Showing posts with label Universiti. Show all posts
Showing posts with label Universiti. Show all posts
Wednesday, 5 November 2014
GILA!!! Universiti Tawar Khidmat Seks Kepada Pelajar
Satu kejadian telah dilaporkan oleh pelajar dari University Wuhan China kepada pihak polis.
Menurut laporan, universiti berkenaan telah menjalankan aktiviti pelacuran dan maksiat kepada kesemua pelajar yg ingin memuaskan nafsu seks masing-masing.
Pelajar yg enggan didedahkan identitinya telah menceritakan bahawa universiti berkenaan telah mengenakan sejumlah bayaran dan menawarkan bilik hotel kepada mereka.
Selain itu, terdapat potongan harga sekiranya mereka melampirkan kad identiti pelajar masing-masing.
”Jika inginkan bilik yg murah, hanya perlu tunjukkan kad pelajar. Sangat mudah dan senang. Namun pastinya ada pihak yg mengecam hebat gejala tidak senonoh ini,” ujar pelajar berkenaan kepada media.
Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan keatas universiti itu. Bagaimanapun, pihak polis sudah sedia maklum bahawa terdapat sebuah bangunan hotel di sebelah universiti itu .
Hasil maklumat daripada beberapa pensyarah,mereka juga telah mendakwa bangunan hotel itu dikendalikan oleh adek ipar pengetua institusi pengajian tinggi berkenaan.
Sehingga kini, masih tiada penangkapan dibuat kerana kekurangan bukti.
Tuesday, 28 October 2014
POLITIK!!! Polis 'Kunci' Universiti Malaya Untuk Halang Ceramah Anwar
KUALA LUMPUR, 26 Okt : Polis akan mengambil alih bahagian keselamatan Universiti Malaya bermula jam 7 pagi esok, lapor portal berita The Malaysia Insider.
Menurut Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya, Prof Datuk Dr. Rohana Yusuf, polis akan mengawal kampus dan menghalang orang luar dari memasukinya.
Langkah itu dipercayai dibuat bagi menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari memasuki kampus untuk menyampaikan ceramahnya yg bertajuk "40 tahun, dari UM ke penajara", yg bakal diadakan di Dewan Tunku Canselor esok.
Rohana berkata pelajar tidak dibenarkan berada di DTC atau di kawasan sekitarnya bermula jam 4 petang esok.
Menurut Rohana, program tersebut jelas sekali melanggan peraturan Universiti dan Akta Kolej Universiti 1971. Tambah Rohana lagi, mana-mana pelajar yg melanggar undang-undang itu akan digantung atau dibuang.
Semua pintu masuk kecuali pintu utama akan ditutup bermula pukul 4 petang bagi memastikan tiada orang luar memasuki kampus.
Rohana berkata program itu adalah haram kerana tidak ada kelulusan bagi melaksanakan acara tersebut daripada pihak pengurusan universiti. -
Tuesday, 23 September 2014
David Teo, Universiti perfileman?

SABAN hari, ada saja nama baru muncul di persada seni tanah air, sama ada dalam dunia muzik mahupun lakonan.
Jika dilihat daripada sudut positif, kehadiran bakat baru ini tentu saja membantu merancakkan lagi industri seni negara.
Bahkan, golongan pelapis ini dilihat gigih mencari tapak dalam dunia hiburan tempatan apatah lagi dengan bantuan dan sokongan daripada media massa termasuk media baru hari ini.
Bukan hanya daripada media massa, kepercayaan daripada syarikat produksi turut memainkan peranan yang cukup penting dan itulah yang dibuktikan oleh Metrowealth International Group (MIG).
Sejak menerbitkan filem pertamanya berjudul Syukur 21, lebih sedekad lalu, MIG telah melahirkan ramai bakat baru yang kini merupakan nama-nama besar dalam bidang lakonan tanah air.
Maya Karin, Waheeda, Farid Kamil dan Lisa Surihani adalah antara pelakon popular yang banyak mencipta nama menerusi filem-filem terbitan MIG. Mereka digilap menerusi MIG Talent iaitu agensi di bawah syarikat produksi itu.
Melihat daripada perkembangan drastik MIG, pemiliknya, Mejar (K) David Teo turut menganggap MIG sebagai sebuah ‘universiti perfileman’ yang melahirkan bakat lakonan dan pengarah baru menerusi Skim Pengarah Muda tajaan syarikatnya.
Ikuti temu bual Zass dengan David yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MIG, di majlis tayangan media filem terbarunya, Nasi Tangas (Nasi Kangkang), baru-baru ini.
MIG sebagai universiti perfileman. Boleh anda terangkan dengan lebih lanjut?
MIG sudah boleh dianggap sebagai universiti yang melahirkan bakat baharu, oleh kerana itu, slogan 'Bintang Dicipta Bukan Dilahirkan' terus digunakan sehingga ke hari ini. Bahkan, kami sentiasa membuat persediaan dengan melahirkan barisan pelakon pelapis yang akan meneruskan kesinambungan dalam bidang perfileman pada masa depan. Ia juga bagi mengelakkan kebergantungan terhadap pelakon-pelakon sedia ada. Jika mahu terus menjadi penerbit, muka-muka baharu ini perlu ada. Selain daripada memiliki pelakon sendiri, MIG turut memperkenalkan Skim Pengarah Muda MIG, sejak dua tahun lalu. Antara pengarah muda yang digilap MIG seperti Ismail Hasim, Azhari Zain, Pierre Andre, Hashim Rejab, Farid Kamil, Ahmad Rusli, Yana Samsuddin, Muhamad Razif, Noor Hazlin, Mohd Azaromi dan Nor Zahirah.
Ada bilangan tertentu untuk merekrut bakat baharu?
Setiap tahun, MIG akan mengambil 15 bakat baharu yang terpilih. Untuk tahun ini, kuota itu masih lagi belum mencukupi. Kami masih lagi kekurangan lima orang lagi. Setakat ini, MIG mempunyai lebih 35 artis. Antara artis di bawah naungan MIG ialah Farid Kamil, Intan Ladyana, Zalif Sidek, Nina Iskandar, Adibah Yunus, Atikah Shuhaimi, Niezam Zaidi dan Azwan Kombos.
Ada tapisan yang perlu dihadapi oleh bakat baharu ini?
Tidak semuanya akan bergelar pelakon sebaliknya bakat baharu itu akan ditapis dan diberi tempoh percubaan selama setahun sama ada untuk terus kekal atau tidak bersama MIG.
Dalam tempoh percubaan itu, kami akan melihat kepada empat faktor utama iaitu disiplin, kesungguhan mereka untuk menjadi artis, kontroversi yang terkait dan respons masyarakat kepada mereka. Jika masyarakat tidak suka juga... ia tidak bagus untuk promosi filem.
Selepas tempoh percubaan itu tamat, bagaimana dengan keputusannya?
Kami akan memberi kebebasan kepada bakat baharu ini untuk memilih keputusan sama ada untuk terus kekal ataupun tidak. Oleh sebab itu, selepas setahun, kami akan mengkaji semula kontrak. Setakat ini, hanya dalam 30 peratus yang akan terus bersama kami.
Soal kontraknya pula bagaimana?
Setiap kontrak yang dikeluarkan adalah selama lima tahun, bagaimanapun ia bergantung kepada artis tersebut. Kebiasaan mereka akan tandatangan kontrak selama lima tahun, namun terpulang kepada mereka jika mahu keluar lebih awal ikut budi bicara. Sehingga ke hari ini, kami masih lagi menggunakan kontrak dan syarat yang sama seperti sebelum ini. Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang diubah suai menjadi lebih terperinci. Syarat masih sama seperti dahulu cuma ada beberapa syarat yang kita perbaiki mengikut beberapa pengalaman artis sebelum ini yang melanggar kontrak. Atas nasihat peguam, kami meletakkan harga ganti rugi mengikut kemampuan dan nilai filem yang kita beri pada mereka.
Perancangan jangka masa panjang MIG?
MIG menyasarkan 200 filem terbitan sehingga penghujung 2018. Malah, saya mempunyai sasaran sendiri iaitu ingin mencipta rekod sebagai penerbit yang berjaya menghasilkan 1,000 filem di sepanjang penglibatan saya dalam industri. Diharapkan, ia akan menjadi kenyataan.
Komen anda mengenai filem terbaru, Nasi Tangas (Nasi Kangkang)...
Dek perbincangan yang teliti dengan Lembaga Penapisan Filem (LPF), menyebabkan tayangan filem ini mengalami kelewatan lebih enam bulan. Malah, atas nasihat daripada LPF juga, tajuk filem ini perlu diubah kepada Nasi Tangas (Nasi Kangkang). Mujur pemotongan yang dilakukan tidak banyak sebaliknya hanya melibatkan dua tiga perubahan. Saya bersyukur untuk itu. Saya mengharapkan agar filem ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada peminat di luar sana.
Seperti biasa, dalam setiap filem terbitan anda, sudah pastinya ada wajah-wajah baru yang ditampilkan. Begitu juga dengan Nasi Tangas (Nasi Kangkang) yang memilih Azwan Kombos, Shima Anuar, Adiba Yunus sebagai teraju utamanya. Komen anda?
Sejak dulu lagi, MIG telah menyediakan barisan pelakon pelapis untuk diserapkan dalam filem-filem terbitan kami. Ia bagi menghadapi masalah kekurangan pelakon kerana bilangan filem terbitan MIG semakin bertambah. Kami tidak mahu pelakon yang ditampilkan dalam filem asyik muka-muka yang sama. Nanti penonton akan bosan. MIG memberi mereka peluang untuk tunjukkan bakat. Kalau berjaya mereka akan pergi jauh dan industri perfileman juga mempunyai banyak pilihan pelakon.
Wednesday, 3 September 2014
Ayda Jebat Tak Kesal Dibuang Universiti Kerana Jadi Artis

Ayda tidak pernah menyesal lepaskan pengajian untuk masuk bidang seni lebih awal.
Pelakon Ayda Jebat pernah diberhentikan daripada sebuah universiti awam selepas dia membuat membuat keputusan untuk menceburi bidang seni pada dua tahun lalu.
Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 22, berkata, perkara tersebut berlaku kerana pihak universiti tidak membenarkannya bercuti bagi menyertai program realiti Akademi Fantasia musim 9 (AF9) yang menganggu komitmennya sebagai seorang pelajar.
"Ketika saya dipilih untuk menyertai Akademi Fantasia 9 pada tahun 2011 saya masih belajar di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan muzik tetapi pihak universiti tidak benarkan untuk saya mengambil cuti khas bagi menyertai mana-mana rancangan realiti.
"Setelah fikir secara masak-masak saya pilih untuk menyertai AF9 dan dalam masa yang sama pihak universiti terpaksa memberhentikan saya dan ketika itu saya tinggal lagi dua semester sahaja untuk tamat pengajian diploma. Saya memang sedih sangat dan menangis tidak henti ketika itu," ujarnya.
Ayda ditemui pada tayangan akhir Drama Rindu Awak 200% yang diadakan di Bucida Court, di sini, malam Isnin.

Ayda melayan peminat-peminatnya yang hadir pada majlis tayangan akhir drama Rindu Awak 200%.
Bagaimanapun Ayda berkata, dia tidak pernah menyesal dengan tindakan yang diambil itu kerana apa yang dipelajari di universiti tersebut adalah persiapan untuk dia berada dalam industri seni.
Malah, katanya, beberapa rakan yang menghabiskan pengajian di universiti dalam bidang tersebut masih lagi mencari-cari pekerjaan dan peluang untuk berada dalam industri.
"Saya tidak menyesal dengan keputusan saya itu biarpun nasib saya sebagai penyanyi tidak begitu menyerlah, namun saya terima rezeki dalam industri seni ini sebagai seorang pelakon.
"Saya lihat kawan-kawan saya yang habis belajar masih lagi mencari-cari kerja, ada yang menghubungi saya semula untuk mendapatkan peluang," ujarnya.
Sementara itu, Ayda turut mengakui selepas dikenali melalui drama Rindu Awak 200% ini, dia lebih menjaga penampilan dan berpakaian sopan untuk menghormati peminat-peminatnya terutama golongan dewasa dan kanak-kanak.
"Saya jaga cara pemakaian sebab saya rasa tidak manis untuk berpakaian seksi kerana dalam drama saya mengenakan tudung dan berpakaian sopan.
"Lagi pula peminat saya banyak daripada golongan makcik-makcik dan wanita bertudung," ujarnya.
Majlis yang dianjurkan oleh kelab peminatnya Ayda Jebat Screamer itu dihadiri lebih 200 peminat bagi menonton drama episod akhir slot Akasia itu.
Drama Rindu Awak 200% mula disiarkan pada 15 Julai lalu pada Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3.
Subscribe to:
Posts (Atom)

