Showing posts with label Sulit. Show all posts
Showing posts with label Sulit. Show all posts

Monday, 17 November 2014

GEMPAR!!! Adakah Miera Liyana Ada Hubungan Sulit Dengan Fauzi Nawawi?


Dengarnya Miera Liyana kini didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan Fauzi Nawawi yg juga suami kepada Lisdawati.

Ini timbul berikutan ada pihak yg melihat mereka berpegang tangan untuk menghadiri satu majlis hari jadi kawan mereka.

Ini ditambah lagi dengan kerjasama mereka untuk sebuah telefilem di Jakarta, Indonesia bertajuk ‘Pacarku Kehabisan Ongkos’ yg akan ditayangkan di stesen televisyen Indonesia dan Malaysia.

Namun memetik HarianMetro, Miera dan Fauzi menafikan gossip itu dan melabelkan ia sebagai satu yg tidak masuk akal.


Saya menganggap dia (Fauzi) sebagai idola saya terutama untuk memantapkan diri dalam bidang kerjaya lakonan kerana dia banyak membantu saya berlakon dan sebagainya.

Dalam telefilem itu saya memegang watak heroin manakala dia (Fauzi) sebagai bapa saya. Saya teruja apabila digandingkan bersamanya apatah lagi dalam usia saya yang masih muda ini, tentunya ia pencapaian yang boleh dibanggakan apabila turut sama ditawarkan berlakon di negara jiran itu.

Selepas habis menjalani penggambaran filem itu kira-kira seminggu lalu saya juga tidak ada berjumpanya dan saya juga pelik bagaimana timbul dakwaan seperti ini.

Apa yang pasti saya tahu apa yang saya lakukan dan aksi seperti berpegangan tangan sambil bermesra itu adalah tidak benar sama sekali. Saya juga masih terlalu muda apatah lagi untuk mengganggu rumah tangga orang lain. Saya bukan perempuan jenis itu.

Dan ini pula respon Fauzi..


Kalau saya dapat memegang tangan Miera betapa bertuahnya hidup saya. Hakikatnya tindakan berpegangan tangan dan bermesra itu tidak pernah berlaku dan saya juga terkejut dengan dakwaan seperti ini,

Saya tidak mahu komen banyak kerana dakwaan ini juga tidak benar sama sekali dan kepada mereka yang sewenang-wenangnya melemparkan dakwaan ini, saya rasa lebih baik fikirkan soal diri sendiri sebelum memburukkan orang lain.

Perbetulkan diri sendiri sebelum meletakkan kesalahan kepada orang lain. Hentikan perkara negatif itu adalah langkah lebih baik.

 


KAMI


View the original article here

Friday, 31 October 2014

LOQLAQ!!! Manusia Makin Pelik "Selfie Alat Sulit" Di Jepun!


Artis wanita Jepun, Megumi Igarashi, ditangkap polis setelah membuat selfie alat sulitnya. Imej tersebut yg sesuai untuk cetakan 3D dan dia menghantar maklumat mengenainya kepada 30 orang yg sanggup membantu membiayai ciptaannya, kayak berbentuk seperti faraj.

Polis mendakwa Megumi telah melanggar undang-undang antipornografi. Megumi dikatakan telah mengaut hampir 6,000 pound untuk "karyanya" itu.



Megumi Igarashi yg mempunyai nama samaran Rokudenashiko itu berkata, dia yakin data tiga dimensi alat sulitnya itu bukan satu perbuatan lucah, dan dia tak menerima wang untuk foto selfie itu.

"Saya membuat karya seni menggunakan faraj saya yg saya sebut dengan kata Manko," ujar Megarashi. Saya fikir sungguh menarik boleh menghiasi faraj saya dan menggunakannya sebagai diorama. Namun, saya terkejut kerana ramai orang marah dengan karya saya, atau kerana saya menyebutnya Manko," tambah dia.



Megumi menambah, dia tidak mengerti mengapa masyarakat Jepun menganggap penggambaran atau penyebutan alat vital adalah hal tabu.

Padahal, lanjut Megumi, alat kelamin lelaki atau zakar dengan bebas digunakan sebagai ilustrasi dan sudah menjadi sebahagian budaya pop Jepun.

 


View the original article here