Showing posts with label bernikah. Show all posts
Showing posts with label bernikah. Show all posts

Tuesday, 2 September 2014

Ramli MS Dakwa Bernikah Dengan Restu Keluarga Alyah

Ramli MS Dakwa Bernikah Dengan Restu Keluarga Alyah | Bila sebut nikah di Thai atau di Batam, pasti ramai beranggapan yang pernikahan tersebut dijalankan kerana halangan keluarga dan sebagainya. Pasti la kan...kenapa harus nikah diluar tanpa ada perkara yang perlu disorokkan. Apapun, Ramli MS telahpun berkata, pernikahan beliau dengan Alyah sememangnya dengan restu keluarga. Ikuti kata beliau dibawah.

Ramli MS Dakwa Bernikah Dengan Restu Keluarga Alyah

"Saya tidak pernah berhasrat berbohong atau menafikan pernikahan kami, sebaliknya saya mengambil pendekatan tidak menjawab persalan itu apabila diajukan tentang isu peribadi kerana ia pendirian saya sejak dulu lagi.

"Sebagai lelaki yang berusia, saya mahu mengumumkannya dalam keadaan yang jelas selepas kediaman saya siap dan kami rasmi berpindah masuk ke sini. Bagaimanapun ada pihak yang terlalu kepoh dan tidak sabar, maka majlis sederhana itu saya tunda dan hanya akan dihadiri sahabat rapat sahaja.

"Seperti yang saya beritahu, ia terlalu peribadi. Saya tidak peduli pandangan orangan kerana saya melakukan (pernikahan) yang sah di sisi agama.
Kami bernikah pada bulan Mac tahun lalu di pejabat agama di Batam, Indonesia dengan restu dan pengetahuan seluruh keluarga Alyah. Hanya itu yang boleh saya kongskan."

Apabila terbongkarnya perkahwinan ini lebih awal daripada jangkaan, pasti sedikit sebanyak ia akan memberi tekanan kepada Ramli MS. Namun Ramli MS memaklumkan yang dia OK saja. Kata Ramli lagi:-

"Saya okay, saya tidak tertekan atau berasa reputasi saya tercalar. Saya tidak buat salah. Kediaman ini juga bukan rumah maksiat."

"Saya juga tidak salahkan JAIS, mereka cuma buat kerja mereka. Cuma saya kasihan pada orang yang membuat aduan kepada JAIS yang barangkali berharap saya tidak mempunyai sijil pernikahan bersama Alyah."

"Khalayak boleh melempar tohmahan dan fantasi liar yang mengatakan saya ada benda kurang baik yang saya hendak sembunyikan. Padahal tidak. Ini hak mutlak saya untuk tidak menghebahkan hal peribadi kepada umum."

"Eh, kami nikah degan mas ringgit RM (Ringgit Malaysia) ya. Hantaran itu hak peribadi saya nak beri apa. Kenapa nak kepoh?"

"Macam yang saya cakap tadi, saya tak peduli apa orang cakap. Kami tak buat salah. Apa yang penting semuanya sah di sisi agama."

Panjang lebar penjelasan daripada Ramli MS kali ini. Diharap anda semua berpuas hati. Apa pun memang ada hikmah di sebalik kejadian ini. 

Sekurang-kurangnya tak perlu nak sorok-sorokkan lagi status anda berdua di khalayak ramai selepas ini. Lega sikit boleh jalan berpegang tangan dan sebagainya. Tak gitu? Apa pun, semoga kebahagiaan terus akan menjadi milik Ramli MS dan Alyah. Sama-samalah kita doakan.

sumber
http://beautifulnara.com/kami-bernikah-dengan-restu-seluruh-keluarga-alyah-ramli-ms/

View the original article here

Friday, 29 August 2014

Rumah diserbu JAIS, Ramli MS dan Alyah sah sudah bernikah

Difahamkan pasangan itu telah bernikah di Batam, Indonesia

Akhirnya segala spekulasi mengenai hubungan antara pengarah muzik, Dato` Ramli MS dengan penyanyi Alyah terjawab hari ini apabila mereka sendiri mengesahkan yang sudah berkahwin lebih setahun lalu.

Semuanya gara-gara apabila kediaman mereka diserbu Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) awal pagi tadi.

Menurut laporan Berita Harian (BH), Pegawai JAIS telah mengunjungi kediaman mewah komposer ternama itu di Bandar Kinrara, awal pagi tadi untuk status hubungan beliau dan Alyah.

Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu, mereka mendapati pasangan ini sudah berkahwin.

Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai JAIS datang menyiasat.

Wartawan BH yang berada di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah turut berada di kediaman itu.

Pekerja kontraktor yang mengubahsuai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.

Menurut sumber JAIS, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu.

Katanya, Ramli dan penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu akan ke JAIS dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.

Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.

Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang.

Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka.

Perkembangan ini dijangka menamatkan teka teki mengenai status mereka selepas sebelum ini masing-masing enggan mengesahkan desas desus mereka telah berkahwin. 

View the original article here