Showing posts with label bantu. Show all posts
Showing posts with label bantu. Show all posts

Thursday, 23 October 2014

BERITA !!!! Dua Isteri Bantu Bomoh Setubuh Guru Wanita




Surat, India: Seorang bomoh ditangkap polis kerana disyaki merogol pesakit dengan 

bantuan dua isterinya.

Polis Gujarat berkata, suspek dikenali sebagai Bhupat.

Menurut jurucakap polis, Bhupat Serta dua isterinya - Mona dan Rama - tinggal di

rumah sama di Amroli.“Mereka kini didakwa bersubahat merogol,” katanya.

Jurucakap polis berkenaan berkata, mangsa adalah seorang guru wanita yg bertemu 

Bhupat untuk mendapatkan bantuan mengesan bapanya yg hilang.

Apabila mengadu masalahnya, Bhupat berjanji membantu mangsa menggunakan kuasa

hikmatnya tetapi dengan syarat, guru terbabit mesti mengikut setiap arahan diberi.

Menurut jurucakap polis, mangsa mengadu menjadi pemuas nafsu Bhupat selama

empat hari.“Isteri Bhupat turut bersubahat dalam kes berkenaan.

“Mereka kemudian mengugut untuk membunuh mangsa jika kejadian berkenaan 

dibocorkan kepada polis,” katanya, semalam.Pihak berkuasa kemudian menangkap 

ketiga-tiga suspek selepas mangsa pergi menjalani pemeriksaan perubatan di hospital 

berdekatan.

Di samping itu, polis yakin dapat menyabitkan kesalahan tertuduh kerana sudah

memperoleh bukti kukuh. 

View the original article here

Thursday, 16 October 2014

Muzium Alat Bantu S3ks Dari Zaman Ke Zaman Di Czech

Jika anda ke berkunjung ke Prague, Czech, sempatkan diri untuk singgah sejenak ke salah satu museumnya yang unik yakni Sex Machines Muzium atau Muzium Alat Bantu Seks. Muzium ini sangat unik kerana memaparkan lebih dari 200 koleksi alat bantu seks dari pelbagai zaman. Wow seperti apa ya?

Di muzium ini terdapat tiga tingkat mengandungi 200 alat bantu seks dari pelbagai negara. Tidak hanya itu, di muzium ini juga terdapat galeri seni dengan tema-tema erotis, pawagam mini yang mengandungi filem erotik, pakaian erotik dan perkara-perkara yang berkaitan dengan seksualiti.

Pada setiap alat bantu seks yang dipamerkan, mengandungi maklumat mengenai kegunaan dari alat masing-masing , anda boleh mencari penterjemah bahasa mulai dari bahasa Czech, Jerman, Itali, dan UK.

Di muzium ini terdapat pelbagai sex toys dan vibrator yang dibuat sejak tahun 1910 dan 1920 Ada juga kasut yang digunakan oleh para penjaja seks komersial pada zaman Yunani purba, yang di bahagian telapak sepatunya terdapat tulisan "Follow Me" yang jika diinjakkan ke tanah akan muncul tulisan tersebut.

Untuk masuk ke muzium unik ini, anda hanya perlu membayar kos sebanyak CZK 250 dan anda perlu berusia di atas 18 tahun. Berminat untuk belajar sejarah mengenai alat bantu seks dari zaman ke zaman?


















View the original article here

Friday, 3 October 2014

Pembedahan Jantung Ayah Punca Anuar Zain Bantu IJN


Anuar Zain tersentuh melihat penderitaan kanak-kanak penyakit jantung di IJN.

Penyanyi Anuar Zain mendedahkan pengalaman yang dilalui ketika pembedahan jantung yang dilakukan oleh bapanya Zain Abdullah, 76, di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira 10 tahun lalu menjadi salah satu punca dia setuju untuk membantu kutipan dana majlis makan malam di The Majestic Hotel, di sini, pada 5 Disember depan.

Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 44, berkata, sukar untuk menggambarkan perasaannya ketika berada dalam situasi getir itu dan apa yang dirasai oleh ahli keluarga pesakit jantung yang sentiasa berhadapan dengan sebarang kemungkinan adalah antara hidup dan mati.






"Saya rasa dekat dengan IJN kerana bapa saya pernah melakukan pembedahan di sini 10 tahun lalu, ketika itu perasaan susah hati dan memang sukar untuk digambarkan apabila kita sentiada reda apa juga kemungkinan yang akan terjadi selepas pembedahan itu.

"Alhamdulillah, bapa saya selamat melakukan pembedahan tersebut dan sehingga kini dia masih mendapatkan rawatan susulan di IJN, saya juga selalu datang sini untuk menghantar bapa saya mendapatkan rawatan susulan." ujarnya kepada mStar Online, pada Selasa.



Anuar sempat melawat kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di IJN.

Anuar berkata demikian pada sidang media majlis makan malam amal bersama Anuar Zain yang diadakan di Auditorium, Institut Jantung Negara, di sini, Selasa.

Majlis makan malam tersebut bertujuan mengutip dana bagi mewujudkan sebuah kumpulan sokongan Pusat Jantung Kanak-Kanak Kongenital IJN.

Pada majlis tersebut, Anuar berkesempatan membuat lawatan dan menziarahi kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu.

Sementara itu, Anuar berharap majlis amal berkenaan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban pesakit dan keluarga mereka.

"Saya harap dengan majlis makan malam ini sedikit sebanyak ada pihak yang akan tampil beri sumbangan dan membantu IJN dalam mengutip dana yang mereka perlukan.

"Saya juga berharap agar rakan-rakan artis lain yang mempunyai waktu terluang agar datang ke IJN untuk melawat pesakit-pesakit ini. Sekurang-kurangnya kita dapat memberi sedikit kegembiraan kepada mereka," ujarnya.

Dia juga akan menyanyikan lebih 12 buah lagu sepanjang sejam persembahan berlangsung pada majlis itu.

Sementara itu, Pakar Klinikal Pusat Jantung Kanak-Kanak dan Kongenital, Dr Marshisham Che Mood berkata, pemilihan Anuar Zain adalah berikutan artis itu merupakan ikon kasih sayang.




Katanya, penyanyi itu bukan sahaja disayangi oleh golongan kanak-kanak, malah semula lapisan masyarakat.

"Kita nampak Anuar Zain seorang yang penyayang dan dia adalah ikon kasih sayang, semua golongan masyarakat suka dengan karekter dia.

"Kutipan ini adalah untuk dana kumpulan sokongan yang mana untuk membantu dan memberi sokongan kepada pesakit dan keluarga sepanjang proses perawatan yang dilakukan mereka," ujarnya.

Turut hadir pada majlis sidang media tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Intitut Jantung Negara, Datuk Dr Mohd Azhari Yakub dan Ketua Jabatan, Pusat Jantung Kanak-Kanak dan Kongenital, Dr Hasri Samion.

Tiket untuk majlis makan malam ini boleh dibeli melalui TicketCharge di talian 03 92228811 atau melayari www.ticketcharge.com.my

Manakala pembalian meja korporat boleh dibuat terus melalui talian 03 26178430/8317/8465 (Aziee Jais).

View the original article here

Thursday, 2 October 2014

RM10 Juta Bantu 2,000 Penerima ASB Sejahtera



Kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi membantu 2,000 penerima ASB Sejahtera yang layak di seluruh negara tahun ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata daripada jumlah itu, Sarawak mendapat RM2.215 juta bagi membantu 443 orang.

Beliau berkata demikian ketika mewakili timbalan ketua menteri Tan Sri Alfred Jabu di majlis majlis penyampaian bantuan kepada 135 penerima dari Sarikei, Mukah, Sibu dan Kapit di Pusat Sivik di sini, Selasa.






"Bantuan ini adalah sebahagian daripada usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membasmi kemiskinan di luar bandar dan untuk memberi pendapatan tambahan kepada golongan miskin tegar.

"Adalah menjadi harapan kita melalui program ini, yang bermula pada 2004, anggota masyarakat terutama penerimanya akan berminat untuk melabur dalam Amanah Saham Nasional bagi mendapat bonus dan dividen tahunan," katanya.

Alexander berkata, selain bantuan kewangan, kementeriannya juga memberi tumpuan bagi melaksanakan projek infrastruktur luar bandar, bekalan air dan bekalan elektrik dan dalam program pembangunan sumber manusia.




Sebelum itu, Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkata, bantuan itu adalah bukti kerajaan meneruskan komitmennya bagi menjaga kebajikan golongan miskin tegar di negeri ini.

Katanya, mereka termasuk ibu-ibu tunggal dan golongan miskin tegar yang berdaftar dengan e-Kasih.

Beliau berkata, mereka perlu membalas usaha sedemikian dengan memberikan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional pada sepanjang masa.

View the original article here

Saturday, 27 September 2014

Dato’ Hattan Percaya Kritikan Juri Mampu Bantu Pelajar #AF2014



Sebagai pengetua #AF2014 Dato’ Hattan akui kritikan yang diberi oleh juri pada setiap minggu melalui konsert sangat membantu pelajar-pelajar #AF2014.

Menurut Dato’ Hattan, komen yang diberikan secara menyeluruh beserta tips-tips yang sesuai mampu membantu para pelajar meningkatkan lagi mutu persembahan mereka.






“Bagi saya komen yang diberikan oleh juri sangat ini kerana ia dapat membantu setiap pelajar mengetahui dimana letaknya kelmahan mereka semasa beraksi di pentas.

“Lebih baik lagi sekiranya jurip-juri dapat memberikan komen secara terus tanpa berkias kerana dikhuatiri ada pelajar yang tidak dapat memahami dan bingung mencari silap mereka.

“Komen-komen juri juga amat penting bagi tenaga pengajar supaya kami boleh memperbaiki dan mengajar kembali pelajar-pelajar tersebut kelemahan mereka,” katanya ketika ditemui Astro Gempak baru-baru ini.




Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pandangannya terhadap persembahan para pelajar #AF2014 di minggu yang ketiga, Hattan menjelaskan secara keseluruhannya dia amat berpuas hati.

“Saya segaja tidak memberikan lagu-lagu kegemaran mereka kerana ingin melihat kemampuan mereka untuk membawakan lagu-lagu yang diberikan.

“Saya tidak mahu mereka terlalu berpuas hati dengan zon mereka maksudnya lagu-lagu yang telah biasa mereka nyanyikan… Apa yang saya mahu ialah supaya mereka bangun dan keluar dari zon selesa tersebut.

“Tidak dinafikan memang ada peljar yang merungut dan kelihatan tidak berpuas hati dengan lagu yang mereka dapat namun sebaik sahaja tiba waktu persembahan, ternyata mereka mampu lakukannya dengan baik.” Jelasnya.

Tambah pengetua #AF2014 itu lagi, antara pelajar yang mempunyai peningkatan dari segi personaliti ialah Aman yang kini tidak lagi terlalu pemalu seperti mana konsert pertamanya dahulu.

Konsert ketiga #AF2014 telah menyaksikan Farez sebagai pelajar kedua tersingkir dengan peratusan undian terendah iaitu 2.8%.

View the original article here

Monday, 1 September 2014

Nabil bantu mangsa Zionis


NABIL pernah ambil inisiatif sendiri jejaki warga Palestin untuk hulur bantuan.

TIDAK sanggup sekadar berpeluk tubuh dan membiarkan tubuh warga Palestin diratah hujan bom tentera Yahudi di tanah Gaza, seramai 15 orang selebriti popular tanah air berganding bahu merealisasikan misi amal yang dinamakan Ekspresi Gaza.

Atas dasar kemanusiaan sejagat, pelakon, pelawak serta pengacara popular Nabil Ahmad merasakan, sesiapa pun tidak boleh berlengah jika mahu tampil menunjukkan sokongan.






Nabil menjadi salah seorang artis yang mengambil bahagian dalam misi anjuran Anugerah Team Services dan Pertubuhan Aqsa Syarif di Youth Bazaar Fiesta yang berlangsung selama dua hari mulai 13 September ini di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

Tanpa menguar-uarkan kepada umum, rupa-rupanya Nabil sendiri sudah membuat sumbangan peribadi kepada penduduk Gaza sejak Ramadan lalu.

"Saya sudah mula menghulur sumbangan kepada warga Palestin sejak Ramadan lalu. Ketika melayari YouTube, saya terjumpa video seorang anak Malaysia yang berada di sana. Saya berusaha menjejakinya.


TEMUI Fouziah Gous di Stadium Malawati, Shah Alam bersama-sama ramai artis lain yang memeriahkan Youth Bazaar Fiesta.


"Alhamdullillah, saya dapat menghubungi dia. Kini, sumbangan saya dihulurkan terus ke Gaza. Saya percaya warga Palestin memerlukan sumbangan segera memandangkan bekalan makanan dan perubatan di sana sangat terbatas bahkan disekat.

"Hari ini, saya terpanggil untuk menyertai Youth Bazaar Fiesta untuk menghulurkan sumbangan apa yang termampu. Saya akan menjual jenama pakaian saya, Stay Solid yang diperkenalkan sejak Ramadan lalu," jelas Nabil.

Tambah Nabil: "Diam tak diam, saya dapat menjual 2,000 helai baju-T sejak Ramadan lalu. Itu permulaan yang baik buat saya. Peminat boleh mencari baju rekaan saya dan menempahnya melalui laman Instagram saya, selain sama-sama memeriahkan Youth Bazaar Fiesta nanti."

Selain Nabil, Youth Bazaar Fiesta yang bertujuan mengutip dana untuk disumbangkan kepada Gaza itu turut disertai penyanyi, artis komedi dan pengacara popular seperti Afdlin Shauki, Rita Rudaini, Fouziah Gous, Yana Samsudin, Mawi dan Ekin. Turut mengambil bahagian ialah Angah Raja Lawak, Mila, Yatt Hamzah, Fida Ibrahim, Bienda, CT Chubby, Lisdawati dan ramai lagi.


MAWI akan bersama isterinya Ekin menyertai Youth Bazar Fiesta pada 13 dan 14 September nanti.

Karnival amal yang bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam itu menyediakan 280 tapak jualan dan lelongan untuk artis dan peniaga yang ingin menyertainya.

Hasil jualan dan lelongan akan disalurkan kepada Aqsa Syarif yang sebelum ini diberi mandat mengumpul sumbangan kewangan untuk penduduk Gaza.

Penganjurnya, Lina Abdul Rashid berkata, selain menyampaikan mesej keamanan dan misi kemanusiaan terhadap mangsa keganasan Yahudi, karnival berkenaan sewajarnya menjadi titik tolak bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.

"Pembabitan golongan artis dalam melakukan kerja amal untuk warga Palestin seharusnya membuka mata banyak pihak supaya turut serta memberi sumbangan kemanusiaan kepada mangsa perang di Genting Gaza.

"Antara acara yang pasti menarik perhatian ramai tentunya lelongan barangan selebriti. Kami turut mengadakan acara pentas khas untuk membantu tabung Gaza bersama Aqsa Syarif.




"Pengunjung boleh menderma terus kepada tabung yang disediakan Aqsa Syarif atau turut serta bersama program jualan dan lelong oleh artis dan peniaga untuk mengutip derma ini.

"Kami menjemput peniaga online, butik, aksesori, kasut, kek dan apa saja jenis perniagaan untuk menyertai jualan amal ini," katanya.

Youth Bazaar Fiesta menyediakan 280 gerai dengan harga promosi RM580 untuk dua hari. Untuk keterangan boleh menghubungi talian 014-238 4359 atau 016-982 2801.

View the original article here