Showing posts with label pilih. Show all posts
Showing posts with label pilih. Show all posts

Sunday, 26 October 2014

GILA!!! Julia Perez Sibuk Pilih Sperma, Inginkan Anak Terbaik



Sebelum ini penyanyi dangdut Julia Perez atau dikenali sebagai Jupe telah menggemparkan Indonesia apabila dia ingin mendapatkan zuriat melalui tabung uji. Dia yg menerima kencaman itu sepertinya tidak mempedulikannya dan kini pula sibuk memilih sperma terbaik untuk zuriatnya.

Jupe berkata sperma yg didermakan untuk dijadikan zuriatnya mestilah memiliki kualiti yg tinggi untuk memastikan anak yg bakal dilahirkannya itu sihat.

Dia juga mengaku yg dia amat teliti dalam memilih ciri-ciri bagi memastikan bakal anaknnya itu tidak mengecewakan.

“Wajar kalau saya seleksi karena enggak mau beli kucing dalam karung. Saya ingin anak saya sehat. Pokoknya berikan contoh yg baik dan berguna,” kata Jupe memetik kompas.com.

Selain itu Jupe juga mungkin akan berkahwin dengan penderma sperma yg mana diterimanya. Sehingga kini, sudah ada tiga orang mendermakan sperma untuk Jupe.

Jupe yg merupakan bekas kekasih pemain bola sepak Gaston Castano ini berkata lagi yg dia inginkan suami yg mempunyai sperma bagus untuk memperoleh anak seterusnya.

“Saya enggak mau nakal, jadi ikutin saja, dan saya mau nikahin donor saya nantinya. Cinta belakangan, yg penting kan sah,” kata Jupe lagi.

Bagaimanapun, kata Jupe, dia tidak mahu calon suaminya dalam kalangan lelaki yg gemar menghabiskan masa di kelab malam atau disko.

“Juga suami saya tidak boleh merokok,” katanya, semalam.

“Tapi bukan mudah untuk membuat pilihan. Ketika ini saya sering berjumpa dan berhubung dengan tiga penderma berkenaan untuk memastikan keserasian jika tiba masanya untuk bernikah,” katanya.

Namun tidak pasti di mana proses bayi tabung uji itu akan dilakukan. Samada di singapura ataupun Pulang Pinang kerana Jupe enggan mendedahkan.

View the original article here

GEMPAR!!! Cerita Sebenar Penyanyi Dangdut Indonesia Julia Perez Sibuk Pilih Lelaki Berkualiti



Jakarta: Penyanyi dangdut Julia Perez berkata sebelum dia memulakan proses 

mendapatkan zuriat melalui tabung uji, sperma yg didermakan itu mesti

memiliki kualiti tinggi.

Dia yg lebih dikenali sebagai Jupe, 34, berkata kualiti yg baik penting untuk 

memastikan anak yg bakal dikandungnya sihat.

Bekas kekasih pemain bola sepak Gaston Castano itu juga mengakui amat teliti 

dalam memilih ciri-ciri yg dapat memastikan bakal pasangannya itu tidak 

mengecewakan.

“Saya mahu suami yg spermanya bagus supaya boleh terus mendapat anak.

“Sudah pasti jika mahu berkahwin dia perlu menjalani ujian kesihatan terlebih

 dulu,” katanya.

Jupe baru-baru ini mencetuskan polemik apabila mendedahkan mahu menjalani 

rawatan kesuburan bagi mendapat anak.

Selain Singapura, dia juga merancang pergi ke Pulau Pinang bagi merealisasikan

impiannya.

Hasrat itu ditentang banyak pihak termasuk Majlis Ulama Indonesia kerana

kehamilan Jupe berlaku tanpa pernikahan.

Namun Jupe kemudian mengakui bercadang berkahwin dengan lelaki penderma 

sperma itu nanti.

Kata Jupe, dia tidak mahu calon suaminya dalam kalangan lelaki yg gemar 

menghabiskan masa di kelab malam atau disko.

“Juga suami saya tidak boleh merokok,” katanya, semalam.

Sehingga kini, sudah ada tiga orang mendermakan sperma untuk Jupe.

“Tapi bukan mudah untuk membuat pilihan.

“Ketika ini saya sering berjumpa dan berhubung dengan tiga penderma berkenaan 

untuk memastikan keserasian jika tiba masanya untuk bernikah,” katanya. 

View the original article here

Friday, 3 October 2014

Ella pilih Felda


Ella bakal muncul dengan album terkini, sekali gus mengadakan konsert jelajah sempena 28 tahun pembabitannya sebagai anak seni di beberapa buah Felda yang terpilih.

Ella mahu masuk Felda. Begitu pengakuan yang dibuat penyanyi yang digelar Ratu Rock negara itu demi mencapai matlamat penjualan album baharunya kelak tepat kepada sasaran.

Ironi, pada masa kini saat banyak anak muda memilih penjualan album menerusi digital kerana peredaran masa, Ella pula memilih untuk kembali menjual album seperti zaman 80-an dengan mendekatkan diri kepada khalayak di luar bandar.






Lebih menarik, ia merupakan strategi serampang dua mata apabila penyanyi berusia 48 tahun itu bukan sekadar mahu menjual album baharunya, tetapi turut merancang sebuah konsert jelajah sempena ulang tahun ke-28 pembabitannya sebagai anak seni.

“Buat masa ini, album tersebut sudah 60 peratus siap pembikinannya. Saya memilih untuk masuk ke beberapa gugusan Felda yang terpilih bagi mempromosikan album baharu tersebut.

“Selain menjual album, saya teruja untuk mengadakan konsert di dalam Felda dan mendekatkan diri saya dengan peminat di luar bandar seperti dahulu,” jelas Ella yang ditemui di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bercerita tentang album terbaharunya terlebih dahulu, Ella memberitahu dia menggunakan khidmat komposer tersohor Datuk M. Nasir serta Sam Bunkface yang disifatkannya sebagai seorang komposer muda berbakat besar.

“Saya menyifatkan Sam sebagai komposer muda yang punya banyak kelebihan. Selain komited, Sam punya ilmu muzik yang ‘mahal’,” ujar Ella tentang Sam yang menulis sebuah lagu berjudul Istimewa.


selepas dua tahun berkahwin dengan Azhar, kata Ella, kesibukan mereka membuatkan masing-masing hanya dapat melakukan aktiviti bersama sebulan sekali.

28 tahun

Mengakui dirinya seorang yang memilih, Ella memberitahu bahawa kemunculannya semula dalam konsert jelajah yang dirancang pada hujung tahun ini memerlukan kesempurnaan dari banyak segi dan bukan hanya untuk suka-suka.

Tempoh 28 tahun berkecimpung dalam industri seni memungkinkan Ella memilih yang terbaik untuk mengisi kanvas perjalanan kariernya.

“Sebenarnya saya sudah lama mahu membuat konsert tetapi saya jenis seorang yang sangat memilih, kepuasan dan kesempurnaan dari semua segi.

“Saya tidak mahu melakukan konsert tanpa sasaran. Sebaliknya setiap sesuatu yang saya lakukan mestilah ada perkara dan motif yang mahu disampaikan kepada penonton. Konsert bukan untuk suka-suka tetapi perlu ada sesuatu untuk dipersembahkan kepada penonton yang hadir,” ujar pelantun lagu Pengemis Cinta itu.




Sesekali bergurau senda dengan lagak badannya yang liuk lentok, Ella yang juga baru selesai menjalankan penggambaran di Indonesia untuk klip video lagu duetnya bersama penyanyi dari negara itu, Anji turut berkongsi perkembangan kesibukan jadual hariannya.

“Selain sibuk menguruskan album baharu, saya juga kini sibuk dalam urusan program Mentor Legend yang akan bersiaran di TV3 pada 16 November ini pukul 9 malam. Uji bakat untuk mencari protege saya akan diadakan pada 18 dan 19 Oktober ini.

“Saya tidak memilih apa kriteria yang harus ada pada protege saya. Cukuplah jika dia seorang yang bagus, berbakat dan pandai menyanyi.

Tidak ada masalah untuk saya kongsikan apa sahaja ilmu kepadanya nanti,” ujarnya sambil tersenyum manis.

Tidak ketinggalan, Ella turut berkongsi kisah kehidupannya yang kini bahagia melayari alam berumah tangga bersama juruterbang FireFly, Azhar Husaini Ghazali.

Selepas dua tahun berkahwin, dia menyatakan, hidupnya normal seperti orang lain tetapi mengakui bahagia mempunyai seorang suami yang sangat memahami dan penyayang.

“Walaupun dia (Azhar) sibuk dengan tugas dan sehingga pada tahap dia hanya ada di rumah sebulan sekali, namun itu semua tidak menjadi masalah kerana saya juga sibuk dengan kerja.

“Jadi, dia memahami saya dan saya memahami dia. Selalu saya berharap dia dapat ikut menemani saya bekerja tetapi tidak boleh kerana dia juga bekerja dalam bidang yang tidak menentu masa bertugas.

“Kami hanya dapat keluar bersama sebulan sekali sahaja. Tapi jika ada masa terluang, saya teringin untuk melakukan aktiviti jamming bersama suami di rumah,” ujarnya manja mengakhiri perbualan.

View the original article here

Thursday, 25 September 2014

AC Mizal pilih Pitbull



TIDAK pernah mengehadkan aktiviti seninya, kini pengacara hebat, Datuk AC Mizal dilihat semakin agresif menjalani karier nyanyiannya.

Dalam perkembangan terbaharunya, AC Mizal kini sedang sibuk mempromosikan single ‘Paranoid’ hasil kolaborasi dengan selebriti dari Indonesia, Luna Maya.

Akui berpuas hati dengan hasil ‘Paranoid’, figura 42 tahun ini turut mendedahkan mahu berkolaborasi dengan rapper terkenal dunia, Pitbull dalam projek seterusnya bersama syarikat rakaman Sony Music Entertainment Sdn Bhd.






“Untuk projek seterusnya, Insya-Allah saya memang sasaran untuk berkolaborasi bersama Pitbull. Dia memang idola saya dan pihak Sony sedang dalam usaha untuk projek tersebut.

“Bila bercakap soal berkolaborasi dengan artis antarabangsa, apa yang kami perlu dapatkan adalah jumlah muat turun single pertama ini mencecah sebanyak satu juta.

“Sebab itu buat masa ini kami akan cuba mempromosikan ‘Paranoid’ dengan sebaik mungkin untuk realisasikan kolaborasi dengan Pitbull,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bercerita lebih lanjut, pengacara Maharaja Lawak Mega 2013 berkongsi strategi yang diatur bersama Sony Music dalam menguruskan kerjaya nyanyiannya.

“Perjanjian kontrak saya dengan syarikat rakaman Sony Music Entertainment adalah sebanyak 12 single di mana setiap daripadanya saya berkolaborasi dengan artis dari luar negara.

“Tambahan pula penjualan album sekarang tidak begitu mendapat sambutan jadi saya pilih untuk fokus pada penghasilan single terlebih dahulu.

“Mungkin selepas enam single saya keluar, kami rancang untuk memuatkannya dalam satu mini album,” katanya.




Kagum dengan Luna Maya



Berkongsi pengalaman menjalinkan kerjasama dengan Luna, AC akui teruja dan kagum melihat pengurusan kerja yang dijalankan selebriti jelita itu.

“Sepanjang menjalani projek ini, semuanya berjalan dengan baik walaupun masa yang kami terhad disebabkan komitmen masing-masing. Tapi saya senang bekerja dengannya.

“Dia tidak cerewet malah apa yang membuatkan saya kagum adalah dia seorang yang bekerja keras untuk sama-sama hasilkan single ini,” dedahnya.

Tambah AC lagi, kejayaannya dalam bidang ini mungkin tidak dapat dicapai tanpa bantuan isteri tercinta, Emylia Rosnaida yang turut bergelar pengurus peribadinya.

“Apa yang boleh saya katakan, kejayaan saya pada hari ini tidak akan berlaku tanpa isteri saya kerana dialah yang menguruskan segalanya.

“Bukan saya mahu puji isteri sendiri, tapi semua ini sumbangan dari dia,” ujarnya sebelum mengakhiri perbualan.

View the original article here