Muzium Antarang yang terletak di Kamatipura, Mumbai, India merupakan muzium s*ks yang bertujuan untuk mengajar pendidikan s*ks dan pencegahan HIV AIDS.
Muzium ini dibuka pertama kali pada tahun 2003, dengan nama rasmi Antarang Muzium S*x Health Art Gallery. Menurut informasin, muzium s*ks ini dibina oleh kerajaan tempatan untuk menekan angka HIV yang tinggi.
Kala itu, penyebaran HIV sangat tinggi di India. Bahkan, di tahun 2007 kira-kira 5.7 ??juta warga India dijangkiti virus maut tersebut. Oleh sebab itu, Muzium Antarang dibuat sebagai tempat masyarakat India untuk mengetahui hubungan s*ks yang selamat dan pencegahan terhadap HIV AIDS.
Mengenai pendidikan s*ks, muzium ini mempunyai banyak mod kamasutra yang dilukis di dinding. Selain itu, terdapat pula 20 patung manusia dalam kedudukan hubungan seksual. Bahkan, di jubin dalam muzium dihiasi gambar sperma.
Untuk pencegahan HIV AIDS, ada sejumlah foto tentang penyakit HIV AIDS yang boleh membuat siapa saja yang melihatnya merasa mengerikan. Selain itu, ada juga proses kelahiran yang dipampang di dalam museum ini.
Uniknya, muzium ini mempunyai moto yakni 'No Condom No Sex'. Ertinya, kondom dituntut sebagai cara ampuh untuk mengelak penularan penyakit HIV AIDS. Masuk ke dalam Muzium Antarang, para wistawan akan disambut oleh lingga yang merupakan lambang lelaki yang diambil dari Dewi Siva.
Dalam bahasa India, Antarang mempunyai maksud intim. Jika melawat ke sini, anda tak perlu mengeluarkan sesen pun. Muzium ini dibuka secara percuma bagi siapa saja.
"Muzium ini mempunyai tujuan yang baik. Kita harus lebih banyak mempunyai muzium seperti ini, "papar Nirupa Borges selaku salah satu kakitangan Muzium Antarang.
Showing posts with label Tentang. Show all posts

Monday, 20 October 2014
Tuesday, 2 September 2014
Luahan Hati Sabrina Ali Tentang Krisis Rumahtangganya
Luahan Hati Sabrina Ali Tentang Krisis Rumahtangganya | Desas-desus rumah tangga pelakon Sabrina Ali dan suaminya Syed Amirul Syed Ahmad retak menanti belah sudah lama berkompang dan beberapa bulan lalu timbul dakwaan mahligai dibina sebenarnya bernoktah.
Bagaimanapun, ibu kepada Ariyana, 7, Syed Aryan Khan, 3, dan Syed Adrian Khan, 18 bulan, ini tidak pernah membuka mulut apabila diasak pertanyaan mengenai perkara itu.
Sikapnya membuat–kan ramai terus berteka-teki sejauh mana kebenaran khabar angin itu. Namun baru-baru ini, buat kali pertama bintang filem Khurafat ini sedia berkongsi apa yang tersimpan kemas selama ini.
Meskipun sekadar ‘permukaan’, ia cukup untuk menjawab persoalan selama ini. Di sebalik senyuman, ada duka cuba disembunyi.Sepanjang temubual, dia tenang menyusun bicara. Sesekali kesedihan yang bersarang di tangkai hati gagal disorok dan turut terserlah di matanya yang berkaca.
“Tidak banyak yang boleh saya kongsi kerana ia terlalu peribadi. Banyak hati perlu dijaga, tersilap kata, pasti ada yang terguris.
“Saya pun tak tahu di mana kedudukan saya (menghela nafas panjang). Sukar untuk jelaskan. Cuma sekarang saya tidak harap–kan apa-apa lagi. Andai jodoh kami panjang, semua akan kembali okay dan jika tertulis sebaliknya, saya reda,” katanya.
Sebagai isteri dan ibu, dia berusaha sehabis daya menyelamatkan rumah tangga dibina empat tahun lalu. Ini perkahwinan kedua Sabrina. Pelbagai ikhtiar dilakukan supaya tidak menyesal di kemudian hari.
Katanya, walau lelah, dia tidak pernah berhenti berdoa semoga kemelut ini segera berakhir. Bukan dalam soal jodoh saja, dalam segala aspek kehidupan juga kena usaha dan ikhtiar.
“Saya sedar kalau bukan rezeki kita, nak buat macam mana. Saya wanita, kuasa dan keputusan di tangan dia (suami). Bohonglah kalau saya cakap tak sedih. Dugaan ini terlalu berat, tetapi saya kena kuat demi anak.
“Lagipun, saya percaya Tuhan hanya bagi ujian pada mereka yang mampu hadapi. Ada dugaan bermakna Allah sayang kita, Dia tidak mahu kita leka. Selepas apa yang berlaku, saya makin kuat dan lebih dekat dengan-Nya.
“Saban hari saya cuba perbaiki diri dan kehidupan. Saya dah lalui macam-macam dugaan sebelum ini dan anggap apa yang berlaku itu ada sebab dan hikmah,” katanya.
Kata Sabrina, dia perlu kembali mencari rezeki demi membesarkan tiga cahaya mata. Justeru, dia nekad aktif berlakon dan harap diberi peluang untuk muncul di layar kaca dan lebar.
“Saya tidak boleh lagi berpeluk tubuh kerana anak perlu didahulukan. Sebelum ini saya ada muncul di TV tetapi sesekali saja. Kali terakhir menerusi drama rantaian Kifarah.
“Soal watak saya tidak kisah, selagi bersesuaian, saya terima. Saya pernah jayakan macam-macam watak, termasuk antagonis dan komedi. Malah, orang tahu saya suka watak pelik dan mengarut, itu kelebihan saya.
“Jadi, kecil atau besar watak saya tidak kisah kerana yang penting, penonton ingat,” katanya.
Mengenai watak ibu, Sabrina, 32, menegaskan, dia tidak ada masalah melakonkan karakter itu, namun biar kena pada tempatnya dan tampak realistik.
“Perkara ini sering diabai segelintir produksi. Maaf andai ada yang tersinggung tapi jika mahu yakinkan penonton, watak dibawa kena realistik.
“Sebelum ini saya pernah bawa watak ibu kepada pelakon yang usianya lebih kurang saya, tetapi saya disolek tua supaya nampak realisitik.
“Saya okay dan tak ada masalah, tetapi tak logiklah kalau nak saya tampil seperti sekarang dan watak anak pula dilakonkan pelakon usia 20-an. Nampak seperti adik kakak, bukan ibu anak seperti dimahukan skrip.
“Jika ada tawaran ibu dan apa yang dipersembahkan itu logik, saya pasti terima. Misalnya jika anak saya menuntut di sekolah rendah, kenapa pula nak tolak, sedangkan saya ada anak usia tujuh tahun.
“Kalau watak anak usia 12 tahun, okay saja dan tak ada apa yang perlu dipertikai kerana normal wanita berkahwin pada usia 18 tahun ke atas,” katanya.
sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Banyakhatiperludijaga/MA/Article/index_html

Friday, 29 August 2014
Lee Seung Gi Elak Jawab Soalan Tentang Yoona (Girls Generation)
.jpg)
Lee Seung Gi dan Yoona ketika menghadiri sebuah acara hiburan.
HUBUNGAN cinta di antara Lee Seung Gi dan Yoona daripada kumpulan Girls Generation bukan lagi suatu rahsia dan pasangan berkenaan dilihat sering menghabiskan masa bersama-sama ditempat awam yang dapat dilihat peminat mereka.
Bagaimanapun, Seung Gi ketika dimuncul dalam sebuah program bagaimanapun enggan bercakap mengenai soal peribadinya secara terbuka apabila ditanya mengenainya.
"Saya tahu jawapan apa yang anda mahukan, sayangnya masanya tidak sesuai," katanya ringkas sebagai respon kepada soalan yang diajukan.
Seung Gi tampil dalam program tersebut bagi mempromosikan filem pertamanya, Today's Love.
Subscribe to:
Posts (Atom)