Seorang ahli perniagaan Cina telah mengaku bersalah atas kesalahan membunuh harimau untuk di makan sekurang-kurangnya tiga ekor pada tahun lepas.
Pendakwaraya berkata, ahli perniagaan itu telah membunuh harimau dan mendapatkan bahagian-bahagian harimau tersebut dan menyeludupkan haiwan tersebut dari luar negara.
Lelaki tersebut yang hanya dikenali sebagai Encik Xu dari Guangxi, China dikatakan mempunyai 'citarasa' tinggi terhadap zakar harimau dan darah.
Pemaju hartanah dan beberapa rakan-rakannya membeli harimau yang diseludup dari luar China - dan kemudian telah mereka disembelih.
Mereka ditangkap ketika polis menyerbu sebuah 'perayaan harimau yang diadakan oleh mereka yang kaya untuk menunjukkan kekayaan mereka.
Di China, harimau dianggap simbol keberanian dan kekuatan dan tabib tradisional mengatakan tulang harimau, bola mata, dan bahagian-bahagian lain baik untuk merawat pelbagai penyakit dari sakit sendi dan penglihatan yang lemah.
Perayaan-perayaan ini dikatakan popular di kalangan pegawai-pegawai kerajaan yang korup dan ahli perniagaan elit yang yakin dengan memakan harimau dapat meningkatkan prestasi dalam pelbagai aktiviti harian hinggalah ke bilik tidur.
Showing posts with label harimau. Show all posts
Showing posts with label harimau. Show all posts
Wednesday, 18 June 2014
Wednesday, 4 June 2014
Suami terima 10 jahitan akibat dipukul isteri "harimau"
Gambar hiasan
Sebanyak 10 jahitan di kepala selain lebam seluruh badan. Itulah ‘harga’ dibayar seorang lelaki berusia 51 tahun selepas menjadi mangsa belasahan teruk isterinya hanya kerana mangsa terlewat membeli juadah sarapan.
Lebih malang mangsa yang menetap di sebuah rumah di Jalan Ipoh di sini, turut dihalau sehelai sepinggang dari kediaman mereka oleh isterinya yang berusia 30-an awal pagi kelmarin.
Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang sedang tidur dikejutkan isterinya sebelum mangsa diarahkan membeli sarapan.
“Mangsa segera masuk ke dalam bilik air untuk mandi.
Bagaimanapun, isterinya itu terus mendesak mangsa supaya cepat kononnya dia terlalu lapar.
“Lelaki terbabit memberitahu isterinya supaya bersabar sementara dia selesai mandi.
Bagaimanapun wanita terbabit bertindak memaki hamun mangsa,” katanya.
Sumber itu berkata, wanita yang berang kemudian bertindak memecahkan pintu bilik air berkenaan sebelum meluru masuk dan memukul suaminya itu dengan kayu.
“Ketika itu, mangsa hanya mampu merayu supaya tidak dipukul.
“Mangsa dikatakan berjaya melarikan diri sebelum bertindak mengurung diri di dalam satu bilik di rumah berkenaan kerana bimbang terus dibelasah isterinya itu,” katanya.
Menurutnya, suspek bagaimanapun bertindak menendang dan memecahkan pintu bilik berkenaan sebelum memukul suaminya itu menggunakan kayu.
“Wanita berlagak samseng itu hanya berhenti memukul mangsa selepas melihat kepala suaminya itu dipenuhi darah.
Mangsa yang berada dalam kesakitan kemudian dihalau dari rumah didiami itu,” katanya.
Sumber berkata, mangsa terpaksa akur dengan arahan isterinya itu kerana bimbang dipukul selain rumah didiami itu sudah dinamakan atas nama wanita berkenaan.
“Susulan itu mangsa bertindak membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, selepas tidak tahan dipukul sejak setahun lalu.
Mangsa mendakwa sudah tiga kali membuat laporan polis akibat didera isterinya sebelum ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. -hmetro
Subscribe to:
Posts (Atom)





