Showing posts with label Penyanyi. Show all posts
Showing posts with label Penyanyi. Show all posts

Wednesday, 5 November 2014

OH ARTIS 5 Foto Amelina, penyanyi dangdut terkenal buka tudung?

Penyanyi dangdut yg sangat popular suatu masa dahulu sehingga kini lagu nya masih diminati dengan irama serta suara nya yg amat mengasyikan kan.



Amelina nama yg tidak asing lagi pada para peminat dangdut tanahair, beliau agak menyepi selepas berkahwin dengan seorang ahli perniagaan pada tahun 1999.



Namun baru-baru ini gambar Amelina berjaya di rakam di sekitar Kuala Lumpur bersama seorang penyanyi wanita Maya namun apa yg amat mengejutkan adalah Amelina kini sudah tidak seperti dulu.



Dahulunya Amelina cantik mengenakan tudung namun gambar terbaru yg dirakamkan sudah tidak bertudung, apa kah Amelina ingin melakukan penampilan baru dalam kerjaya seni nya tidak lah kita pasti.




 
















 


View the original article here

PERHH!!! Doktor Temui Labah-Labah Hidup Dalam Telinga Penyanyi Katie Melua..




Sebelum ni banyak cerita atau kejadian serangga memasuki rongga badan didengari seperti lintah dihidung, serangga di telinga dan banyak lagi. Dan kini kejadian seumpama ini berlaku lagi dimana Labah-labah memasuki telinga seroang artis British iaitu Katie Melua dan tinggal didalam telinganya selama seminggu.



Katie Melua berkata, dia telah sering diganggu oleh bunyi gemerisik di telinganya dan kemudiannya dia pergi berjumpa doktor. Doktor telah menggunakan pembersih mikro vakum untuk menyedut dan mengeluarkan makhluk itu daripada telinga artis Bristish tersebut. Penyanyi Georgia-British berusia 30 tahun percaya labah-labah yg dikenal pasti sebagai keluarga Salticidae memasuki telinganya melalu headphone yg dipakainya. 



"Selalunya saya menggunakan headphone di telinga untuk menghalang bunyi semasa penerbangan. Kemudian mungkin satu labah-labah kecil yg ada disitu telah merangkak ke dalam telinga saya dan tinggal di sana selama seminggu" kata Katie Melua. 








"Walaupun imej yg dipaparkan dimonitor melalui kamera doktor yg memasuki telinga saya kelihatan menakutkan, namun apabila dia membawanya keluar labah-labah itu cukup kecil, dan labah-labah itu masih hidup selepas dikeluarkan" tambah beliau, menghantar gambar labah-labah dalam bekas plastik. 



Jurucakap Katie Melua, yang dikenali dengan lagu hitsnya seperti Nine Million Bicycles dan The Closest Thing To Crazy, menyatakan kepada Daily Mail: "Pakar telinga mengatakan bahawa dia tidak pernah di sepanjang kerjayanya membawa keluar serangga hidup sebelum ini. Kebanyakkannya mati. Semasa labah-labah itu dibawa keluar, ianya cukup kecil. Katie menyimpan labah-labah tersebut di dalam tabung uji dan melepaskannya di kebun halam rumahnya. Selain daripada berjalan dan mengeluarkan bunyi di telinga Katie, labah-labah itu tidak mengganggu sistem dalam telinga Katie sepanjang seminggu ia tinggal di sana. Katie juga berasa lega ianya selamat kerana dia berasa bimbang dia akan kehilangan pendengarannya."





 

View the original article here

Sunday, 26 October 2014

GEMPAR!!! Cerita Sebenar Penyanyi Dangdut Indonesia Julia Perez Sibuk Pilih Lelaki Berkualiti



Jakarta: Penyanyi dangdut Julia Perez berkata sebelum dia memulakan proses 

mendapatkan zuriat melalui tabung uji, sperma yg didermakan itu mesti

memiliki kualiti tinggi.

Dia yg lebih dikenali sebagai Jupe, 34, berkata kualiti yg baik penting untuk 

memastikan anak yg bakal dikandungnya sihat.

Bekas kekasih pemain bola sepak Gaston Castano itu juga mengakui amat teliti 

dalam memilih ciri-ciri yg dapat memastikan bakal pasangannya itu tidak 

mengecewakan.

“Saya mahu suami yg spermanya bagus supaya boleh terus mendapat anak.

“Sudah pasti jika mahu berkahwin dia perlu menjalani ujian kesihatan terlebih

 dulu,” katanya.

Jupe baru-baru ini mencetuskan polemik apabila mendedahkan mahu menjalani 

rawatan kesuburan bagi mendapat anak.

Selain Singapura, dia juga merancang pergi ke Pulau Pinang bagi merealisasikan

impiannya.

Hasrat itu ditentang banyak pihak termasuk Majlis Ulama Indonesia kerana

kehamilan Jupe berlaku tanpa pernikahan.

Namun Jupe kemudian mengakui bercadang berkahwin dengan lelaki penderma 

sperma itu nanti.

Kata Jupe, dia tidak mahu calon suaminya dalam kalangan lelaki yg gemar 

menghabiskan masa di kelab malam atau disko.

“Juga suami saya tidak boleh merokok,” katanya, semalam.

Sehingga kini, sudah ada tiga orang mendermakan sperma untuk Jupe.

“Tapi bukan mudah untuk membuat pilihan.

“Ketika ini saya sering berjumpa dan berhubung dengan tiga penderma berkenaan 

untuk memastikan keserasian jika tiba masanya untuk bernikah,” katanya. 

View the original article here

Thursday, 9 October 2014

BANGANG ABADI !!! Aksi Bangang Penyanyi Gila Populariti Tersebar 3GAMBAR



Aksi terlampau seorg gadis dari Jepun ini rela mengadai maruah dirinya semata-mata

mahu menjadi popular di media hiburan. Tidak cukup dengan itu, jurukamera dan 

wartawan berebut dengan kesempatan yg ada.Apa pun, mari saksikan aksi bangang 
penyanyi gila populariti di bawah ini buat tatapan korang.










 


View the original article here

Tuesday, 2 September 2014

Lan Kristal Kesal Di Tipu Penyanyi Popular

Lan Kristal Kesal Di Tipu Penyanyi Popular |  Vokalis kumpulan Kristal, Lan, mengalami kerugian ribuan ringgit selepas ditipu bekas vokalis kumpulan muzik yang juga pengurus acara apabila lelaki tersebut gagal menjelaskan bayaran wang undangan persembahan bagi acara Karaoke Merdeka Contest di Plaza Pelangi, Johor, 24 Ogos lalu.

Lan Kristal Kesal Di Tipu Penyanyi Popular

Menurut Lan, sepatutnya bayaran tersebut perlu dijelaskan sejurus selesai persembahan namun sehingga kini pelbagai alasan yang diberikan oleh pemuda berkenaan.

"Dua bulan sebelum undangan persembahan itu, saya sudah mengesahkan kehadiran saya dan ketika itu dia sudah perlu menjelaskan wang deposit saya.

"Setiap minggu, isteri saya, Sheila, meminta wang tersebut, tetapi ada saja alasannya. Dan kemudian dia kata, 'kita kan kawan-kawan artis, takkan aku nak menipu pula'. Atas dasar kepercayaan itu, maka saya tidak kisah dengan harapan, semua wang saya akan diberikan selepas persembahan dilakukan.

"Lain pula jadinya, selepas selesai persembahan, pelbagai alasan dia beri sehingga ada antara alasannya tidak masuk akal. Duit saya tidak pula dibayar," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Ahad.

Sabtu lalu, Lan menerusi Instagram miliknya telah memuatnaik beberapa foto lelaki berkenaan dengan kapsyen meluahkan rasa bengangnya kerana indivitdu itu tidak menjelaskan bayaran undangan persembahan.

Lan Kristal Kesal Di Tipu Penyanyi Popular

Lan turut mendedahkan nama penuh dan tempat tinggal individu itu yang merupakan seorang vokalis kumpulan muzik yang pernah popular pada tahun 2000.

Dalam pada itu, Lan berkata, selepas pelbagai alasan yang diberi, isterinya telah menghubungi penganjur acara tersebut dan dia terkejut apabila diberitahu wang tersebut sudah lama dijelaskan, sebelum Lan memulakan persembahan itu lagi.

Dalam pada itu, menurut Lan lagi, sekiranya masalah itu belum selesai, dia akan mengambil tindakan seterusnya dengan membuat laporan polis.

"Bermula daripada dua minggu sebelum persembahan sehinggalah sekarang, macam-macam alasan dia beri.

"Katanya akaun bank bermasalah dan selepas itu duit tersebut pula telah digunakan bagi melangsaikan hutang kereta yang tertunggak selama enam bulan. Kemudian ada masalah adik beradik pula.

"Sehingga kini saya beri peluang kepadanya, ada saja alasan tambahan yang direkanya. Jika ia berlarutan, saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis," tegasnya.

Bagaimanapun, Lan menganggap, perkara yang berlaku itu juga mungkin adalah kesilapan dirinya sendiri kerana mudah mempercayai orang dan dia akan lebih berhati-hati selepas ini.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/09/01/lan-kristal-tuntut-wang/
http://instagram.com/lankristal

View the original article here