Showing posts with label dipukul. Show all posts
Showing posts with label dipukul. Show all posts

Wednesday, 29 October 2014

APA KES!!! Sara Ali Dipukul Peminat?




Bukan perkara baru sebenarnya kisah peminat yg terbawa bawa pengaruh watak dalam drama tempatan ke dunia realiti. Lebih lebih lagi jika ianya melibatkan drama bersiri yg menjadi perhatian ramai seperti Maaf Jika Aku Tak Sempurna (MJATS) baru baru ini.

Bercakap kepada Harian Metro baru baru ini, Sara Ali yg memegang watak utama dalam MJATS mengakui ramai peminat mula memanggil beliau sebagai Melina sempena nama watak yg dijayakan dalam drama itu — dan ada juga yg nakal.


Sejak Maaf Jika Aku Tak Sempurna bersiaran, ramai panggil saya Melina. Pernah seorang wanita pukul saya kerana tidak suka watak Melina. Kemudian dia ajak bergambar. Itu antara maklum balas yg menunjukkan mereka dapat menerima saya. Pengikut di laman sosial juga bertambah.



Penerimaan positif sebegitu menurut Sara Ali membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk terus berlakon namun jauh dalam hatinya menyimpan perasaan untuk bergelar menyanyi.




Sekarang, kalau ada jemputan menyanyi, saya akan terima. Sekadar mahu lihat kemampuan diri. Dalam Instagram pun saya dapat lihat ada dua kelompok pengikut. Ada yg ikut saya dari zaman indie dan ada juga kelompok peminat di arus perdana.

Saya tidak mahu peminat lama dan baru bergaduh. Harap mereka dapat bersatu untuk sokong kerjaya saya, tambah Sara Ali lagi.

 


View the original article here

Wednesday, 4 June 2014

Suami terima 10 jahitan akibat dipukul isteri "harimau"

Gambar hiasan

Sebanyak 10 jahitan di kepala selain lebam seluruh badan. Itulah ‘harga’ dibayar seorang lelaki berusia 51 tahun selepas menjadi mangsa belasahan teruk isterinya hanya kerana mangsa terlewat membeli juadah sarapan.

Lebih malang mangsa yang menetap di sebuah rumah di Jalan Ipoh di sini, turut dihalau sehelai sepinggang dari kediaman mereka oleh isterinya yang berusia 30-an awal pagi kelmarin.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku apabila mangsa yang sedang tidur dikejutkan isterinya sebelum mangsa diarahkan membeli sarapan.

“Mangsa segera masuk ke dalam bilik air untuk mandi.



Bagaimanapun, isterinya itu terus mendesak mangsa supaya cepat kononnya dia terlalu lapar.

“Lelaki terbabit memberitahu isterinya supaya bersabar sementara dia selesai mandi.

Bagaimanapun wanita terbabit bertindak memaki hamun mangsa,” katanya.

Sumber itu berkata, wanita yang berang kemudian bertindak memecahkan pintu bilik air berkenaan sebelum meluru masuk dan memukul suaminya itu dengan kayu.

“Ketika itu, mangsa hanya mampu merayu supaya tidak dipukul.

“Mangsa dikatakan berjaya melarikan diri sebelum bertindak mengurung diri di dalam satu bilik di rumah berkenaan kerana bimbang terus dibelasah isterinya itu,” katanya.

Menurutnya, suspek bagaimanapun bertindak menendang dan memecahkan pintu bilik berkenaan sebelum memukul suaminya itu menggunakan kayu.

“Wanita berlagak samseng itu hanya berhenti memukul mangsa selepas melihat kepala suaminya itu dipenuhi darah.


Mangsa yang berada dalam kesakitan kemudian dihalau dari rumah didiami itu,” katanya.

Sumber berkata, mangsa terpaksa akur dengan arahan isterinya itu kerana bimbang dipukul selain rumah didiami itu sudah dinamakan atas nama wanita berkenaan.

“Susulan itu mangsa bertindak membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, selepas tidak tahan dipukul sejak setahun lalu.


Mangsa mendakwa sudah tiga kali membuat laporan polis akibat didera isterinya sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. -hmetro

View the original article here