Dia dikenali sebagai lelaki yang paling ‘jantan’ di Eropah setelah dia mendermakan spermanya yang telah menjadikan dia sebagai ayah kepada 98 orang budak. Ed Houben memulakan ‘kerja amalnya’ itu pada tahun 2002 dengan mendermakan sperma kepada tabung sperma tetapi sekarang dia mula menderma dengan cara ‘semulajadi’ mengikut fitrah manusia, katanya.
Ed Houben masih teruna sehinggalah dia berumur 34 tahun namun dikatakan sebagai seorang penderma sperma yang paling produktif di dunia. Dia telah menolong pasangan lesbian, pasangan yang mempunyai tarikan seksual yang songsang dan wanita bujang untuk mendapatkan anak secara percuma.
Anaknya yang terbaru, bernombor 98 bernama Madita. Ibunya berusia 28 tahun, seorang jururawat di sebuah pusat penjagaan yang berkata dengan mudah bahawa dia tidak mungkin menemui lelaki yang sesuai. Terdesak untuk mendapatkan anak, dia mula mencari penderma sperma seperti Ed Houben. Mereka mula saling mengenali dahulu sebelum ‘proses menghasilan bayi’ dilakukan.
Ed Houben juga menyimpan senarai ibu dan anak dan sedaya upaya cuba untuk mengurangkan risiko kecelaruan dan menghamilkan ibu/anak yang sama pada masa hadapan kelak. ‘Jika nanti, salah seorang anak saya berjumpa dengan seseorang yang tak tahu siapa ayah kandungnya, dia boleh lihat senarai ini,’ katanya.
Ed Houben telah menyemai benihnya ke serata alam tetapi sekarang dia lebih suka menunggu wanita datang berjumpanya di rumahnya di Maastricht. Kadang kala dia membuat pengecualian jika pasangannya itu mempunyai masalah tertentu dengan syarat mereka membiayai segala perbelanjaan perjalanan dan penginapannya sepanjang berada di samping wanita tersebut. “Kelurganya” tinggal di bandar-bandar besar seperti Berlin, Holland, Italy, Spain, Belgium, France dan juga New Zealand.
Ed Houben mula menderma sperma untuk klinik berhampiran. Kemudian, dia mula menyedari bahawa persenyewaan secara semulajadi mula mendapat permintaan yang tinggi dan dia tidak menoleh ke belakang lagi sejak hari itu. Laman web spermaspender.de. di Jerman adalah salah satu laman web yang digunakan untuk berhubung dengan wanita yang terdesak untuk mendapatkan zuriat. Mereka tahu akan kehebatan Ed Houben yang telah berjaya menghamilkan 80% daripada wanita yang telah melakukan hubungan seks dengannya.
Kesemua wanita yang ingin menjadi pasangan Ed Houben itu perlu menghantar rekod perubatan yang menunjukkan bahawa mereka bebas dari sebarang penyakit dan dadah sebelum dipertimbangkan olehnya. Kertas kerja Ed Houben turut mengandungi analisis sprema yang dikenali sebagai spermiogram yang menunjukkan bahawa dia adalah seorang penderma yang ‘berguna’. Ini kerana, bilangan sperma yang kurang dari 20 juta menujukkan penderma itu sebagai lemah, manakala bilangan sperma Ed Houben adalah sebanyak 100 juta. ‘Saya tak tembak peluru kosong!’, selorohnya lagi.
Showing posts with label Jantan. Show all posts
Showing posts with label Jantan. Show all posts
Thursday, 9 October 2014
Tuesday, 17 June 2014
Awie Dilantik Duta Produk Untuk Jadi Lebih Jantan
Penyanyi dan pelakon popular, Awie secara rasminya telah dilantik sebagai duta bagi produk kesihatan dan pemberi tenaga khusus untuk golongan lelaki LongJack iaitu produk berkualiti keluaran Orang Kampung Group (OK Group).
Majlis perlantikannya itu telah diadakan di Bora Ombak, Ampang yang telah disaksikan Pengarah Urusan OK Group, Habibul Ajmi Datuk Hj Manggar dan Pengurus Besar OK Group, Ismail Ali.
Pemilihan Awie bersesuaian sekali dengan gaya hidupnya yang sentiasa sibuk dengan aktiviti seni, juga aktiviti permotoran selain menyeimbangkannya sebagai seorang ketua dalam keluarga.
Habibul Ajmi berkata, sesuai dengan misi produk berkenaan yang sentiasa mengekalkan kualiti produk, maka pemilihan Awie sebagai duta berkenaan bertepatan sekali dengan statusnya sebagai seorang penyanyi lelaki yang kekal aktif.
“Apabila kami menghasilkan produk kami, kami melihat produk ini mempunyai potensi yang besar, kualitinya juga sentiasa terjaga, malah dari sudut pasarannya juga sangat menggalakkan.
“Jadi apabila melihat kepada sejarah dan pencapaian Awie sebagai seorang artis yang aktif dan sering menjelajah dengan motosikal besarnya, malah dalam usianya 46 dia masih energatik, kami merasakan dialah pilihan paling tepat.
“Kerana produk ini kami hasilkan benar-benar untuk jantan,” katanya yang mula mendekati Awie sejak beberapa bulan lalu sebelum melantik artis itu sebagai duta produk berkenaan.
Bagi menyemarakan perlantikan itu, OK Group turut melancarkan variasi terbaru Long Jack iaitu Long Jack Extra iaitu minuman segera yang didatangkan datang dalam bentuk serbuk dan boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.
Sementara itu kata Awie, sejak megamalkan pengambilan beberapa produk LongJack, dia mula merasakan perubahan dalam dirinya apabila di mendapati stamina dirinya bertambah, lebih cergas dan mudah berpeluh
“Sebelum dilantik saya telah mencubanya sendiri kerana saya tak mahu menjadi seorang pembohong lebih-lebih lagi berkaitan produk kesihatan seperti ini.
“Saya sedar ada banyak produk kesihatan yang menggunakan orang muda. Bagi saya mereka yang berusia 30 tahun ke bawah tidak memerlukannya kerana mereka sedia maklum bertenaga.
“Jadi untuk saya yang berumur, boleh saya katakan produk ini memang terbukti bagus kerana sangat sesuai dengan kerjaya saya yang sentiasa sibuk, mudah keletihan dan baik untuk kesihatan dalaman dan menjadikan saya lebih jantan,” katanya.
Selain LongJack Extra, rangkaian produk LongJack terdiri daripada Kopi Long Jack 5 Dalam 1, Kapsul LongJack Plus, Jus LongJack dan Jus LongJack Gold.murai.com.
Sunday, 25 May 2014
Disangka Gadis Jelita Rupanya Jantan Penipu
“Saya tidak tahu nak kata apa apabila tahu wanita yang saya jatuh hati itu sebenarnya lelaki Afrika,” kata seorang lelaki yang kerugian lebih RM100,000 akibat terperangkap dalam sindiket cinta Internet atau ‘love scam’ didalangi warga Afrika.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azhar, 28, berkata, dia kini hanya mampu menangis selain menyesali kebodohan diri gara-gara kemaruk cinta terhadap wanita bernama Alina yang dikenali menerusi kiriman e-mel pada Julai tahun lalu.
“Dalam e-mel dikirimnya, Alina memberitahu, dia tinggal di United Kingdom (UK). Bapanya rakyat Malaysia manakala ibunya warga Eropah dan sekarang dia mahu datang ke negara ini untuk mencari keluarga bapanya.
“Dia turut memberi satu alamat yang kononnya alamat terakhir keluarga bapanya. Saya membuat pemeriksaan di Internet dan mendapati alamat itu wujud menyebabkan saya menyambut salam persahabatannya,” katanya, semalam.
Pada mulanya, Azhar yang juga seorang kakitangan awam sekadar mahu berkawan sebelum jatuh hati dengan cara wanita itu berkomunikasi dengannya selepas sebulan berkenalan.
Azhar menceritakan pengalamannya kepada wartawan.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azhar, 28, berkata, dia kini hanya mampu menangis selain menyesali kebodohan diri gara-gara kemaruk cinta terhadap wanita bernama Alina yang dikenali menerusi kiriman e-mel pada Julai tahun lalu.
“Dalam e-mel dikirimnya, Alina memberitahu, dia tinggal di United Kingdom (UK). Bapanya rakyat Malaysia manakala ibunya warga Eropah dan sekarang dia mahu datang ke negara ini untuk mencari keluarga bapanya.
“Dia turut memberi satu alamat yang kononnya alamat terakhir keluarga bapanya. Saya membuat pemeriksaan di Internet dan mendapati alamat itu wujud menyebabkan saya menyambut salam persahabatannya,” katanya, semalam.
Pada mulanya, Azhar yang juga seorang kakitangan awam sekadar mahu berkawan sebelum jatuh hati dengan cara wanita itu berkomunikasi dengannya selepas sebulan berkenalan.
Subscribe to:
Posts (Atom)