Showing posts with label Mayat. Show all posts
Showing posts with label Mayat. Show all posts

Monday, 17 November 2014

Demi Buktikan Cintanya lelaki Ini kahwini Mayat Kekasihnya


Pasangan ini telah menjalin hubungan selama 10 tahun dan telah beberapa kali menunda perkahwinan mereka kerana alasan ingin menyelesaikan pendidikan terlebih dahulu.

Tapi kemudian,  calon pengantin wanita, Kamsook, meninggal dunia akibat luka parah dalam sebuah kemalangan kereta, dan impian pasangan ini untuk berkahwin menjadi angin.

Meskipun  terluka parah dalam kemalangan kereta yang sama, pasangan lelaki, Defy, akhirnya dapat diselamatkan setelah melalui rawatan yang intensif dan panjang.

Patah hati yang dialami Defy tidak  membuat dia membiarkan  kekasih pergi  tanpa memenuhi keinginannya yang dalam. Upacara perkahwinan secara agama Buddha-pun di lakukan di rumah duka. Dan pada hari itu Defy menyarung cincin perkawinan ke jari pasangannya yang sudah menjadi mayat.

Semua orang di Thailand menonton proses pernikahan langkah tersebut, kerana disiarkan oleh tv nasional. Pada hari itu Defy menyatakan cintanya yang mendalam dan pengabdian untuk mayat kekasihnya itu.

View the original article here

Thursday, 30 October 2014

BENARKAH!!! Mayat Wanita Solehah Masih Elok dan Berbau Harum Walaupun Sudah 19 Tahun Dikebumikan..




Mayat seorang wanita di Tuban, Jawa Timur masih utuh dan mengeluarkan bau harum ketika kuburnya digali semula untuk dipindahkan, walaupun sudah 19 tahun dikebumikan di situ. Makam itu digali semula bersama 16 makam lain dalam rangka perluasan masjid.



Jasad yg utuh tersebut adalah jasad Siti Masrinah, warga Kampung Penambang, Kecamatan Semanding, Kabupaten Tuban di Indonesia. Siti Masrinah yg dilahirkan pada 1913 itu meninggal dunia pada 1994 dan dimakamkan di area pemakaman di Desa Bejagung



Menurut ahli keluarganya, semasa hidup Siti Masrinah merupakan seorang wanita yg sabar dan rajin beribadah. Dia juga menyayangi anak yatim dan tidak keberatan mendermakan sebahagian hartanya untuk membantu anak yatim dan tetangga di kampungnya.












 

View the original article here

Monday, 13 October 2014

Kisah Mayat Budak 2 Tahun Bangun Mintak Air Dan Kemudian Mati Kali Kedua..


Di petik dari news.com.au, Kelvin Santos disahkan telah meninggal dunia di hospital Belem , pada Jumaat malam, kerana penyakit pneumonia (radang paru- paru) . Jasad kanak-kanak ini kemudian dibawa pulang ke rumah keluarganya untuk dikebumikan keesokan harinya.
Namun, peristiwa mengejutkan terjadi pada keesokan hari, ketika upacara pengebumian Kelvin hendak dilaku. Satu jam sebelum upacara pengebumian, Kelvin secara mengejut terbangun dan duduk di dalam kerandanya . Kemudian dia meminta air minum kepada ayahnya.
“Ayah, aku mahu air minum , “ ucap Kelvin yang mengejutkan para tetamu.
” Semua orang mulai menjerit, kami benar- benar tidak percaya dengan apa yang kami lihat . Kami berfikir , keajaiban telah terjadi dan putra kami telah hidup kembali, ” ujar si ayah , Antonio Santos kepada media Brazil, PRO .
Tapi malangnya, beberapa saat kemudian Kelvin kembali terbaring di dalam keranda. Ketika ayahnya berusaha membangunkan kembali , Kelvin tidak bertindak balas. “Kemudian Kelvin kembali terbaring , seperti sebelumnya . Kami tidak boleh membangunkannya . Dia meninggal lagi , “ terang Antonio .
Tidak menyerah , Antonio segera membawa anaknya ke hospital dan berharap kembali ada keajaiban. Namun , doktor yang memeriksa Kelvin menyatakan tidak ada tanda -tanda kehidupan pada tubuh anak kecil tersebut.
” Mereka meyakinkan saya bahawa dia benar- benar telah meninggal dan sama sekali tidak dapat memberi penjelasan tentang apa yang baru saja terjadi kepadanya ,” tuturnya.
Pihak keluarga memutuskan untuk menunda pemakaman Kelvin selama 1 jam dan berharap dia akan terbangun kembali. Tapi pekara itu tak berlaku. Kelvin akhirnya dikebumikan di tanah perkuburan tempatan, pada waktu petang Sabtu.
Walaupun demikian, ayah Kelvin tetap merasa ada pekara yang tidak diselesaikan dalam pemeriksaan anaknya. Antonio pun membuat laporan kepada polis soal dugaan penyelewengan dan polis telah memulakan siasatan keatas kes itu. Walaupun pihak berkuasa tempatan menyatakan Kelvin meninggal untuk kedua kali akibat kegagalan jantung.
“Lima belas minit selepas berusaha menyedarkan dia kembali, doktor datang kepada saya dan memberitahu bahawa dia telah meninggal dan menyerahkan jasadnya kepada saya. Mungkin mereka tidak memeriksanya dengan betul. Orang mati memang terkadang tidak boleh terbangun begitu saja dan berbicara. Saya hanya ingin mencari kebenarannya,” ujar Antonio .

View the original article here

Punca Suami meraung lihat mayat isteri di bilik bedah





Kejadian menyayat hati ini yang berlaku di CHINA merupakan detik-detik apabila seorang suami mendapati isterinya yang disangka sedang menjalani pembedahan selepas melahirkan anak mereka rupanya meninggal dunia dan dibiarkan di atas meja bedah sendirian.


Liu Hsiung, 29, yang kehilangan Zhang Chun, 27, mendakwa sebelum ini dimaklumkan oleh doktor bahawa wanita itu mengalami keadaan kritikal selepas melahirkan anak.
“Saya berulang kali dimaklumkan isteri saya berada dalam bilik bedah. Hanya selepas beberapa jam saya memutuskan untuk masuk ke bilik berkenaan dan betapa terkejutnya saya apabila mendapati mayat isteri saya terbaring di atas katil.
CEN_DeadMother_05.jpg
“Tiada doktor atau jururawat di situ, hanya pencuci bangunan yang sedang duduk di situ sambil menghisap rokok dan makan,’’ katanya.
Menurut Lin, dia menjadi hilang akal apabila menyaksikan mayat isterinya manakala pencuci itu pula sedang makan. Susulan itu, Lin mengemukakan saman terhadap pihak hospital di atas kecuaian berkenaan.



Sebab utama mereka membiarkan saya di luar adalah supaya mereka boleh mencari alasan untuk menghapuskan semua bukti yang ada. Saya mahu melihat semua dokumen, rekod perubatan dan mendapatkan kenyataan daripada mereka,’’katanya.
Dalam pada itu, pihak hospital memberitahu, isteri Lin mengalami komplikasi kerana bayi yang dilahirkan besar dan mereka juga menolak pembedahan sebaliknya mahu melahirkan bayi dengan cara normal, 

-Mynewshub-

View the original article here

Sunday, 12 October 2014

PELIK Remaja Serah Teruna Kepada Mayat Ibu Setelah Membunuhnya



Seorang remaja, Kevin Jazrael Davis, 18,  hilang teruna kepada mayat ibunya setelah dia sendiri membunuh ibunya.

Remaja berkenaan didapati bersalah setelah dia mengaku membelasah ibunya sebanyak 20 kali dan merogol mayat tersebut. Dia juga memberitahu dia mempunyai fantasi sek ganas bersama adik perempuanya.

Dia memberitahu "Saya tidak mempunyai gangguan mental. Saya waras. Saya tahu apa yg saya buat".

Remaja berkenaan didapati mempunyai masalah personaliti tetapi diistiharkan sebagai waras -

View the original article here

Friday, 19 September 2014

Kilang Memproses Mayat Untuk Di Jadikan Pameran

Gunther von Hagens - identiti yang agak samar-samar. Ia dipanggil Frankenstein baru, kerana menjadikan mayat manusia dalam pameran muzium. Seperti kebanyakan ahli perniagaan von Hagens melakukan pengeluaran di China.

"End of life, Bunyi, yang menakutkan, bagaimanapun, hari ini, di China, yang telah bertukar menjadi realiti. Von Hagens Plastination (Dalian) Co, Ltd, Syarikat pengkhususan dalam plastination, membedah mayat, dehidrasi, stereotaip selepas dibuat spesimen manusia untuk pemeliharaan kekal. Bayangkan, siri pembedahan yang tidak biasa dan menakutkan.

Spesimen asal, yang pertama untuk melalui kepekatan perfusi formalin 20%, kemudian diletakkan dalam bungkusan vakum formalin untuk masa sekurang-kurangnya empat bulan, selepas anatomi atau pengangkutan. "Mayat-mayat di sini adalah sukarelawan Jerman didermakan selepas pemeriksaan ketat Pentadbiran Negeri Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Biro Kuarantin dan Pemeriksaan dan Kuarantin di Liaoning diimport dari luar negara."

Daripada lelaki kepada wanita, adalah sekumpulan anatomi muda . Setiap jadual membedah seterusnya tiga empat kakitangan muda, mahir menggunakan pinset anatomi dan tang anatomi dan alat lain dalam proses anatomi, tegas semua orang, hanya tindakan. "Pinset ...... tang ...... dulang ......" Mereka mengulangi siri ini tindakan untuk membuang bahagian ,  lemak pada mayat  tisu otot yang mudah rosak , dikecualikan terdedah sistem saraf, otot, terdapat tulang.











View the original article here

Hanya Di Indonesia Beraya Bersama Mayat

Saudara-mara yang mati atau hidup yang berjauhan dari kita, sentiasa berada di dalam hati dan kenangan kita.

Tetapi di kampung Sulawesi Selatan (Indonesia), secara harfiah hidup yang mati di kalangan yang hidup. Upacara ini dipanggil MaiNene, di mana orang di sisni menggali makam mayat saudara-mara  mereka, kemudian pakaian mereka "si mati" di tukarkan dengan pakaian baru yang bersih, dan saudara mara mereka akan menyambut tradisi perayaan ini seharian dengan mereka.









View the original article here

Wednesday, 10 September 2014

Kisah Mayat Membaca Yasin

Kisah Mayat Membaca Yasin | Ini merupakan satu kisah benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi bilamana satu mayat membaca surah Yasin. Peristiwa ini disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser penceramah bebas yang terkemuka di Malaysia.

Kisah Mayat Membaca Yasin

Pada suatu hari di musim haji, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji.

Makam tersebut terletak di Ma'la tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan baring seperti kebiasaannya.

Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas.

Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin.

Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan.

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam.

Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin.

Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan aku semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah.

Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di pateri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ.

sumber
http://detikislam.blogspot.com/2014/09/kisah-mayat-membaca-yasin.html

View the original article here

Sunday, 15 June 2014

Penjara 11 tahun kerana masak kari mayat

type='html'>
SUSPEK yang dihukum penjara semalam.
Lahore: Dua lelaki adik beradik semalam dipenjara 11 tahun sebuah mahkamah di sini kerana memakan mayat bayi dalam kes yang mengejutkan rakyat Pakistan.
Mereka melakukan demikian setahun selepas dibebaskan atas kesalahan sama.
Farman Ali dan Mohammad Arif ditahan April lalu selepas polis menemui kepala bayi berusia dua hari di rumah mereka.
Mereka mencuri mayat bayi itu dari tanah perkuburan di kampung mereka di Darya Khan, kira-kira 300 kilometer ke selatan Islamabad.
Menurut polis lagi, kedua-dua beradik itu yang berusia lewat 30-an, memasak dan memakan kari yang dimasak daripada mayat berkenaan.
Mereka pernah ditahan kerana memakan mayat di kampung sama pada 2011 dan menjalani hukuman penjara dua tahun serta menjalani rawatan psikiatrik.
 - Agensi


View the original article here

Friday, 13 June 2014

Teknik Pembekuan Mayat Untuk Di Hidupkan Kembali Di Masa Depan


Cryonic merupakan teknik pembekuan mayat agar sel-sel tubuh tidak rosak, sehingga boleh dihidupkan lagi suatu masa nanti. Penemuannya adalah Robert Ettinger, yang telah pun meninggal dunia dan menjadi pesakit ke-106 yang memanfaatkan teknologi ini.

Mayat Robert yang meninggal di usia 92 tahun pada tarikh 23/7/2011 terus diproses beberapa minit selepas disahkan meninggal, dengan diberi lapisan ais. Selanjutnya, rangkaian tubuhnya diisi dengan sebatian tertentu kemudian dibekukan dengan nitrogen cair.

Selepas itu, mayat Robert dimasukkan dalam peti khas yang dinamakan cryostat untuk menjaganya agar tetap berada di bawah titik beku. Pada keadaan demikian, diharapkan sel-selnya tidak rosak sehinggalah ada teknologinya sudah membolehkan mayatnya boleh dihiduptkan kembali.

Robert Ettinger adalah saintis Amerika yang juga seorang veteran Perang Dunia II menemui teknologi pembekuan mayat ini. Pada tahun 1976, ia mendirikan yayasan bernama Cronic Instistute. Dari yang semula anggotanya boleh dikira dengan jari, pada tahun 2000 sudah mencapai 900 orang.

Tidak semua anggota ingin mengawetkan mayatnya sendiri jika kelak meninggal dunia, sebahagian hanya ingin mengawetkan DNA (Deoxyribo nucleic acid) atau organ tertentu. Bahkan ada yang hanya ingin mengawetkan binatang peliharaannya, terutama anjing dan kucing.

Hingga kini, Cryonic Instutite tercatat sudah membekukan 64 mayat binatang kesayangan termasuk anjing, kucing, burung dan hamster. Sementara untuk jenazah manusia, Robert Ettinger merupakan pesakit ke-106 yang dibekukan dengan teknik yang ditemui tersebut.

Mayat pertama yang dibekukan dengan teknik ini adalah Ibu kandung Robert Ettinger, Rhea Ettinger yang meninggal tahun 1977. Jenazah kedua adalah isterinya sendiri Elaine, sedangkan isteri keduanya yakni Mae Ettinger menjadi pesakit ke-34 yang mayatnya dibekukan dengan cryonic.

Selain Cryonic Institute, saintis yang tinggal di Detroit ini juga mendirikan Immortalist Society yakni sebuah organisasi untuk para saintis yang mendalami cryonic dan teknik lain untuk memanjangkan umur selepas kematian. Robert sendiri sebelum meninggal telah berpesan agar tidak ada upacara pengebumian untuk dirinya kerana yakin suatu masa nanti ia akan hidup lagi.

"Robert sangat memberi inspirasi kepada gerakan cryonic. Ribuan orang di seluruh dunia mencarinya dan pasti sedih mendengar kematiannya, tapi semoga suatu masa nanti dia akan kembali lagi," ungkap David, anak Robert seperti dikutip dari Detnews.

Teknik cryonic adalah dengan cara peredaran darah dan pernafasan secara artifisial yang dikembalikan dan siri ubat yang diberikan untuk melindungi otak dari kekurangan oksigen. Pendinginan cepat juga bermula, yang seterusnya melindungi otak. Tujuannya adalah untuk mempertahankan otak tetap hidup selama mungkin dalam prosedur.

View the original article here

Monday, 2 June 2014

Mayat Suspek Penggal Kepala Kanak-Kanak Ditemui




KUALA LUMPUR: Mayat suspek kes bunuh kejam kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan yang ditemui tanpa kepala di tebing Sungai Klang berhampiran Jalan Tun Sambanthan Khamis lalu kini dijumpai selepas dua hari pencarian.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail mengesahkan mayat suspek ditemui kira-kira pukul 4 petang Sabtu di Sungai Klang berhampiran plaza tol SUnway Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).
Sumber: mStar

View the original article here