Showing posts with label Miliki. Show all posts
Showing posts with label Miliki. Show all posts

Sunday, 26 October 2014

WOW!!! Ebby Yus Kini Bergelar Usahawan Berjaya, Miliki Mercedes Benz Sport


Setelah lebih tiga dekad bergelumang dalam dunia seni sebagai pelakon, Ebby Yus kini mungkin sudah boleh menarik nafas lega dengan rezeki yg dikurniakan padanya.

Walaupun kemewahan yg dimiliki Ebby Yus atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 47, bukan dari bidang seni namun dia memperolehinya daripada titik peluhnya sendiri. 

membuktikan kegigihannya membawakan hasil dan buktinya, dia kini bergaya dengan memiliki kereta mewah edisi sport Mercedez Benz.

Foto Ebby Yus disamping kereta sport berwarna putih dengan plat ABY444 itu kini tersebar di Internet.

Ternyata keazaman yg dimiliki oleh Ebby boleh dibanggakan apabila Restoran Adam Lai iaitu restoran yg menyediakan hidangan Cina Muslim yg terletak di Shah Alam, Sri Gombak dan Wangsa Melawati sentiasa tidak menang tangan menerima kunjungan pengunjung setia restoren tersebut.

Walaupun begitu, khabarnya dia masih lagi aktif menerima tawaran di bidang seni yg telah diceburinya sejak 1983 itu.

Pelawak yg sering tampil dengan loghat negeri kelahirannya, Negeri Sembilan itu masih lagi bujang dan selepas ini pasti ramai yg akan memburunya apabila melihat kejayaannya kini sebagai usahawan.

Tetapi semua hasil ini tidak akan datang tanpa usaha keras daripada Ebby Yus yg sudah biasa berniaga walaupun ketika sudah menjadi pelakon.

Dia sebelum ini pernah dilaporkan berniaga secara kecil-kecilan dengan berniaga petai walaupun setelah bergelar pelakon.

 


View the original article here

Thursday, 9 October 2014

Lelaki 90 Tahun Dari Brazil Miliki 50 Orang Anak

Seorang petani berasal Brazil berusia 90 tahun memiliki 50 anak dari empat wanita yang berbeza termasuk adik ipar dan ibu mertua. Petani itu, Luiz Costa de Oliveira, dikurniakan 17 anak dari perkahwinan pertamanya.

Setelah isteri pertamanya meninggal, dia terus berkahwin dengan Maria Francisca da Silva, 64, dan dikurniakan 17 anak. Tidak puas, dia menyelingkuhi adik iparnya, Ozelita Francisca da Silva, 58, dan memiliki 15 anak. Oliveira juga main mata dengan ibu mertuanya, Francisca Maria da Silva, 89 dan memiliki seorang anak. “Saya mempunyai anak lain dan tidak tahu kerana saya selalu suka bermain dengan wanita lain,” menurut Oliveira, kepada akhbar Diario de Natal.

“Hal yang paling menakjubkan yang pernah diciptakan Tuhan adalah wanita,” ujar Oliveira yang tinggal di Campo Grande, Negara Bahagian Rio Grande do Norte, Brazil. Lelaki berusia 90 tahun itu mengatakan, dirinya sudah memiliki 100 cucu dan 30 cicit. Oliveira malah tidak mengetahui nama-nama mereka

Isteri kedua dan juga adik ipar Oliveira mengatakan, keramahan Oliveira menjadi rahsia baginya dalam menaklukkan setiap hati wanita. “Dia (Oliveira) tidak pernah berlaku kasar pada kami, dan dia selalu menjaga anak-anak dengan baik,” ujar Maria Francisca da Silva.



View the original article here

Monday, 8 September 2014

Air Zam-Zam Miliki Mukjizat - Saintis Jepun


Molekul air zam-zam.

KAJIAN seorang saintis Jepun mendapati bahawa air zam-zam mempunyai keajaiban dan kandungan airnya berbeza dengan yang lain.

Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun menjalankan kajian ke atas perubahan bentuk molekul air yang didedahkan kepada pengaruh-pengaruh positif dan negatif.






Beliau mendapati apabila air didedahkan kepada kata-kata, tulisan dan pesanan yang berbentuk positif, air-air tersebut membentuk molekul yang berbentuk kristal indah.

Sebagai contoh, dalam salah satu eksperimen beliau, air didedahkan dengan bacaan doa agama Islam dan molekul air yang terhasil membentuk kristal indah berbentuk segi enam dengan lima cabang daun yang berkilauan indah.

Beliau turut mendapati molekul air yang terhasil menerusi eksperimen ke atas air zam-zam adalah bercabang-cabang dan berkilauan.

Emoto mendedahkan hasil penemuannya itu dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Mac 2005 di New York.


Dr Masaru Emoto.

Dalam eksperimen tersebut turut mendedahkan pengaruh unsur-unsur negatif terhadap air.

Menurut Emoto, apabila air didedahkan kepada perkataan syaitan dan muzik heavy metal, kristal molekul air yang terhasil tidak mempunyai bentuk dan kelihatan hancur serta buruk.

"Ternyata, air boleh 'mendengar, membaca dan memahami' kata dan doa," katanya.

Pada Persidangan Air Sedunia di salah sebuah universiti di negara ini beberapa tahun lalu turut membuktikan segala fakta mengenai air.

Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan 'kehebatannya'.




Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang diuji itu.

Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk air zam-zam diuji dan dikenal pasti.

Uniknya, air zam-zam membentuk molekul yang begitu kukuh, strukturnya tidak berubah disebabkan apa jua tekanan.

Malah, kehebatan air zam-zam didapati mampu merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu tertentu.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di makmal Eropah, terbukti bahawa air zam-zam memang lain daripada yang lain.

Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Mekah.



Telaga air zam-zam.

Ia mengandungi kadar kalsium dan garam magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan penyembuhan.
Air zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

Lebih menakjubkan, tidak ada sedikitpun lumut di telaga zam-zam dan ia sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

Justeru, dalam perubatan Islam, penggunaan air penawar dalam rawatan adalah satu aspek penting untuk diamalkan pesakit.

Air penawar biasanya dibacakan Surah al-Fatihah atau ayat suci al-Quran yang berkaitan dengan penyakit dialami pesakit.

Selepas pesakit membaca ayat al-Quran, mereka dikehendaki membaca doa memohon kepada Allah untuk penyembuhan dan doa ini turut dibacakan ke air penawar.

Teori Emoto mengenai perubahan kristal molekul air jelas menerangkan kemujaraban air penawar yang didedahkan kepada bacaan ayat suci al-Quran.

Pembacaan ayat suci al-Quran ke atas air penawar menyebabkan kristal molekul air penawar berubah kepada bentuk kristal indah dan memberi kesan positif kepada peminumnya.

View the original article here

Friday, 5 September 2014

GEMPAR! Pelajar Bertudung Labuh Miliki Twitter Penuh Gambar Terlampau


Kisah ini sememangnya menggemparkan ramai orang di laman sosial Twitter. Pemeriksaan di satu akaun Twitter mendapati gadis ini bukan sahaja kerap memuat naik gambar b0gelnya tetapi tidak segan silu berkongsi gambarnya bersama rakan-rakan kolej. Tak pastilah samada akaun fake ataupun real tapi nampaknya seperti ini merupakan akaun yang betul.

Jangan terkejut, gadis ini dipercayai menuntut di sebuah institusi keagamaan dan memakai tudung labuh siap berjubah dalam kehidupan seharian! Nauzubillah. Mohon Jauh la daripada perkara seperti ini.



Apa yang menyedihkan ada antara gambar gadis ini telah dikongsikan di laman sosial hingga menjadi bahan ketawa orang bukan Islam. Perkara seperti ini perlu dipandang serius dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Sudah tentu kita tidak boleh menyalahkan mereka apabila penganut Islam seperti remaja ini sendiri telah membuka ruang untuk agamanya dihina. Kerapkanlah untuk berpesan kepada rakan-rakan kita serta janganlah kita tersilap langkah dalam pilihan jalan hidup kita.



View the original article here