Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Monday, 17 November 2014

Friday, 14 November 2014

Wanita Misteri Tinggal Satu Rumah Tanpa Disedari

Apa yang anda fikirkan ketika mendapati makanan di rumah cepat habis dibanding biasanya? Beberapa makanan ringan hilang dan terasa seperti ada yang mengawasi di dalam rumah. Hal mengerikan ini terjadi pada seorang lelaki bernama Joe Cummings. Kisah ini ditulis dalam channel Youtube milik Joe, jstn827 's channel.

Joe tinggal di sebuah pangsapuri bandar New York. Dia sering merasa bahawa makanan di rumahnya habis lebih cepat dan merasa ada yang aneh. Ingin tahu apa yang terjadi, Joe meletakkan sebuah kamera tersembunyi di sekitar dapurnya.

Saat video itu dimainkan, Joe sangat terkejut bila mendapati seorang wanita aneh turun dari lubang pengudaraan bahagian atas apartment. Seolah sudah terbiasa, wanita itu turun perlahan-lahan, mengambil kerusi dan turun ke lantai.

Wanita aneh itu tampak mengambil beberapa makanan, bahkan buang air kecil di sinki dapur. Dia kelihatan mundar-mandir. Ketika Joe masuk ke dapur, wanita itu panik dan bersembunyi. Namun setelah Joe keluar dari dapur dia kembali mencari makanan. Seolah sudah biasa, wanita aneh itu naik kembali ke pengudaraan.

Keesokan harinya, Joe memainkan semula video rakaman. Dia sangat terkejut dan lantas meninggalkan apartment untuk melaporkan kepada pada polis. Apabila polis menangkap wanita aneh tersebut, Joe tidak tahu dia siapa. Polis mengatakan mungkin wanita itu telah diam-diam tinggal di pangsapuri Joe selama beberapa minggu, mungkin lebih.

Joe sendiri tidak tahu bagaimana wanita itu boleh ada di ventilasinya, kerana pengudaraan itu tidak disambung ke bahagian lain apartmen. Kemungkinan besar, wanita itu naik dari tingkap melalui tangga kecemasan dan ikut tinggal dengannya tanpa diketahui Joe.

          

View the original article here

Sunday, 2 November 2014

OH ARTIS!!! Zizan Razak Nak Beli Rumah Berharga 1 Juta?


Sebelum ini Zizan Razak pernah menghadiahkan ibu bapanya sebuah rumah di Terengganu.

Jadi, dengan sumber keewangan yg ada, tak hairanlah jika Zizan mahu beli rumah untuk dia dan bakal isteri pula selepas ini.

Semalam sebuah blog menerima screenshot perbualan WhatsApp Voicemail berserta status yg dikatakan milik seorang agen hartanah.

Status tersebut mendakwa bahawa agen berkenaan sedang dalam rundingan bersama Zizan Razak mengenai pembelian sebuah rumah.

Hasil kaji selidik, mereka mendapati agen hartanah itu memang wujud dan kebanyakan rumah yg dijualnya boleh dikategorikan sebagai rumah mewah.



Sudah pasti urusan pembelian rumah ni bukan mudah. Banyak fasa-fasa yg perlu dilalui sebelum dapat kunci rumah tersebut.

Lagipun Zizan masih belum close deal dengan agen itu lagi. Cuma kami tertanya-tanya, berapa agaknya harga rumah yg sedang ‘diintai’ oleh Zizan.

Rasanya senang-senang je Zizan boleh membeli rumah mewah berharga RM1 juta malah mungkin lebih tinggi daripada itu? Untunglah jadi Emma Maembong.. kan...kan...

 


View the original article here

Friday, 31 October 2014

PERHHH! Zizan Razak Beli Rumah Mewah 1 Juta?


 Sebelum ini Zizan Razak pernah menghadiahkan ibu bapanya sebuah rumah di Terengganu.

Jadi, dengan sumber kewangan yg ada, tak hairanlah jika Zizan mahu membelikan rumah untuk dia dan bakal isteri pula selepas ini.

Semalam sebuah blog menerima screenshot perbualan WhatsApp Voicemail berserta status yg dikatakan milik seorang agen hartanah. Status tersebut mendakwa bahawa agen berkenaan sedang dalam rundingan bersama Zizan Razak mengenai pembelian sebuah rumah.



Hasil kaji selidik, mereka mendapati agen hartanah itu memang wujud dan kebanyakan rumah yg dijualnya boleh dikategorikan sebagai rumah mewah.

Sudah pasti urusan pembelian rumah ni bukan mudah. Banyak fasa-fasa yg perlu dilalui sebelum dapat kunci rumah tersebut. Lagipun Zizan masih belum close deal dengan agen itu lagi.

Cuma kami tertanya-tanya, berapa agaknya harga rumah yg sedang ‘diintai’ oleh Zizan. Rasanya senang-senang je Zizan boleh membeli rumah mewah berharga RM1 juta malah mungkin lebih tinggi daripada itu? Untunglah jadi Emma Maembong. kan...kan...

View the original article here

Tuesday, 14 October 2014

BERITA Gadis Tingkatan 1 Diliwat Dalam Rumah Kosong Sebelah Rumahnya

 

Seorang pelajar perempuan tingkatan satu diliwat seorang lelaki dalam sebuah rumah kosong berhampiran sebuah ladang di Pangkor, di sini, baru-baru ini.



Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa yg berusia 13 tahun dipercayai mengikuti suspek yg dikenalinya ke sebuah rumah kosong terletak bersebelahan dengan rumahnya.


Menurut laporan SinarHarian hari ini, setelah berada di rumah rumah kosong itu suspek memaksa mangsa melakukan hubungan seks.


“Mangsa melawan dengan tidak menuruti permintaan suspek. Melihat mangsa meronta-ronta, suspek bertindak membuka pakaian mangsa dan terus meliwat menyebabkan mangsa menjerit kesakitan,” katanya.


Bagaimanapun, kata sumber, mangsa berjaya diselamatkan seorang lelaki yg mendengar jeritan mangsa dari rumah kosong itu.


“Lelaki itu segera mengetuk pintu rumah terbabit untuk melihat individu di dalam rumah berkenaan. Keadaan itu menyebabkan lelaki tersebut melarikan diri.


“Mangsa kemudian dibawa ibu bapanya ke balai untuk laporan dan membuat pemeriksaan di hospital,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.


“Kita sedang berusaha mengesan dan menangkap suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yg bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan,” katanya.



View the original article here

Friday, 19 September 2014

Jom Lihat Rumah Mewah Yang Cukup Awesome

Feast your eyes on the coolest mansions in LA on sunset plaza drive. That glass swimming pool is far beyond awesomeness









View the original article here

Wednesday, 3 September 2014

Che Ta tak mahu keluar rumah 45 hari


ZAIN mengakui melihat Che Ta sangat comel sepanjang proses kehamilan ini.

BARU-BARU ini, Rozita Che Wan atau Che Ta ada memberitahu ingin menjalani tempoh berpantang selama setahun selepas melahirkan cahaya matanya bersama suami, Zain Saidin kelak.

Tempoh pantang selama setahun yang dimaksudkan pelakon berusia 41 tahun itu termasuklah tidak mengambil makanan yang sejuk, berangin atau yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada dirinya kelak.

Che Ta yang ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran syarikat Laugh Out Loud milik penyanyi Dafi dan pengurus artis, Afeeq di Binjai 8, Premium Soho, Kuala Lumpur itu juga memberitahu, dia mahu berpantang untuk tidak keluar rumah selama 45 hari bagi mengembalikan kecantikan tubuh badannya.






Sementara itu, disoal mengenai cara pantang Che Ta itu kepada Zain, ternyata pelakon berusia 30 tahun itu tidak keberatan mengikut segala keinginan isteri kesayangannya itu.

Malah, Zain juga bersedia untuk berjaga malam dan menyalin lampin pakai buang anak pertamanya hasil perkahwinan dengan Che Ta itu.

Selain bayi yang bakal lahir, Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinanya terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.

Kosmo!: Boleh kongsikan mengenai usia kandungan Che Ta sekarang?

CHE TA: Usia kandungan saya kini sudah mencecah tujuh bulan.

Bagaimanakah anda akan menjalani proses berpantang anda nanti? Adakah akan melalui proses pantang yang ketat secara tradisional atau cara moden?

Saya sangat menitikberatkan pantang selepas bersalin. Saya akan pantang makan seperti tidak ambil makanan sejuk atau berangin untuk penjagaan badan.

Biasanya saya akan berpantang dengan memilih makanan tertentu seperti sayur sawi sahaja dalam masa setahun. Itu menyebabkan saya hilang selera pada sayur tersebut selepas habis pantang.

Saya juga tidak akan keluar rumah selama 45 hari. Saya kesal melihat sesetengah wanita yang tidak jaga pantang. Belum habis tempoh sudah keluar melakukan aktiviti. Mereka tidak sedar kesan yang akan diperoleh ketika hari tua nanti.

Saya lihat ibu saya, Zabedah Saad masih kuat walaupun usianya sudah 62 tahun. Ini kerana, amalan penjagaan pantang yang ketat ketika bersalin dulu.




Siapakah yang akan menjaga anda ketika berpantang nanti?

Selepas bersalin nanti saya akan dijaga oleh ibu saya.

Sudah mempunyai nama untuk anak perempuan anda?

Sudah. Insya-Allah, saya akan dedahkan nama anak pada majlis cukur jambul iaitu tujuh hari selepas kelahiran bayi tersebut. Bagaimanapun, ia akan menjadi hak siaran eksklusif stesen televisyen Astro terlebih dulu.

Bagaimanakah layanan Zain terhadap anda ketika mengandung?

Zain merupakan orang yang paling teruja untuk menanti kelahiran bayi ini. Malah, dia juga tidak membenarkan saya untuk pergi membuat pemeriksaan kandungan itu sendirian tanpa kehadirannya.

View the original article here

Friday, 29 August 2014

Rumah diserbu JAIS, Ramli MS dan Alyah sah sudah bernikah

Difahamkan pasangan itu telah bernikah di Batam, Indonesia

Akhirnya segala spekulasi mengenai hubungan antara pengarah muzik, Dato` Ramli MS dengan penyanyi Alyah terjawab hari ini apabila mereka sendiri mengesahkan yang sudah berkahwin lebih setahun lalu.

Semuanya gara-gara apabila kediaman mereka diserbu Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) awal pagi tadi.

Menurut laporan Berita Harian (BH), Pegawai JAIS telah mengunjungi kediaman mewah komposer ternama itu di Bandar Kinrara, awal pagi tadi untuk status hubungan beliau dan Alyah.

Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu, mereka mendapati pasangan ini sudah berkahwin.

Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai JAIS datang menyiasat.

Wartawan BH yang berada di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah turut berada di kediaman itu.

Pekerja kontraktor yang mengubahsuai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.

Menurut sumber JAIS, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu.

Katanya, Ramli dan penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu akan ke JAIS dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.

Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.

Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang.

Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka.

Perkembangan ini dijangka menamatkan teka teki mengenai status mereka selepas sebelum ini masing-masing enggan mengesahkan desas desus mereka telah berkahwin. 

View the original article here

Friday, 13 June 2014

Rumah Celah Batu Antara Banggunan Paling Pelik Di Dunia


Terletak di pergunungan Fafe utara Portugal, terdapat banyak bongkah batu-batu besar. Antaranya, terdapat rumah sebenar Flintstones berdiri di lereng bukit. Diilhamkan oleh kartun popular tahun 1960-an, rumah ini dibina pada tahun 1974 di antara empat batu besar dan dinamakan "Casa do Penedo," atau Rumah Batu.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Casa do Penedo telah menjadi tarikan pelancong yang popular untuk eko-mesra reka bentuk muktamad. Ia juga telah diundi oleh orang ramai sebagai salah satu bangunan pelik di dunia.










View the original article here

Monday, 2 June 2014

Lelaki British 10 tahun Buat Pagar Rumah Jadi Naga Bersaiz Raksasa.



Membentuk pagar tumbuhan yang indah memang penting untuk membuat rumah enak dipandang . Tetapi bagi lelaki asal Inggeris , John Brooker , membentuk pagar tanaman adalah suatu karya seni . Tak tanggung - tanggung , John hingga membuat pagar tanamannya berbentuk naga .

Pesara berusia 75 tahun itu membuat pagar tanamannya berbentuk naga sepanjang 30 meter . Untuk membuat " monster " tanaman itu pun memerlukan proses selama 10 tahun .

Tidak hairan jika memerlukan masa yang begitu lama , kerana pagar tanaman tersebut dibuat dengan bentuk yang rumit . John membentuk naga tersebut lengkap dengan butiran lubang hidung serta gigi yang runcing .

Tidak hanya itu , lelaki yang tinggal di King 's Lynn , Norfolk , United Kingdom ini juga membentuk sepasang sayap . Masing - masing sayap berada di sisi naga dengan panjang 1.8 meter . Dengan bentuk yang indah dan menawan seperti itu pantas jika pagar tanaman ini dinilai sebagai karya seni .

Hingga saat ini John menghabiskan masa sehingga berjam - jam untuk mengurangkan pagar tanaman setinggi 6 meter tersebut . Hal itu dilakukan agar bentuknya tetap indah , mengingat tanaman yang terus berkembang . John juga mengaku kegiatan tersebut membuat tubuhnya semakin bugar di usianya yang telah lanjut .








View the original article here

Rumah Mewah Dilengkapi Garaj Kereta Diatas Bumbung.

 Car Park House di Los Angeles, AS oleh Arkitek tanpa nama menerapkan tata letak rumah tradisional tapi terbalik. Sementara banyak rumah mempunyai garaj di bawah atau bahkan di bawah tanah, rumah ini mempunyai garaj di bumbung. Untuk menuju ruang utama, penghuni rumah tidak naik ke atas tapi turun ke bawah.

 Kerana keperluan tempatan memerlukan dua ruang letak peribadi untuk setiap rumah, arkitek di balik reka bentuk memutuskan untuk mengambil keuntungan dari landskap pergunungan dan membina rumah ke bawah, di bawah puncak bukit. Hal ini membolehkan untuk meletakkan garaj terbuka di atas bumbung rumah.
 









View the original article here