Showing posts with label Teruk. Show all posts
Showing posts with label Teruk. Show all posts

Wednesday, 10 September 2014

Van Putih, Ibu Mangsa Trauma Teruk

Van Putih, Ibu Mangsa Trauma Teruk | Berikutan seorang penjenayah yang juga penculik van putih berjaya diberkas di Masai,Johor baru-baru ini atas bantuan orang ramai, ibu mangsa yang melihat kejadian anaknya diculik didepan mata menjadi trauma setiap kali van berwarna putih melintasi depan matanya.

Van Putih, Ibu Mangsa Trauma Teruk

Menurut laporan harian metro, setiap kali ternampak van putih melintas di depan rumahnya di Taman Cahaya Masai, jantung Rahayah Bul, 42, berdegup kencang dan badannya menggigil berikutan kejadian anak perempuannya yang berusia sembilan tahun cuba diculik seorang lelaki menaiki kenderaan seperti itu, Sabtu lalu.

Rahayah berkata, sehingga kini dia tidak dapat melupakan detik cemas anak tunggalnya, Nur Ainna Haili dicekik dan diacu pisau pada leher oleh penjenayah yang mahu mencuri Perodua Myvi anak saudaranya.

Menurutnya, sejak heboh dengan kejadian van putih menculik kanak-kanak, dia sentiasa berjaga-jaga dan tidak jemu berpesan kepada pengasuh supaya tidak membenarkan anaknya bermain di luar rumah ketika dia bekerja.


Bagaimanapun, dalam kejadian jam 2 petang itu, dia tidak menyangka lelaki memandu van putih bertulis ‘Majlis Perbandaran Pasir Gudang’ (MPPG), cuba menculik anaknya yang dipanggil Ain, di depan matanya.

“Sejak kejadian itu saya jadi macam orang tak betul. Tak boleh nampak van putih, tak boleh nampak orang tak kenal. Saya jadi trauma dan menggigil.

sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/Culikdepanmataibu//Article

View the original article here

Thursday, 4 September 2014

MESTI TENGOK! Anda Lihat Gadis ini Cantik? Anda Belum Lihat Gambar Selfienya Yang Teruk Disini


Anda semua lihat gadis ini cantik? Tetapi tahukah anda bahawa gadis ini mempunyai selfie yang sangat teruk. Admin sendiri pun tak percaya mimik muka gadis ini berubah menjadi hodoh seperti itu. Bagi yang tengok cantik tadi tu hold dulu tengok gambar gadis ini di bawah. Apa komen anda? Hahaha




View the original article here

Monday, 1 September 2014

Gambar Bayi Teruk Di Gigit Semut Charlie/Tomcat

Gambar Bayi Teruk Di Gigit Semut Charlie/Tomcat | Menerusi sebuah laman web, mediahubline, dilaporkan seorang pengguna Facebook telah berkongsi dua gambar yang menjadi viral di laman Facebook.

Gambar Bayi Teruk Di Gigit Semut Charlie/Tomcat

Gambar yang menunjukkan wajah seorang bayi malang digigit oleh seekor semut yang paling digeruni oleh umat manusia iaitu Semut Charlie atau Tomcat.

Menurut seorang lelaki yang pernah menjadi mangsa kepada serangga ini, Semut Charlie ini gemar berada di tempat yang bersuhu lembab terutamanya di tuala yang lembab. Jika terkena gigitannya, mangsa dengan serta merta akan berasa panas dan seperti terkena api. Sebaiknya segera simbah dengan air biasa.

Namun, jangan pula digaru, kerana ia mudah merebak dan membengkak. Jika terkena banyak gigitan, kulit akan melepuh seperti terkena air panas. Mangsa juga akan berasa pedih dan gatal-gatal. Jangan sesekali cuba memecahkan kesan lepuh kerana ia boleh menyebabkan air bisa tersebut merebak ke bahagian kulit yang lain.

Dalam tempoh 7 hari, rasa gatal akan mula hilang. Dan apabila sudah kering, ia akan meninggalkan kesan parut seperti terbakar. Sapukan dengan ubat seperti Bio Oil untuk menghilangkan kesan-kesan parut.

Semut Charlie ini juga selalu ditemui di kawasan sawah padi.

Gambar Bayi Teruk Di Gigit Semut Tomcat

#Namun kami meragui sedikit tentang kesan gigitan keatas bayi tersebut kerana carian di google mendapati kesan keatas bayi/manusia yang digigit semut Charlie/Tomcat ini agak berbeza.

Kami juga cenderung merasakan bayi ini sebenarnya seperti telah dilahirkan dengan keadaan begini sejak azali lagi sama seperti gambar kanak-kanak dibawah ini....apapun ini hanya pandangan kosong kami dan kami doakan agar mereka cepat sembuh seperti sedia kala.


sumber
http://mymediahubonline.blogspot.com/2014/08/muka-bayi-bengkak-teruk-akibat-digigit.html


View the original article here