Showing posts with label ditemui. Show all posts
Showing posts with label ditemui. Show all posts

Saturday, 11 October 2014

GOSIP Gambar kembar kepada Juliana Evans pula ditemui


Kalau sebelum ini kami pernah berkongsi gambar kembar kepada Neelofa, kini kembar Juliana Evans pulak ditemui. Yg ini kami akui persamaan wajah mereka memang amat ketara.

Info yg diambil dari Forum Cari ini menyatakan yg si kembar Juliana Evans itu adalah selebriti terkenal dari Indonesia yg bernama Irish Bella.

Jom kita terjah gambar kembar pada Juliana Evans tuu...










 


View the original article here

Monday, 2 June 2014

Mayat Suspek Penggal Kepala Kanak-Kanak Ditemui




KUALA LUMPUR: Mayat suspek kes bunuh kejam kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan yang ditemui tanpa kepala di tebing Sungai Klang berhampiran Jalan Tun Sambanthan Khamis lalu kini dijumpai selepas dua hari pencarian.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail mengesahkan mayat suspek ditemui kira-kira pukul 4 petang Sabtu di Sungai Klang berhampiran plaza tol SUnway Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).
Sumber: mStar

View the original article here

Friday, 30 May 2014

Pelik! Buah Pear Bentuk Seperti Bayi Ditemui Dichina.


Mengkonsumsi buah memang sangat menyihatkan. Tetapi jika buah mempunyai bentuk yang aneh, apakah tetap akan menambah nafsu makan? Sebuah ladang di China berjaya mengkreasikan buah yang dibentuk seperti bayi.


Pemilik ladang Nanchang, De He, mencari cara membentuk "buah bayi" dengan memasukkan buah ke dalam acuan yang berbentuk bayi. Apabila buah semakin bertumbuh besar, maka bentuknya akan mengikuti acuan tersebut. Sebenarnya cara ini bukanlah yang pertama kali dilakukan oleh De He.

 Sebelumnya ia pernah cuba memasukkan ginseng ke dalam acuan berbentuk Buddha. Kerana hasilnya bagus, maka ia ingin mengaplikasikan teknik itu pada buah-buahan. De He sangat bangga dengan hasil karyanya. Apalagi ia mengaku banyak sekali orang yang menyukai buah berbentuk unik yang diproduksinya. 

 Walaupun kreasinya sudah popular di China, namun De He tidak mahu berhenti untuk tetap berusaha lagi. Dia mengaku ingin membuat buah dengan bentuk yang lebih sempurna lagi. Bahkan De He merancang untuk membuat buah dengan bentuk bayi ini untuk tembikai dan labu. 






View the original article here

Thursday, 29 May 2014

UPDATE:MAYAT LELAKI CINA YANG BUNUH DIRI DI JAMBATAN SULTAN YAHYA PETRA KELANTAN DITEMUI

25 Mei yang lalu, seorang lelaki cina mengambil tindakan untuk membunuh diri dengan terjun ke Sungai Kelantan di Jambatan Sultan Yahya Petra.


Sehingga kini, tiada sebarang hasil siasatan punca kejadian didedahkan oleh pihak polis.

Mayat mangsa seorang lelaki cina yang berumur 28 tahun dijumpai pada jam 4.20 petang 100 meter dari lokasi kejadian dalam OPS Mangsa Terjun Jambatan Sultan Yahya Petra




foto BOMBA Malaysia

View the original article here

Sunday, 25 May 2014

Sperma tertua dunia ditemui


Sydney: Sperma tertua dan paling elok terpelihara - dipercayai berusia 17 juta tahun - ditemui daripada spesies udang kecil zaman prasejarah.

Sperma itu ditemui di Tapak Fosil Warisan Dunia Riversleigh di utara Queensland yang sering menjadi tempat penemuan haiwan prasejarah Australia - termasuk kangaru karnivor dan platipus bergigi. 

Pakar arkeologi Universiti New South Wales Mike Archer menganggap penemuan itu sesuatu yang menakjubkan. 

“Nyata inilah fosil sperma tertua pernah direkodkan. Memang ini bukan kali pertama kami menemui sesuatu yang tidak dijangka, namun penemuan fosil dengan nukleus ini memang hebat,” katanya.

Sperma berkenaan dipercayai lebih panjang daripada badan pembawanya - iaitu kira-kira 1.3 milimeter - namun melingkar di dalam organ pembiakan krustasia dikenali sebagai ostracod.

Pasukan penyelidikan diketuai Archer mengumpul fosil berkenaan pada 1988 sebelum diserahkan kepada pakar kajian ostrocod di Universiti La Trobe, John Neil yang mendapati ia turut mengandungi tisu lembut. 

Perkara itu dimaklumkan kepada pakar di Eropah dan kajian mikroskopik mendedahkan fosil berkenaan masih mempunyai organ dalaman termasuk organ pembiakan dengan sel sperma gergasi dan nukleus yang menyimpan kromosom serta DNA haiwan berkenaan. - AFP 
“Perkara itu pernah dilihat di Perancis jadi mungkin juga ada elemen dalam najis kelawar sebenarnya dapat membantu memelihara tisu lembut,” katanya. 

- AFP