Tuesday, 17 June 2014

Awie Dilantik Duta Produk Untuk Jadi Lebih Jantan

 
Penyanyi dan pelakon popular, Awie secara rasminya telah dilantik sebagai duta bagi produk kesihatan dan pemberi tenaga khusus untuk golongan lelaki LongJack iaitu produk berkualiti keluaran Orang Kampung Group (OK Group).

Majlis perlantikannya itu telah diadakan di Bora Ombak, Ampang yang telah disaksikan Pengarah Urusan OK Group, Habibul Ajmi Datuk Hj Manggar dan Pengurus Besar OK Group, Ismail Ali.

Pemilihan Awie bersesuaian sekali dengan gaya hidupnya yang sentiasa sibuk dengan aktiviti seni, juga aktiviti permotoran selain menyeimbangkannya sebagai seorang ketua dalam keluarga.

Habibul Ajmi berkata, sesuai dengan misi produk berkenaan yang sentiasa mengekalkan kualiti produk, maka pemilihan Awie sebagai duta berkenaan bertepatan sekali dengan statusnya sebagai seorang penyanyi lelaki yang kekal aktif.



“Apabila kami menghasilkan produk kami, kami melihat produk ini mempunyai potensi yang besar, kualitinya juga sentiasa terjaga, malah dari sudut pasarannya juga sangat menggalakkan.

“Jadi apabila melihat kepada sejarah dan pencapaian Awie sebagai seorang artis yang aktif dan sering menjelajah dengan motosikal besarnya, malah dalam usianya 46 dia masih energatik, kami merasakan dialah pilihan paling tepat.

“Kerana produk ini kami hasilkan benar-benar untuk jantan,” katanya yang mula mendekati Awie sejak beberapa bulan lalu sebelum melantik artis itu sebagai duta produk berkenaan.


Bagi menyemarakan perlantikan itu, OK Group turut melancarkan variasi terbaru Long Jack iaitu Long Jack Extra iaitu minuman segera yang didatangkan datang dalam bentuk serbuk dan boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.

Sementara itu kata Awie, sejak megamalkan pengambilan beberapa produk LongJack, dia mula merasakan perubahan dalam dirinya apabila di mendapati stamina dirinya bertambah, lebih cergas dan mudah berpeluh

“Sebelum dilantik saya telah mencubanya sendiri kerana saya tak mahu menjadi seorang pembohong lebih-lebih lagi berkaitan produk kesihatan seperti ini.

“Saya sedar ada banyak produk kesihatan yang menggunakan orang muda. Bagi saya mereka yang berusia 30 tahun ke bawah tidak memerlukannya kerana mereka sedia maklum bertenaga.

“Jadi untuk saya yang berumur, boleh saya katakan produk ini memang terbukti bagus kerana sangat sesuai dengan kerjaya saya yang sentiasa sibuk, mudah keletihan dan baik untuk kesihatan dalaman dan menjadikan saya lebih jantan,” katanya.

Selain LongJack Extra, rangkaian produk LongJack terdiri daripada Kopi Long Jack 5 Dalam 1, Kapsul LongJack Plus, Jus LongJack dan Jus LongJack Gold.murai.com.

View the original article here

No comments:

Post a Comment