya," katanya kepada mStar Online menerusi pesanan WhatsApp di sini pada Ahad.

Menerusi laporan sebuah akhbar mingguan, rakan artis yang rapat dengan pelakon itu memberitahu tindakan Tasha mengamuk itu adalah kesan daripada dakwaan tersebut yang dirasakan sangat besar dan mengaibkan.



Hubungan Tasha dan Han sentiasa mendapat perhatian.

Disebabkan perkara itu, penggambaran terpaksa dihentikan dan semua pihak yang bekerja dalam produksi itu cuba memujuk dan menenangkan Tasha.

Dalam pada itu, Tasha berkata, dia tidak mampu untuk menahan mana-mana pihak daripada bercakap perkara buruk tentang dirinya dan kesal dengan kontroversi terbaharu itu.

Jelas Tasha lagi, dia sedar bukan semua orang sukakannya namun dia berharap diberi ruang untuk memberi fokus kepada kerjayanya sebagai pelakon dan bukannya terhadap cerita gosip murahan.




"Saya sedar saya tidak mampu untuk menutup mulut semua orang malahan saya juga sedar tidak semua sukakan saya. Sekali lagi berilah saya ruang," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Tasha berkata, dia kini sedang berada di Kuantan, Pahang untuk menjalani sesi penggambaran drama bersiri berjudul Takbir Zulaikha untuk slot Samarinda di TV3.

View the original article here

Thursday, 25 September 2014

Shahrol (Shiro) Sangkal Bercinta Dengan Anak Tiri Saleem (Iklim)


Shahrol mengakui dia kini masih solo dan tidak mempunyai teman wanita.

Anggota kumpulan Shiro iaitu Shahrol menafikan gosip kononnya dia kini sedang bercinta dengan bekas finalis program Projek Metro iaitu Iera Fakhira, 24 tahun.

Sharol atau nama sebenarnya Shahrol Azizi Azmi, 30, bagaimanapun tidak menafikan mengenali wanita berkenaan namun hubungan mereka sekadar teman biasa.






"Saya kenal Iera tetapi gosip mengatakan kami bercinta itu tidak benar dan hubungan kami sekadar kawan biasa sahaja," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Iera atau nama sebenarnya Nurfakhira Che Abdul Muhsin, 24, adalah anak tiri kepada penyanyi Saleem (Iklim) iaitu anak kepada isterinya, Juriah Bachok dengan suami terdahulu.

Dalam pada itu, Shahrol memberitahu, dia dan Iera sudah lama tidak bertemu ekoran wanita berkenaan kini tidak berada di dalam negara kerana bertugas dengan sebuah syarikat penerbangan antarabangsa.



Iera Fakhira.

Jelas Shahrol, gosip kononnya dia bercinta dengan Iera tidak perlu diperbesarkan kerana tidak wujud sebarang hubungan cinta di antara mereka.

"Tiada apa-apa pun, kawan sahaja. Tambahan pula dia kini tidak berada di Malaysia kerana bertugas sebagai pramugari dengan sebuah syarikat penerbangan antarabangsa.

"Sebelum ini dia adalah pramugari syarikat AirAsia. Kami pun sudah lama tidak berhubung di antara satu sama lain," jelasnya.




Sementara itu, Shahrol memberitahu, dia kini masih solo dan belum terfikir untuk mencari teman wanita kerana sibuk dengan kerjaya seninya sebagai pelawak.

"Belum ada sesiapa lagi kerana tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal peribadi dan fokus saya kini adalah berkaitan kerja," katanya.

Dalam perkembangan lain, Shahrol berkata, dia kini sibuk rakaman program Sukalattew di Astro Warna selain terlibat dalam Super Spontan bersama seorang lagi ahli Shiro iaitu Ajak.

View the original article here

Wednesday, 24 September 2014

Sherry sangkal wujud cinta lokasi dengan Fattah Amin


SHERRY mahu ceburi bidang perniagaan tidak lama lagi.

Rezeki Sherry Ibrahim murah dalam dunia lakonan dan terbaharu, kemunculan semulanya menerusi drama Teduhan Kasih di TV3 bersama Adi Putra menjadi kemuncak kepada kerjaya lakonannya.

Pernah berlakon dan meninggalkan kerjaya lakonan untuk kembali bekerja sebagai pramugari, Sherry kembali aktif sejak dua tahun lalu dan nekad meninggalkan kerjaya itu.

Artis naungan Laugh Out Loud itu kini dilaporkan tidak putus-putus menerima tawaran berlakon.






Selepas tamat penggambaran drama Cinta Ibadah yang disiarkan sejak 8 September lalu di Astro Prima, Maya HD dan Ria Plus, Sherry kini sibuk pula di lokasi penggambaran drama 60 episod berjudul Keluarga Karaoke yang juga untuk siaran Astro.

Malah, selepas selesa bergelar pelakon, Sherry memberitahu beliau merancang untuk melebarkan sayap perniagaannya pula yang bermula hujung tahun ini.

"Saya kembali berlakon pun sejujurnya tanpa disengajakan. Sejak dulu lagi selain berlakon pada masa yang sama mahu memikirkan untuk menceburi sesuatu bidang lain. Tetapi ketika itu tak ada saluran dan hubungan yang betul.

"Sehinggalah saya berjumpa dengan kawan lama dan dari situ kami sudah berkira-kira untuk memulakan perniagaan bersama.

"Menerusi perbincangan dan bertukar pendapat, ia menjadi serius. Cuma setakat ini perniagaan apa yang bakal kami lakukan itu biarlah rahsia dulu," katanya.


SHERRY (kanan) dan Fattah Amin (duduk) mula rapat di penghujung penggambaran Cinta Ibadah. - Foto Munira Abdul Ghani
Sherry turut ditanya mengenai wujudnya cinta lokasi di antaranya dengan hero drama Cinta Ibadah, Fattah Amin. Malah di laman Instagram, Sherry juga secara terbuka berkongsi gambar Fattah sama ada mereka berdua atau berseorangan.

"Kalau ada yang kata wujud cinta lokasi antara saya dan Fattah memang tidak benar. Sebab sejak dari awal penggambaran, memang kami tak rapat. Hanya di penghujung penggambaran baru kami jadi rapat.

"Jadi dari awal memang hubungan itu atas paksi profesional. Lagipun tak banyak babak kami bersama.

"Saya hanya memegang watak doktor kepada isteri beliau dalam drama ini. Hubungan ini masih baru. Saya tak mahu menggembar-gemburkan sangat. Tapi kami memang berjumpa kalau ada masa terluang," katanya.



View the original article here

Wednesday, 10 September 2014

Liza Abdullah Sangkal Laporan Bakal Kahwini Jurukamera


Liza memberitahu dia sendiri tidak tahu menahu tentang berita dia bakal berkahwin dengan seorang jurukamera pada penghujung tahun ini.

Pelakon terkenal Liza Abdullah menyangkal laporan sebuah akhbar mingguan kononnya dia bakal berkahwin dengan seorang jurukamera pada Disember depan.

Liza, 50, berkata, dia hanya mengetahui mengenai dakwaan berkenaan selepas membaca laporan itu dan menegaskan dia tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki selepas bercerai dengan bekas suaminya, Zolkifli Abdul Rahman pada Februari lalu.






"Pertama sekali kenyataan dalam akhbar berkenaan bukan datang dari mulut saya dan saya sendiri tidak mengetahui tentang perancangan akan berkahwin pada Disember ini.

"Berita berkenaan sama sekali tidak benar dan ia amat mengejutkan saya," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Menerusi laporan berkenaan, sumber yang dikatakan sebagai rakan rapat dramatis tersebut mendedahkan jurukamera tersebut sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk memperisterikan Liza namun pelakon itu tidak segera memberi jawapan kerana baharu sahaja bercerai.

Bagaimanapun selepas melihat kesungguhan lelaki itu akhirnya hati Liza terbuka untuk menerimanya dan pasangan berkenaan dikatakan sedang sibuk membuat persiapan majlis pernikahan mereka namun tidak merancang untuk mengadakan majlis secara besar-besaran.

Dalam pada itu, Liza berkata, dia terkilan dengan individu mendakwa sebagai teman rapatnya kerana sanggup mereka-reka cerita yang disifatkan tidak berasas tentang dirinya.


Liza terkilan ada pihak cuba menabur fitnah terhadap dirinya.

"Sekiranya benar sekali pun itu hak untuk bercakap mengenainya mestilah datang daripada mulut saya sendiri dan bukannya orang lain.

"Saya terkilan kerana 'kawan rapat' tidak akan buat begitu kepada saya malah saya tidak rasa orang yang mengesahkan perkara itu adalah kawan baik saya," jelasnya.




Sementara itu, Liza berkata, ekoran laporan berkenaan anak-anak, keluarga dan bekas iparnya menelefonnya bagi mendapatkan kesahihan berita tersebut.

Jelasnya lagi, gosip seperti itu mampu memberi kesan buruk kepadanya terutama jika ada yang tidak membaca isi keseluruhan laporan itu.

"Gosip seperti itu sudah tentu menganggu gugat kerjaya saya kerana sepanjang 32 tahun berkecimpung dalam bidang seni belum pernah lagi saya terpalit dengan cerita-cerita gosip seperti itu.

"Orang lain yang tidak baca secara keseluruhan berita tersebut mungkin akan salah faham tambahan pula dengan usia saya sekarang macam-macam orang boleh kata," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Liza berkata, selain sibuk dengan aktiviti penggambaran dia kini berada di Lenggong, Perak bagi menghadiri program bersama Perbadanan Kemajuan Filem Negara Nasional (Finas) dalam menyampaikan maklumat mengenai peranan perbadanan tersebut dikalangan masyarakat menerusi aktiviti menarik.

View the original article here