Showing posts with label kunci. Show all posts
Showing posts with label kunci. Show all posts
Tuesday, 28 October 2014
POLITIK!!! Polis 'Kunci' Universiti Malaya Untuk Halang Ceramah Anwar
KUALA LUMPUR, 26 Okt : Polis akan mengambil alih bahagian keselamatan Universiti Malaya bermula jam 7 pagi esok, lapor portal berita The Malaysia Insider.
Menurut Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya, Prof Datuk Dr. Rohana Yusuf, polis akan mengawal kampus dan menghalang orang luar dari memasukinya.
Langkah itu dipercayai dibuat bagi menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari memasuki kampus untuk menyampaikan ceramahnya yg bertajuk "40 tahun, dari UM ke penajara", yg bakal diadakan di Dewan Tunku Canselor esok.
Rohana berkata pelajar tidak dibenarkan berada di DTC atau di kawasan sekitarnya bermula jam 4 petang esok.
Menurut Rohana, program tersebut jelas sekali melanggan peraturan Universiti dan Akta Kolej Universiti 1971. Tambah Rohana lagi, mana-mana pelajar yg melanggar undang-undang itu akan digantung atau dibuang.
Semua pintu masuk kecuali pintu utama akan ditutup bermula pukul 4 petang bagi memastikan tiada orang luar memasuki kampus.
Rohana berkata program itu adalah haram kerana tidak ada kelulusan bagi melaksanakan acara tersebut daripada pihak pengurusan universiti. -
Sunday, 26 October 2014
TERKINI!!! Penjaga Kunci Kaabah Meninggal Dunia
MAKKAH - ARAB SAUDI. Penjaga kunci tradisional pintu Kaabah, Sheikh Abdul Qadir Taha Al-Shaibi meninggal dunia di Hospital Raja Khaled, di sini pada usia 74 tahun.
Memetik laporan Aran News, beliau dinamakn sebagai penjaga kanan kunci pintu Kaabah selepas kematian bapa saudaranya, Abdul Aziz Al-Shaibi kira-kira empat tahun lalu.
Difahamkan, Dr Saleh bin Taha Al-Shaibi akan mengambil alih tanggungjawab itu berikutan ia telah diamanahkn kepada anggota keluarga tertua Al-Shaibi sejak zaman pra-Islam.
Wednesday, 22 October 2014
Erin Malek kunci mulut

BAGAIKAN sudah jatuh ditimpa tangga, kontroversi demi kontroversi terus menghambat bintang terkenal ini walaupun sudah bergelar isteri.
Sebelum ini, Erin Malek, pernah memberitahu bahawa dia mengharapkan agar perkahwinannya bersama suami, Farriz Fauzy dapat menutup segala dakwaan dan tohmahan liar terhadap dirinya.
Namun, selepas melangsungkan perkahwinan pada 10 Oktober lalu, pelbagai kontroversi mula melingkar, malah semakin ligat.
Selain daripada dakwaan Erin dan suami berkunjung ke kelab malam sejurus selesai resepsi perkahwinan mereka yang berlangsung di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur, Sabtu lalu, foto-foto seksi pelakon filem, Awak Nak Kahwin Dengan Saya? ini mula tersebar.
Menerusi foto-foto itu, jelas memperlihatkan wanita yang didakwa mirip Erin mengunjungi kelab malam, Rootz Club dengan mengenakan skirt pendek berwarna krim.
Bagaimanapun, Erin lebih selesa mengambil pendekatan untuk mengunci mulut daripada memberikan sebarang penjelasan mengenai perkara itu.
Usaha Zass untuk mendapatkan penjelasan menerusi talian telefon dan aplikasi sosial, WhatsApp bagaimanapun tidak mendapat reaksi daripada bintang Misiku Kuza ini.
Pun begitu, menerusi laporan portal hiburan, suaminya tampil mengeluarkan kenyataan dan memberitahu bahawa ianya adalah perkara lepas dan tidak perlu diungkit kembali.
“Yang lepas biarlah lepas,” katanya.'
Tuesday, 21 October 2014
GOSIP!!! Erin Malik Kunci Mulut Berkenaan Gambarnya Yang Tersebar Di Kelab Hiburan
Selebriti jelita yg baru melangsungkan perkahwinan nya Erin Malik masih belum jawab mengenai Gambar Viral yang di katakan diri nya yg kini tersebar di media sosial.
Melalui ruangan Hiburan di Utusan Online, Erin Malik masih belum jawab mengenai gambar Viral tersebut.
Terkejut Goyah apabila melihat foto-foto Erin Malek yg menjadi viral di laman sosial beberapa hari lepas.
Ini bukan foto majlis pernikahan atau resepsinya bersama suami, tetapi tiga keping foto dia berada di kelab malam dalam situasi mendebarkan.
Kononnya, si Erin yg popular menerusi drama bersiri Misiku Kuza itu sedang asyik sekali berhibur di sebuah kelab, seiring dengan Oktoberfest yg dikecam banyak pihak.
Apa sebenarnya cerita di sebalik gambar ini? Jangan tanya Joyah. Sampai hari ini, Joyah pun tidak pasti apakah foto itu merupakan adegan daripada salah satu drama lakonan Erin atau memang benar gambar dia sedang bersosial.
Joyah cuba mendapatkan penjelasan daripada Erin. Namun, sejak bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Erin seperti agak berat untuk membalas panggilan pihak wartawan.
Walaupun Joyah tahu dia ada membaca Whatsapps yg dihantar, pelakon itu memilih untuk berdiam diri yg mana ini meninggalkan tanda tanya kepada semua orang.
Apapun, Joyah harap Erin akan tampil menjelaskan semuanya. Sekurang-kurangnya kita lebih jelas dan tidak membuat tafsiran yg kurang molek mengenai pelakon cantik ini.
Lagipun ini bukan kali pertama Erin berhadapan dengan isu kontroversi, jadi para pembaca dan peminat Erin di harap bersabar menunggu penjelasan dari Erin mengenai gambar tersebut yg di kecam hebat di media sosial, pada Erin Semoga berbahagia bersama suami tercinta.
Friday, 3 October 2014
(KEMASKINI) Fiza Elite Failkan Penceraian? Adam ‘Kunci Mulut’

Perkhabaran tidak baik mengenai kisah rumah tangga Adam AF dan Fiza Elite semakin bertebaran di mana-mana media sejak kebelakangan ini.
Walaupun Adam sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanya bergaduh manja namun menurut dari sumber sebuah akhbar harian mengatakan si isteri sudah pun berkunjung ke Mahkamah Syariah di Shah Alam, Rabu lalu untuk menfailkan penceraian.
TERKINI…Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata, dia tidak mahu mengulas mengenai perkara tersebut dan memohon semua pihak memberi mereka ruang buat masa ini.
“Maafkan saya kerana tidak boleh mengulas mengenai perkhabaran terbaharu itu dan saya mohon semua pihak mendoakan perhubungan kami sentiasa berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.
Bagaimanapun usaha mStar Online untuk cuba mendapatkan reaksi Fiza mengenai perkhabaran terbaharu itu gagal apabila pelakon dan penyanyi itu tidak menjawab panggilan dan WhatsApp yang dihantar kepadanya.
“Kami sepakat untuk tidak mengulas mengenai perkara ini buat masa ini dan harap semua pihak faham akan keadaan kami,” katanya lagi.
Hmm, rasanya baharu lagi usia perkahwinan pasangan ini, kalau ada masalah, lebih baik dibawa berbincang ataupun merujuk kepada mana-mana pihak kaunseling perkahwinan.
Yelah, kita orang luar hanya boleh berkata-kata, yang melaluinya adalah mereka berdua.
Sementara itu, Fiza menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik status yang sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya di kalangan pengikutnya.
“Salam semua….maaf andai sy ada berbuat silap atau tkasar bahasa.sy benar2 berharap agar semua diluar sana memahami perasaan sy skrg ni…jgnlah ditanya bmcm2 jenis soalan.sy ni cuma wanita biasa yg kekadang lemah dan xmampu utk menanggung beban…tp sy tahu dan pasti semua ni ketentuan dr Allah.siapa yg mahu utk jd begini?kalau disoal pd sesiapa pun..xmungkin seseorg itu mahu mjalani kehidupan spt sy…hormati lah apa jua keputusan sy.sy hanya merancang…tp Allah lebih mengetahui segala2nya…sy cuma perlukan sokongan dr anda semua utk sy terus kuat dan maju ke depan.apa yg tjadi dan bakal berlaku biarlah jd rahsia antara sy dan Allah…xperlu utk sy bkongsi kesemua crita peribadi sy kpd umum.harap semua dpt memahami ya…doakan yg terbaik utk kami…Allah adalah tempat sy berbicara dan mengadu…bukan dgn sesiapa pun…kita sebagai makhluk Allah san hambanya cuma perlu menadah tangan dan bdoa meminta pertolongan dr Nya…Amin….”
Apa-apa pun kita doakan semoga perkahwinan mereka dapat diselamatkan dan jodoh mereka dipanjangkan. Biasalah adat dalam berumahtangga, pasti ada pasang surutnya.
Untuk makluman, Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu di Bangunan Sultan Idris, Jabatan Agama Islam Selangor, Jais, Shah Alam.
Sunday, 31 August 2014
Sari Yanti terus kunci mulut

Sari Yanti
“ALHAMDULILLAH, saya bahagia. Saya bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang,” ringkas aktres genit, Sari Yanti ketika ditujukan soalan mengenai kehidupan peribadinya.
Sari yang ditemui pada majlis sidang media Anugerah Lawak Warna Astro kelmarin bagaimanapun masih mengunci mulut biarpun di tebak dengan pelbagai persoalan berhubung keadaan rumah tangganya.
“Saya rasa tidak ada perkara yang boleh saya komen atau kongsikan. Terima kasih,” tegasnya.
Sejak khabar angin yang mendakwa rumah tangganya bergoyah awal tahun lalu tersebar, pelakon Kisah Qaisara ini dilihat lebih selesa menyepikan diri daripada memberi sebarang komen mengenainya.
Namun tidak lama kemudian desas desus itu terjawab apabila Sari sendiri dikatakan telah memfailkan permohonan cerai kepada suaminya, Mohd. Edy Casmadi Che Hussain, 34 pada Februari lalu.
Sehingga kini, keadaan sebenar rumah tangga aktres cantik ini masih belum jelas tambahan pula Sari bertegas tidak mahu berkongsi mengenai perkara tersebut.
Hasil perkongsian hidup dengan suaminya selama lima tahun, Sari dikurniakan dua anak lelaki yang comel iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 3.
Kembangkan karier
Beralih pada perkembangan karier seninya, Sari akui gembira kerana produk pertama ‘Pengamcam Perkahwinan’ terbitan syarikat produksi Mediaglo Production miliknya bersama beberapa teman artis seperti Tam Suhaimi, Farish Aziz dan Intan Ladyana mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga tercalon dalam Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri) Anugerah Lawak Warna Astro.
“Saya bersyukur sangat sebab ini projek pertama kami dan tidak sangka ia permulaan yang baik.
“Memang tidak sangka sebab saya dan kawan-kawan hasilkan projek ini secara suka-suka,” ujarnya.
Ditanya antara produk yang bakal menyusul selepas ini, Sari memberitahu semuanya masih dalam perbincangan.
“Buat masa ini kami masing-masing sibuk dengan kerja. Mungkin selepas semuanya selesai, kami akan hasilkan sesuatu yang menarik.
“Bagi saya, untuk hasilkan produk yang berkualiti, kita tidak perlu tergesa-gesa kerana semuanya perlu di rancang secara teliti,” jelasnya sebelum akhiri perbualan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
