Showing posts with label Usahawan. Show all posts
Showing posts with label Usahawan. Show all posts

Sunday, 26 October 2014

WOW!!! Ebby Yus Kini Bergelar Usahawan Berjaya, Miliki Mercedes Benz Sport


Setelah lebih tiga dekad bergelumang dalam dunia seni sebagai pelakon, Ebby Yus kini mungkin sudah boleh menarik nafas lega dengan rezeki yg dikurniakan padanya.

Walaupun kemewahan yg dimiliki Ebby Yus atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 47, bukan dari bidang seni namun dia memperolehinya daripada titik peluhnya sendiri. 

membuktikan kegigihannya membawakan hasil dan buktinya, dia kini bergaya dengan memiliki kereta mewah edisi sport Mercedez Benz.

Foto Ebby Yus disamping kereta sport berwarna putih dengan plat ABY444 itu kini tersebar di Internet.

Ternyata keazaman yg dimiliki oleh Ebby boleh dibanggakan apabila Restoran Adam Lai iaitu restoran yg menyediakan hidangan Cina Muslim yg terletak di Shah Alam, Sri Gombak dan Wangsa Melawati sentiasa tidak menang tangan menerima kunjungan pengunjung setia restoren tersebut.

Walaupun begitu, khabarnya dia masih lagi aktif menerima tawaran di bidang seni yg telah diceburinya sejak 1983 itu.

Pelawak yg sering tampil dengan loghat negeri kelahirannya, Negeri Sembilan itu masih lagi bujang dan selepas ini pasti ramai yg akan memburunya apabila melihat kejayaannya kini sebagai usahawan.

Tetapi semua hasil ini tidak akan datang tanpa usaha keras daripada Ebby Yus yg sudah biasa berniaga walaupun ketika sudah menjadi pelakon.

Dia sebelum ini pernah dilaporkan berniaga secara kecil-kecilan dengan berniaga petai walaupun setelah bergelar pelakon.

 


View the original article here

Wednesday, 22 October 2014

Fazurina, Afiq kini bergelar usahawan



GOLONGAN artis yang menceburi bidang perniagaan bukan lagi perkara asing, malah kini ia dilihat sebagai satu trend yang semakin mendapat perhatian masyarakat.

Tidak ketinggalan merebut peluang keemasan itu, dua pelakon ini juga melibatkan diri dalam bidang perniagaan masing-masing.

Memiliki latar belakang pendidikan Diploma Pengurusan Perniagaan, Fazurina kini lebih serius merealisasikan impiannya untuk memiliki produknya sendiri.






“Sebenarnya minat dalam bidang perniagaan ini timbul sebelum saya terlibat dalam dunia lakonan lagi. Tapi bila rezeki dalam lakonan sampai dulu, saya tidak tolak.

“Saya memang berhasrat untuk memiliki perniagaan sendiri apabila usia mencecah 30 tahun dan Alhamdulillah, ia tercapai dan selepas dua tahun saya kini lebih serius dan menjadikannya keutamaan berbanding lakonan,” katanya yang bakal memperkenalkan butik pakaian Muslimah, Nina Fazurina Collection di bangunan Medan Mara, awal tahun depan.

Berlainan pula dengan Afiq yang masih menjadikan karier lakonan sebagai keutamaan.

“Memang sebelum berlakon saya pernah berniaga tapi untuk terlibat dalam bidang fesyen, ini adalah kali pertama. Buat masa sekarang, saya hanya menjual pakaian yang diambil daripada pembekal.

“Jika sambutannya baik, saya memang merancang untuk lebih serius dengan rekaan dan jenama sendiri iaitu AFM Design.

“Tapi bidang lakonan masih lagi keutamaan bagi saya. Jika ada masa terluang, saya akan penuhkan dengan aktiviti perniagaan ini,” jelasnya.

Fazurina dan Afiq adalah antara artis yang turut memeriahkan program Celebrity Bazaar anjuran AFS Icon Celebrity Sdn Bhd yang dijalankan selama tiga bulan di Dataran Underground, Dataran Merdeka.


Fazurina: Saya masih laku!

Menafikan dirinya sudah tidak laku sehingga terpaksa meninggalkan dunia lakonan, Fazurina menjelaskan dia terpaksa memilih tawaran bersesuaian dengan statusnya.

“Saya masih laku dan buktinya projek terbaharu, saya turut terlibat dalam drama siri Misiku Kuza tayangan Astro.

“Saya jarang berlakon kerana bidang ini bukan lagi keutamaan buat saya, tambahan pula dengan situasi saya sekarang, saya perlu lebih memilih watak yang bersesuaian dengan status saya,” ujarnya.

Pada masa sama, pelakon Dunia Anita ini turut mendedahkan selain sibuk menguruskan perniagaan, masanya turut terisi dengan aktiviti bersama komuniti Best Entrepreneur Selebriti Team Love All Hijrah (Bestlah) bersama beberapa rakan artis yang lain.

“Saya tidak akan tinggalkan lakonan kerana itulah minat saya sejak dari kecil, lagipun ia sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya.

“Alhamdulillah selain lakonan, tuhan bukakan pintu rezeki yang lain, jadi saya mahu lakukannya dengan baik,” katanya.




Afiq elak cinta monyet

Selepas kisah cintanya terkandas, Afiq mengakui tidak mahu lagi membuang masa untuk terlibat dalam hubungan cinta yang tidak memberi manfaat buat dirinya.

“Buat masa sekarang, hidup saya sibuk dengan lakonan dan perniagaan. Rasa untuk bercinta masih belum ada lagi.

“Kalau sudah tiba masa pun, saya tidak mahu terlalu memperbesarkannya kerana sudah lali. Saya tidak mahu cinta monyet dan kalau betul sudah bertemu jodoh saya mahu terus dengan ikatan perkahwinan,” tegasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Afiq kini terlibat dengan penggambaran sebuah drama bersiri 140 episod, Love To Remember terbitan Global Station yang turut dilakonkan oleh Hisham Hamid dan Anzalna.

View the original article here

Thursday, 22 May 2014

Noniswara Nafi Hubungan Istimewa Dengan Usahawan



Noniswara Nafi Hubungan Istimewa Dengan Usahawan | Noniswara menafikan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Imran Mohd Nor apabila kelibat lelaki itu sering dilihat dalam gambar atau video yang dirakamkan menerusi lama sosial Instagram.

Nonis atau nama sebenarnya Noniswara Baharudin, 45, menegaskan hubungannya dengan lelaki itu hanya sekadar teman biasa dan masih belum terfikir untuk menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana lelaki selepas mengharungi penceraian kali kedua tahun lalu.

"Memang benar hubungan saya dengan Imran rapat tetapi hanya sebagai teman biasa dan bukannya intim seperti mana diperkatakan oleh sesetengah pihak. "
Apa yang mereka lihat menerusi gambar-gambar tersebut hanya salah faham dan terus membuat kesimpulan tanpa mengetahui cerita sebenar," katanya kepada mStar ketika dihubungi pada Ahad.

Nonis mengulas mengenai laporan sebuah akhbar mingguan yang menyebut pelakon itu sering dilihat bersama dengan lelaki itu dalam beberapa majlis termasuk semasa sambutan hari jadinya bulan lalu.

Dalam pada itu, Nonis berkata, dia mengenali Imran menerusi suami kepada pelakon Rabecca Al-Islam iaitu Datuk Nor Azam Sulaiman dan mereka sering menghabiskan masa bersama-sama dan bukannya berdua-duaan. Jelas Nonis, latar belakang Imran sebagai usahawan membuatkan mereka rapat selain banyak meminta nasihat daripada lelaki itu tentang perniagaan.

"Saya seorang yang minat dalam perniagaan dan ada meminta nasihat Imran tentang selok belok tentang bidang itu dan sekiranya kami keluar bersama pun ia turut ditemani oleh rakan-rakan lain yang pada kebiasaannya hampir sepuluh orang semuanya," jelasnya. 

Sementara itu, Nonis berkata, sebagai seorang wanita yang pernah bercerai sebanyak dua kali dia kini lebih berhati-hati sekiranya ada lelaki mendekatinya kerana ingin memastikan dia tidak tersalah langkah seperti mana sebelum ini.

Nonis bagaimanapun mengakui ada beberapa lelaki yang cuba mendekatinya namun dia kini tidak mudah mempercayai kata-kata manis mereka selain lebih selesa berkawan sahaja.

"Dengan pengalaman sebelum ini saya perlu lebih berhati-hati dengan kaum lelaki dan perlu menilai dan meneliti terlebih dahulu sikap dan personaliti mereka kerana jika ditakdirkan bertemu jodoh saya tidak mahu ia berakhir dengan penceraian," jelasnya.