Showing posts with label Tradisi. Show all posts

Thursday, 16 October 2014
5 Tradisi Kecantikan Paling Mengerikan Di Dunia
Menjadi cantik dan disukai banyak orang tentu menjadi impian seluruh wanita. Namun terkadang untuk menjadi cantik, seorang wanita perlu menempuh cara-cara yang melampau dan menyakitkan. Begitu juga dengan lima negara yang mempunyai tradisi untuk menjadi cantik paling mengerikan di dunia, wanita-wanita ini perlu menempuh cara yang tidak biasa untuk mendapatkan kecantikan seperti yang mereka mahu.
TRADISI leblouh ini
Tradisi ini terdapat di daerah Mauritania. Seorang wanita yang memasuki usia berkahwin dipaksa untuk menjadi gemuk dengan memakan makanan yang bertimbun-timbun, minuman yang banyak, dan meminum semangkuk besar susu unta atau kambing. Hal ini dilakukan kerana wanita dengan tubuh gemuk dianggap lebih menarik dan mempunyai status sosial yang tinggi di Mauritania, maka dari itu wanita di rantau ini perlu mempunyai badan yang gemuk walaupun menyakitkan.
TRADISI TATO GUSI
Tradisi cantik mengerikan selanjutkan datang dari Afrika Barat di mana menato gusi akan membuat wanita menjadi lebih cantik. Namun tidak seperti tatu pada umumnya, menato gusi di sini hanya memberikan warna hitam pada gusi sang wanita. Hal ini popular dilakukan oleh warga di desa kecil seperti di Thies, Senegal.
TRADISI BONSAI KAKI
Tradisi ini begitu popular di China. Pelbagai wanita dari kalangan menengah dan atas melakukan tradisi bonsai kaki untuk membuat kaki mereka menjadi lebih kecil. Sebelum abad ke-20 tradisi ini sudah sangat popular. Kaki dengan saiz kecil dianggap sebagai simbol kecantikan wanita.
TRADISI PANJANG LEHER
Tradisi kecantikan ini dilakukan oleh suku Kayan di Myanmar. Suku Kayan adalah etnik minoriti Tibet-Burma yang tinggal di Myanmar. Menurut suku ini, wanita yang mempunyai leher yang panjang akan lebih menarik perhatian lawan jenis.
TRADISI labret
Menurut suku Mursi yang berada di Ethiopia, wanita cantik adalah wanita yang mempunyai bibir yang lebar. Tradisi melebarkan bibir dikenal dengan istilah labret. Amalan ini dilakukan dengan cara membuat lubang di bahagian bawah bibir dan menusuknya selebar 2,5-5 cm. Lalu, meletakkan cakera kayu di dalamnya.
Thursday, 9 October 2014
Tradisi Kahwin 2 Suami 1 Isteri Di Perkampungan Terpencil Di Himalaya
UPPER DOLPA, Nepal – Apabila Tashi Sangmo berusia 17 tahun, gadis itu mengahwini jirannya yang berumur 14 tahun dan adik lelakinya di sebuah kampung di pedalaman banjaran Himalaya di Nepal.
Pada zaman dahulu, anak-anak lelaki dalam hampir setiap keluarga di rantau ini akan berkongsi seorang wanita sebagai isteri.
Dikenali sebagai poliandri, amalan tersebut semakin terpinggir setelah masyarakat Nepal terdedah kepada budaya kehidupan moden.
Namun, beberapa buah perkampungan terpencil di Himalaya masih mengamalkan budaya bersuami lebih daripada satu itu.
“Budaya ini memudahkan hidup wanita kerana segala harta kekal dalam satu keluarga. Tiada pembahagian kekayaan dalam kalangan isteri seperti amalan poligami,” kata Sangmo.
“Semua pendapatan dikawal oleh saya. Mereka (suami-suaminya) pula bertanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga ini,” tambahnya.
Apabila Sangmo berkahwin dengan Mingmar Lama 14 tahun lalu, kedua-duanya faham bahawa adik lelaki suaminya, Pasang akan menyertai rumah tangga mereka kelak.
Ketika itu, Pasang baru berusia 11 tahun.
Keluarga berkenaan kini memiliki tiga anak lelaki dengan masing-masing berusia lapan, enam dan empat tahun.
“Saya mahu berkongsi ikatan perkahwinan ini bersama abang saya kerana hidup kami akan menjadi lebih mudah,” kata Pasang, 25, di rumah mereka yang terletak di kampung Simen pada ketinggian 4,000 meter dari aras laut.
Masyarakat terpencil di rantau ini mengamalkan poliandri bagi mengelakkan sesebuah keluarga membahagi-bahagikan harta mereka.
Perasaan cemburu pula tidak wujud dalam kalangan mereka. “Saya tidak cemburu berkongsi isteri dengan abang saya. Jika saya cemburu, pastinya saya akan mengahwini wanita lain,”
kata seorang lagi pemuda yang mengamalkan budaya poliandri yang dikenali sebagai Pema.
Dia dan abangnya, Karma dengan rela hati berkongsi seorang isteri berusia 30 tahun, Shitar Dorje.
Keluarga poliandri biasanya bersikap tidak kisah berhubung isu bapa kandung dengan anak-anak mereka memanggil kedua-dua bapa dan bapa saudara sebagai “ayah”.
Rantau terpencil ini terletak sekitar 500 kilometer dari ibu negara Nepal, Kathmandu.

Subscribe to:
Posts (Atom)