Showing posts with label LUAHAN. Show all posts
Showing posts with label LUAHAN. Show all posts

Sunday, 9 November 2014

GAMBAR!!! Luahan sayu Almy Nadia kerana didakwa gemuk dan perut besar

Pelakon Almy Nadia tidak senang dengan sikap sesetengah pihak yg gemar mempersoalkan saiz kandungannya yg kini berusia lima bulan.

Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, juga berasa bengang apabila timbul perbandingan badannya semakin berisi dan tidak seiring dengan usia kandungan berkenaan.

"Orang asyik tanya dan bercakap, kenapa perut saya besar? Kenapa saya gemuk? Anak kembar ke? Besarnya perut! Rasa nak marah saja, tetapi saya bersabar kerana kalau menjawab setiap persoalan itu, lebih banyak lagi soalan yg ditanya.

"Yang penting saya dan anak dalam kandungan sihat dan tidak perlu makan macam-macam ubat,"
katanya yg dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.


Selasa lalu, Almy telah menulis status di Instagram dengan meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pengikutnya yg sering pertikaikan saiz tubuh badannya yg semakin membesar.

Almy turut menjelaskan dia kini sedang mengandung lima bulan yg menjadi penyebab badannya semakin berisi selain dia mempunyai rangka badan yg besar.

Sementara itu, Almy juga tidak faham apabila terdapat individu tertentu mengkritik soal pemakaiannya yg dianggap tidak sesuai bagi ibu mengandung.

"Semuanya tidak kena untuk mereka. Baju saya pakai pun orang nak buat penilaian dan kemudian saya dikritik kerana baju yg dipakai itu dianggap tidak sesuai.

"Dah kata mengandung, mestilah semua baju yg dipakai akan nampak ketat. Pening membaca komen-komen mereka yg tidak masuk akal,"
ujarnya kecewa






 


View the original article here

PILU!!! Luahan Hati Ibu Kepada Remaja Yang Dib0gelkan Kerana Mencuri Motorsikal..




BACHOK, 6 NOV - Berikutan penyebaran gambar bo gel seorang remaja yg didakwa cuba mencuri sebuah motorsikal berdekatan dengan sebuah masjid beberapa hari lepas, Ibu kepada remaja berkenaan meluahkan perasaan kecewanya dengan tindakan orang ramai yg sanggup memperlakukan anaknya sedemikian rupa.



Ibu berusia 38 tahun itu berkata meskipun anaknya yg berusia 15 tahun bersalah, orang ramai tidak mempunyai hak untuk memperlakukan anaknya seperti itu.



“Kalau mereka pukul, saya boleh terima tetapi bila dibo gel orang kampung, memang itu perkara yang memalukan kami sekeluarga.



“Luluh hati seorang ibu apabila melihat anak diperlakukan begitu. Biarpun kalau dia bersalah sekalipun, masih ada banyak lagi cara untuk menghukumnya,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kejadian yg menimpa anaknya itu.



Ibu kepada remaja berkenaan turut menambah tindakan yg diambil orang ramai terhadap anaknya dalah bertentangan dengan ajaran Islam.



“Ia berlaku di masjid, sepatutnya ada yang melarang (perbuatan membo gelkan remaja itu) dan tidak menyebarkan gambarnya di laman sosial kerana berdosa membuka aib orang lain.



“Saya dapat tahu perkara ini melalui laman sosial Facebook dan bila lihat saya terus cam yang itu anak saya. Apa yang saya lebih kesal adalah tindakan orang ramai yang membo gelkan anak saya,” katanya.



Beliau juga berharap orang ramai berhenti menyebarkan gambar aib anaknya di laman sosial kerana ia perkara yang memalukan.



“Saya harap orang berhenti menyebarkan gambar dia dan sekiranya ada, mereka harus ‘delete’ gambar itu dengan segera kerana ia memalukan,” katanya.



Sementara itu Imam Masjid Pauh Lima, Ibrahim Ahmad, 69 berkata beliau dan beberapa jemaah lain terkejut dengan tindakan orang ramai yang membo gelkan remaja itu.



“Saya keluar lambat selepas selesai solat Isyak dan tak sangka remaja itu dibo gel orang kampung dan saya tak tahu siapa yang lakukan.



“Kami dah cuba untuk halang tetapi tidak berjaya kerana ramai orang yang berada ketika kejadian itu dan saya kesal dengan tindakan itu,” katanya.



Semalam, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata Islam menegah umatnya membuka keaiban seseorang walaupun orang itu melakukan kesalahan.



“Kita tak boleh mengambil tindakan sendiri yang menyimpang dari undang-undang negara dan hukuman tidak boleh diambil mengikut pandangan kita semata-mata,” katanya.



Mengulas kes yang sama, Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata orang awam yang berjaya menangkap mana-mana individu yang disyaki melakukan jenayah dilarang mengambil tindakan sendiri yang melanggar undang-undang.



Sebaliknya, orang awam perlu segera menyerahkan individu yang ditahan itu kepada pihak polis, katanya.



Beliau berkata pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai insiden itu dan remaja itu kini direman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.



“Suspek kedua masih belum ditangkap dan kita masih menjalankan siasatan,” katanya dalam kenyataan.



Mazlan berkata insiden bo gel itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan yang boleh membawa hukuman dipenjara satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.



Katanya kes berkenaan turut disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.





Sumber: Bernama

 


View the original article here

Friday, 31 October 2014

APA KES!!! Luahan menyayat hati Nurul Wahab isu bayi kandungan terlalu besar

Penyanyi Nurul Wahab memberitahu perasaannya mudah tergores dan emosi terganggu sejak hamil anak kedua hasil perkahwinannya bersama Eric Daniel Depp, 49.

Nurul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 37, berkata, dia mudah terasa hati dengan kata-kata terutama apabila menyentuh soal kandungannya yg semakin membesar.

"Kandungan sudah masuk enam bulan dan memang saya rasa kali ini saya cepat sangat terasa hati terutamanya dengan orang yg rapat di sekeliling saya.

"Mereka menegur tentang perkara-perkara yg sememangnya dilalui oleh seorang ibu mengandung apabila ditegur berkaitan perut yg kelihatan membesar atau sukar untuk melahirkan jika bayi terlalu besar.

"Kata-kata itu sangat menguris hati bukan sahaja pada saya tetapi pada ibu-ibu mengandung yg lain. Kalau boleh janganlah cakap perkara begitu kepada orang yg sedang mengandung,
" ujarnya kepada mStar Online.

Nurul kecewa apabila segelintir rakan-rakannya tidak memahami perkara tersebut dan menjadikan ia sebagai satu gurauan.




Bagaimanapun, bagi mengatasi masalah tersebut, Nurul berkata, dia sentiasa memerlukan seorang rakan yg mendengar luahan perasaannya bagi menghilangkan tekanan.

Dia juga tidak boleh tinggal bersendirian di rumah berikutan sering melayan emosi terutama ketika suami bekerja.

"Biasanya jika berkecil hati saya akan luahkan rasa itu kepada orang lain supaya perasaan sedih itu hilang. Saya tidak boleh duduk sendirian di rumah sebab saya akan fikir perkara-perkara yg emosi," ujarnya kepada mStar Online.






 


View the original article here

ARTIS!!! Luahan Sedih Tauke Jambu Sudah 10 Tahun Tak Jumpa Anak-Anak


 Sedih. Kalau Abang Nara sehari tak jumpa anak-anak pun dah rasa rindu yg teramat, inikan pula Tauke Jambu yg dah tak jumpa 3 orang anaknya hasil perkahwinan pertama selama 10 tahun.

Serius lama sangat tue. Mesti Tauke rindu serindu-rindunya mahu melihat wajah, keletah dan aksi anak-anaknya. Agak menyedihkan kerana Tauke memaklumkan yg dia memang terputus hubungan dan tidak tahu cara untuk ‘contact’ anak-anaknya itu.
tauke jambu dah kahwin

Kalau tak silap Abang Nara, Tauke Jambu sudah pun berkahwin sebanyak 3 kali. Bercerita mengenai anak-anak hasil perkahwinan pertamanya itu, Tauke berkata:-

Saya tidak bertemu anak-anak saya semenjak tahun 2004. Saya memang terputus hubungan dengan bekas isteri yg menjaga tiga orang anak saya. Tiga orang anak saya itu adalah menerusi perkahwinan pertama saya.

Saya sangat rindu dengan anak-anak saya. Saya memang tidak tahu bagaimana mahu berhubung dengan mereka. Saya pernah terjumpa dengan seorang anak saya di Facebook dan cuba menghubunginya di sana.

Tetapi selepas itu, saya terus disekat. Saya pun tidak tahu apakah sebabnya. Tapi saya memang sangat merindukan mereka dan berharap dapat bertemu dengan mereka satu hari nanti
tauke jambu




View the original article here

Sunday, 26 October 2014

OH ARTIS!!! Luahan Hati Miera Liyana Selepas Terpaksa Tayang Payudaranya Dalam Filem



NAMA Miera Liyana sebelum ini pernah hangat diperkatakan setelah aktres muda

ini tampil berani memakai gaun labuh yg mendedahkan sebahagian payudaranya.

Bagaimanapun isu berkenaan telah lama berakhir dan gadis berusia 21 tahun ini 

sudah berjanji untuk mengambil iktibar agar berpada-pada dalam berpakaian.


Namun terbaru, Miera atau nama sebenarnya Miera Liyana Kasmi sekali lagi tampil

mengejutkan media yg hadir menyaksikan filem terbaru lakonannya, Dendam 

Orang Mati. Bukan sahaja kerana filem itu seram, tetapi kerana aksi berani dan 

‘daring’ Miera dalam menjayakan wataknya sebagai Min.

Antara babak tersebut melibatkan Miera memakai baju mandi dan adegan di atas 

katil bersama Fizz Fairuz.

“Sejujurnya saya memang berat hati untuk menjayakan babak tersebut, tapi bila 

saya fikir ia hanyalah untuk memenuhi karakter sahaja. Apatah lagi setelah diyakinkan 

pengarah (Jason Chong) bahawa babak itu dirakamkan dari jauh (wide shot) dan

kemudian akan disunting, jadi saya bersetuju untuk lakukan.




“Malah saya tak rasa diri saya dieksploitasi, kerana saya anggap ia satu cabaran

dan sebagai pelakon saya hanya menjalankan tanggungjawab saya seperti yg 

dikehendaki pengarah dan skrip,” katanya

Ujar Miera, dia tidak menyesal menjayakan babak tersebut, namun sekiranya ada 

filem atau drama yg memerlukan dia berpakaian sebegitu lagi, dia akan menolak.

“Saya boleh katakan ia adalah lakonan paling ‘daring’ saya dan biarlah ia jadi 

lakonan pertama dan terakhir saya untuk aksi seperti itu. Dan saya juga sudah 

bersedia menerima apa jua kritikan kerana saya bukan boleh puaskan hati semua

 orang,” katanya.

Turut diterajui oleh Lisa Surihani, Dendam Orang Mati mengisahkan misteri Lena

yg tersedar dari koma selama dua tahun dan hilang ingatan akibat kemalangan.

Filem ini bakal menjengah seluruh pawagam tanah air mulai 23 Oktober 20



 


View the original article here

Monday, 13 October 2014

GOSIP !!! Luahan Diana Rafar Kontroversi Cerai Dengan Zamarul Hisham



Pasangan suami isteri yg agak sensasi, Diana Rafar dan Zamarul Hisham kembali

menjadi perhatian apabila Diana sering menghabiskan masa bersama anaknya iaitu

Kashfi Haikal daripada suaminya.




Namun, Diana Rafar atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar menegaskn

perkahwinannya dengan Zamarul masih bahagia dan masing-masing menjalankn

tugas serta tanggungjawab terhadap keluarga.



“Saya masih seperti biasa, sibuk dengan rutin harian, menjaga anak dan memasak.

 Zamarul pula sibuk dengan penggambaran.



Saya akui Zamarul memang sering sibuk dengan penggambaran dan menyebabkn

kami jarang dapat ke majlis hiburan atau majlis lain bersama.



“Lagipun kerja kami tidak sama, dia dengan jadualnya dan saya dengan jadual saya.

 Apa pun setakat ini saya masih lagi bahagia bersama,” katanya.



 


View the original article here

Saturday, 11 October 2014

GEMPAR Luahan Hati Gadis, Dari Tak Rela Jadi Seronok





USIANYA baru mencecah 20 tahun, namun dia mendakwa ditiduri secara rela oleh 30 lelaki yg dikenali di fb.

Hanya mahu dikenali sebagai Qila, remaja berasal dari selatan tanah air itu mengaku pada mulanya seronok melalui hidup sebagai ‘playgirl’ sebelum ditimpa musibah.

Meskipun mempunyai raut wajah sederhana, keinginan untuk memiliki teman lelaki seperti rakan lain yg berwajah cantik tetap menebal dalam diri.

Justeru, tanpa menyiasat latar belakang individu yg mahu mengenali dirinya, dia menerima sesiapa saja sebagai rakan asalkan lelaki.

Mengakui dirinya liar sejak zaman sekolah, anak kelima daripada enam beradik itu mula mengenali arak, dadah dan rokok sejak berusia 17 tahun.

Bukan tiada yg menegur perbuatannya, namun dia enggan mendengar nasihat dan hanya ikut kepala sendiri.

“Saya memang menjadikan fb sebagai batu loncatan untuk mencari kenalan, terutama di kalangan lelaki. Saya akui tidak mempunyai ramai kawan perempuan kerana rimas dan benci dengan sikap penyibuk mereka.

“Ketika rakan lain sibuk membuat ulang kaji untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya sibuk berpeleseran dan ‘enjoy’ dengan teman lelaki mencari keseronokan dunia,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ketika peperiksaan berlangsung, Qila tidak duduk bersama keluarga, sebaliknya tinggal sebumbung bersama teman lelaki di rumah sewa. Tidak terlintas langsung kerisauan di hatinya kerana keseronokan bersama teman lelaki yg dikenali melalui fb membuatkan dia terus hanyut.

“Seperti dijangka, apabila keputusan peperiksaan diumumkan, keputusan saya tidak memberangsangkan. Namun saya masih tak ambil kisah kerana teman lelaki sentiasa datang silih berganti untuk menemani.

“Selain memberi wang dan keseronokan, saya menjadi tempat melampiaskan nafsu setiap lelaki yg mahu berkawan. Bagi saya, hal dalam bilik perkara kecil dan bukan masalah besar,” katanya.

Menurut Qila, sifat cepat bosan menyebabkan dia sering bertukar teman lelaki hingga ada kala selepas berjumpa seorang lelaki, dia menemui lelaki lain pada hari sama.

“Kegiatan liar saya bagaimanapun berjaya dihidu keluarga, terutama abang yg mengesyaki saya sudah ‘dijamah’ lelaki, selain melihat perubahan pada wajah yg mempunyai ‘mata panda’ akibat mengambil dadah berlebihan.

“Mereka bertanya adakah saya mengambil dadah, namun saya tak mengaku hinggalah mereka mengugut mahu menjalankan ujian darah di klinik. Disebabkan tiada pilihan, akhirnya saya mengaku,” kata anak kepada pekerja kilang ini.

Qila berkata, selepas keluarga tahu apa berlaku, mereka menangis dan terkilan dengan sikapnya. Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana tidak dibuang keluarga, sebaliknya dihantar menjalani pemulihan di sebuah rumah perlindungan untuk gadis bermasalah.

“Selepas ini, saya berjanji akan mengubah hidup dan membantu ibu mengusahakan perniagaan jahitan langsir dan pakaian,” katanya yg kini menghidap ketumbuhan di rahim.




View the original article here

Tuesday, 2 September 2014

Luahan Hati Sabrina Ali Tentang Krisis Rumahtangganya

Luahan Hati Sabrina Ali Tentang Krisis Rumahtangganya  | Desas-desus rumah tangga pelakon Sabrina Ali dan suaminya Syed Amirul Syed Ahmad retak menanti belah sudah lama berkompang dan beberapa bulan lalu timbul dakwaan mahligai dibina sebenarnya bernoktah.

Luahan Hati Sabrina Ali Tentang Krisis Rumahtangganya

Bagaimanapun, ibu kepada Ariyana, 7, Syed Aryan Khan, 3, dan Syed Adrian Khan, 18 bulan, ini tidak pernah membuka mulut apabila diasak pertanyaan mengenai perkara itu.

Sikapnya membuat–kan ramai terus berteka-teki sejauh mana kebenaran khabar angin itu. Namun baru-baru ini, buat kali pertama bintang filem Khurafat ini sedia berkongsi apa yang tersimpan kemas selama ini.

Meskipun sekadar ‘permukaan’, ia cukup untuk menjawab persoalan selama ini. Di sebalik senyuman, ada duka cuba disembunyi.Sepanjang temubual, dia tenang menyusun bicara. Sesekali kesedihan yang bersarang di tangkai hati gagal disorok dan turut terserlah di matanya yang berkaca.

“Tidak banyak yang boleh saya kongsi kerana ia terlalu peribadi. Banyak hati perlu dijaga, tersilap kata, pasti ada yang terguris.

“Saya pun tak tahu di mana kedudukan saya (menghela nafas panjang). Sukar untuk jelaskan. Cuma sekarang saya tidak harap–kan apa-apa lagi. Andai jodoh kami panjang, semua akan kembali okay dan jika tertulis sebaliknya, saya reda,” katanya.

Sebagai isteri dan ibu, dia berusaha sehabis daya menyelamatkan rumah tangga dibina empat tahun lalu. Ini perkahwinan kedua Sabrina. Pelbagai ikhtiar dilakukan supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Katanya, walau lelah, dia tidak pernah berhenti berdoa semoga kemelut ini segera berakhir. Bukan dalam soal jodoh saja, dalam segala aspek kehidupan juga kena usaha dan ikhtiar.

“Saya sedar kalau bukan rezeki kita, nak buat macam mana. Saya wanita, kuasa dan keputusan di tangan dia (suami). Bohonglah kalau saya cakap tak sedih. Dugaan ini terlalu berat, tetapi saya kena kuat demi anak.

“Lagipun, saya percaya Tuhan hanya bagi ujian pada mereka yang mampu hadapi. Ada dugaan bermakna Allah sayang kita, Dia tidak mahu kita leka. Selepas apa yang berlaku, saya makin kuat dan lebih dekat dengan-Nya.

“Saban hari saya cuba perbaiki diri dan kehidupan. Saya dah lalui macam-macam dugaan sebelum ini dan anggap apa yang berlaku itu ada sebab dan hikmah,” katanya.

Kata Sabrina, dia perlu kembali mencari rezeki demi membesarkan tiga cahaya mata. Justeru, dia nekad aktif berlakon dan harap diberi peluang untuk muncul di layar kaca dan lebar.

“Saya tidak boleh lagi berpeluk tubuh kerana anak perlu didahulukan. Sebelum ini saya ada muncul di TV tetapi sesekali saja. Kali terakhir menerusi drama rantaian Kifarah.

“Soal watak saya tidak kisah, selagi bersesuaian, saya terima. Saya pernah jayakan macam-macam watak, termasuk antagonis dan komedi. Malah, orang tahu saya suka watak pelik dan mengarut, itu kelebihan saya.

“Jadi, kecil atau besar watak saya tidak kisah kerana yang penting, penonton ingat,” katanya.

Mengenai watak ibu, Sabrina, 32, menegaskan, dia tidak ada masalah melakonkan karakter itu, namun biar kena pada tempatnya dan tampak realistik.

“Perkara ini sering diabai segelintir produksi. Maaf andai ada yang tersinggung tapi jika mahu yakinkan penonton, watak dibawa kena realistik.

“Sebelum ini saya pernah bawa watak ibu kepada pelakon yang usianya lebih kurang saya, tetapi saya disolek tua supaya nampak realisitik.

“Saya okay dan tak ada masalah, tetapi tak logiklah kalau nak saya tampil seperti sekarang dan watak anak pula dilakonkan pelakon usia 20-an. Nampak seperti adik kakak, bukan ibu anak seperti dimahukan skrip.

“Jika ada tawaran ibu dan apa yang dipersembahkan itu logik, saya pasti terima. Misalnya jika anak saya menuntut di sekolah rendah, kenapa pula nak tolak, sedangkan saya ada anak usia tujuh tahun.

“Kalau watak anak usia 12 tahun, okay saja dan tak ada apa yang perlu dipertikai kerana normal wanita berkahwin pada usia 18 tahun ke atas,” katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Banyakhatiperludijaga/MA/Article/index_html

View the original article here

Thursday, 29 May 2014

LUAHAN HATI SUAMI TERMAKAN NASI KANGKANG ISTERI

"Saya tak tahulah sama ada cerita nasi kangkang itu betul atau tidak, tetapi melalui pembacaan dan rujukan, saya terasa nasib diri saya sebagai suami ada kaitan dengan nasi kangkang."

Itu permulaan cerita Saifuddin Bahari dari Pandamaran, Kelang yang kesal tidak mampu berbuat apa-apa selain mengikut sahaja apa kata isteri sejak berkahwin empat tahun lalu.

"Usia perkahwinan kami masih muda dan kami pun masih belum dikurniakan zuriat. Tetapi selama berkahwin, saya jadi seperti pak turut yang disuruh duduk saya duduk, disuruh berdiri, saya berdiri.

"Saya langsung tak berani bersuara dan hanya mendiamkan diri melihat perangai isteri saya memang tidak seperti isteri-isteri rakan-rakan yang begitu menghormati suami,” cerita lelaki berusia 32 tahun ini.

Bekerja sebagai kerani di sebuah jabatan kerajaan, Saifuddin berkata, rumahtangganya dibina atas dasar cinta yang terjalin selama dua tahun.

"Ketika berkawan, isteri saya merupakan seorang gadis yang penuh sopan santun dan kalau bercakap suaranya amat perlahan.

"Memang itulah yang menjadi tarikan saya untuk menjadikan Laila suri hidup dan dia tidak menolak apabila saya menyuarakan isi hati.

"Segalanya berjalan lancar sehinggalah tiba hari pernikahan yang disambut penuh meriah dengan dihadiri saudara mara dan sahabat handai," katanya.

Jelas Saifuddin, dia merasakan dirinya amat bertuah kerana berjaya memiliki Laila yang disifatkan cukup sempurna sebagai isteri.

"Kami berbulan madu di Cheng Mai, Thailand selama satu minggu dan hidup saya ketika itu amat bahagia apa lagi isteri tersayang ada bersama.

"Saya sering berangan agar hubungan kami ini akan kekal selamanya begitu dan tidak putus berdoa agar cepat dikurniakan zuriat untuk menyerikan lagi kebahagiaan kami.

"Malangnya, hubungan yang diharapkan itu cuma dirasai selama satu bulan sahaja selepas kami menjadi suami isteri," jelasnya.

Menurut Saifuddin, dia tiba-tiba merasakan dirinya terlalu kecil dan semakin hari semakin takut untuk bertentang mata dengan isterinya sehinggalah ke hari ini.

"Saya tidak diperlakukan seperti seorang suami, sebaliknya saya sering dijadikan seperti budak suruhan untuk buat itu dan ini.

"Hairannya, saya tidak pernah membantah dan tidak boleh bersuara pun untuk mengatakan tidak pada setiap arahannya.

"Hubungan kelamin sempat berlaku selama setahun sahaja dan selepas itu, saya tidak berupaya untuk bersamanya seperti orang hilang selera makan," ujarnya lagi sambil meneguk minuman yang dipesan.

Saifuddin berkata, keluarganya tidak pernah tahu masalah yang dialaminya kerana Laila cukup pandai berlakon bila mereka pulang ke kampung.

"Arwah ibu saya pernah bertanya kenapa saya seperti orang sakit dan tidak setegas dulu tetapi saya bagi alasan umur yang semakin meningkat menyebabkan perangai asal turut berubah.

"Laila cukup baik dengan keluarga saya dan memang tidak akan nampak ada masalah dalam hubungan kami selama ini.

"Lagi pun dia tak pernah meninggikan suara pada saya dalam keadaan apa sekali pun menyebabkan saya tidak mahu berpisah dengannya," ceritanya lagi.

Soal makan minum kata Saifuddin, sejak mereka tidak berhubung kelamin, Laila tidak lagi menyediakan makan minumnya.

"Sesekali kalau dia masak, pandai-pandailah saya ambil dan makan sendiri. Untuk makan bersama memang sangat jarang berlaku.

"Sebenarnya saya tidak patut bercerita hal rumahtangga pada orang lain tetapi saya sangat tertekan memikirkan apa kesudahan nasib saya. Adakah saya dayus dan tidak layak bergelar suami?

"Adakah benar saya termakan 'nasi kangkang' hasil perbuatan isteri sendiri menyebabkan saya sukar untuk melepaskannya?," soal Saifuddin.

Bukan untuk menuduh isteri sendiri tetapi apa yang dibaca selama ini semakin mencelarukan fikirannya.

Nasi kangkang bukan dongeng

KEMAMAN - Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Datuk Shamsuri Safie mendedahkan masih terdapat wanita Islam yang menggunakan nasi kangkang bukan sahaja untuk menundukkan suami, bahkan ada yang bertujuan memporak-perandakan kebahagiaan jiran tetangga seperti kes yang terjadi di Dungun.

Shamsuri berkata, kisah nasi kangkang bukan cerita dongeng, sebaliknya sihir itu masih lagi menjadi amalan segelintir kecil wanita untuk mencapai matlamat s0ngsang mereka. - SUMBER

View the original article here