Showing posts with label Dilantik. Show all posts
Showing posts with label Dilantik. Show all posts

Thursday, 25 September 2014

Jangan Kecilkan Fizz Fairuz Dilantik Duta Ubat Kuat



Pelakon Fizz Fairuz meminta masyarakat agar tidak mengkritik mana-mana selebriti yang diberi peluang menjadi duta produk ubat penambah tenaga batin.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainil Abidin, 35, berkata, masyarakat perlu bersikap terbuka mengenai informasi ubat atau makanan tambahan yang berfungsi untuk membaik pulih hubungan kelamin suami-isteri.






"Baru-baru ini saya telah dilantik untuk menjadi duta sebuah produk ubat tenaga batin bersama isteri, Almy Nadia.

"Ada yang memberi komen positif tetapi kebanyakannya mengutuk. Tetapi saya tidak kisah, kerana itu adalah rezeki kami, tidak kiralah apa produk sekalipun. Buat apa nak malu?

"Cuma sepatutnya mereka perlu bersikap terbuka berkenaan perkara ini kerana ia juga berinformasi kepada mereka terutamanya yang sudah berkahwin," katanya kepada mStar Online.




Tambah Fizz, sikiap berfikiran tidak terbuka dengan produk-produk tenaga batin juga membuatkan ramai yang tidak tahu mengenai informasi-informasi yang membabitkan masalah hubungan kelamin suami-isteri.

Sementara itu, Fizz berkata, dia bukan sahaja peka terhadap kesihatan dalaman badan tetapi juga seorang yang prihatin terhadap penampilan diri.

"Kalau nak tahu, saya seorang lelaki yang peka terhadap penjagaan kesihatan dan penampilan. Untuk makanan tambahan sahaja, macam-macam saya ambil.

"Apatah lagi soal penampilan, saya akan pastikan imej saya sentiasa kemas walaupun mahu melepak dengan rakan-rakan di kedai kopi.

"Ini kerana, aktiviti harian saya di luar jangkaan. Elok-elok tengah lepak, tiba-tiba saya mendapat panggilan untuk pergi ke sebuah mesyuarat pula. Kiranya saya perlu sentiasa bersedia," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fizz baru saja selesai penggambaran telefilem Lagenda Long Piah bersama syarikat produksi Skop Production.

View the original article here

Tuesday, 23 September 2014

Dafi, Dilantik Duta U Mobile Bukan Sebab Kritik Syarikat Telekomunikasi



Penyanyi Dafi menolak khabar angin kritikannya terhadap perkhidmatan sebuah syarikat telekomunikasi menerusi Instagram miliknya baru-baru ini menjadi punca dia mendapat tawaran sebagai duta U Mobile.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 26, menyifatkan tawaran yang diterima itu sekadar kebetulan dan dia terus menerima peluang itu memandangkan U Mobile belum pernah mengambil mana-mana selebriti sebagai duta produk mereka.

"Saya tak rasa U Mobile mengambil saya sebagai duta kerana perkara itu. Tetapi jika kritikan tersebut telah memberi saya peluang ke arah lembaran lain, saya bersyukur.

"Dan saya gembira kerana diberi kepercayaan untuk menjadi wakil kepada produk telekomunikasi ini," katanya.






Dafi berkata demikian selepas majlis perlantikan Dafi sebagai duta U Mobile di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini pada Khamis.

Pada Julai lalu, Dafi naik berang dan menegur sebuah syarikat telekomunikasi gara-gara tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan menerusi laman Instagram miliknya.

Dia benar-benar kecewa selepas menerima bil mencecah RM9,000 selain beberapa masalah lain yang berlaku.

Sementara itu, Dafi berkata, dia mengambil peluang menerima tawaran sebagai duta U Mobile selepas melihat syarikat tersebut sudi membantunya dalam kerja-kerja pembabitannya di bidang nyanyian.

"Kami bekerjasama dengan situasi menang-menang di mana saya mempromosikan produk mereka dan pada masa sama mereka turut membantu menjayakan konsert mini jelajah di beberapa lokasi.




"Malah, kulit album #D4F1 merupakan rekaan daripada pihak U Mobile," ujarnya.

Ketua Pemasaran Komunikasi dan Jenama, U Mobile Sdn Bhd, Jeanette Lee pula berkata pelantikan Dafi dianggap sebagai pilihan tepat kerana penyanyi itu mempunyai personaliti menarik yang memikat peminat-peminatnya.

"Dafi seorang yang muda, merendah diri dan progresif dalam kerjanya. Dan segala personaliti yang ada padanya adalah selebriti yang selama ini kami cari.

"Kami bekerjasama dengan kontrak selama setahun di mana dan dia akan terbabit dengan beberapa kempen, promosi serta iklan," tuturnya.

Pada majlis tersebut, Dafi turut melancarkan album terbaharunya berjudul #D4F1 yang memuatkan sebanyak lima buah lagu iaitu Salahkah Aku, Dalam Hati Ini, Sudah Cukup Sudah, Bintang Hati dan Baby Harus Bersama.

View the original article here

Tuesday, 17 June 2014

Awie Dilantik Duta Produk Untuk Jadi Lebih Jantan

 
Penyanyi dan pelakon popular, Awie secara rasminya telah dilantik sebagai duta bagi produk kesihatan dan pemberi tenaga khusus untuk golongan lelaki LongJack iaitu produk berkualiti keluaran Orang Kampung Group (OK Group).

Majlis perlantikannya itu telah diadakan di Bora Ombak, Ampang yang telah disaksikan Pengarah Urusan OK Group, Habibul Ajmi Datuk Hj Manggar dan Pengurus Besar OK Group, Ismail Ali.

Pemilihan Awie bersesuaian sekali dengan gaya hidupnya yang sentiasa sibuk dengan aktiviti seni, juga aktiviti permotoran selain menyeimbangkannya sebagai seorang ketua dalam keluarga.

Habibul Ajmi berkata, sesuai dengan misi produk berkenaan yang sentiasa mengekalkan kualiti produk, maka pemilihan Awie sebagai duta berkenaan bertepatan sekali dengan statusnya sebagai seorang penyanyi lelaki yang kekal aktif.



“Apabila kami menghasilkan produk kami, kami melihat produk ini mempunyai potensi yang besar, kualitinya juga sentiasa terjaga, malah dari sudut pasarannya juga sangat menggalakkan.

“Jadi apabila melihat kepada sejarah dan pencapaian Awie sebagai seorang artis yang aktif dan sering menjelajah dengan motosikal besarnya, malah dalam usianya 46 dia masih energatik, kami merasakan dialah pilihan paling tepat.

“Kerana produk ini kami hasilkan benar-benar untuk jantan,” katanya yang mula mendekati Awie sejak beberapa bulan lalu sebelum melantik artis itu sebagai duta produk berkenaan.


Bagi menyemarakan perlantikan itu, OK Group turut melancarkan variasi terbaru Long Jack iaitu Long Jack Extra iaitu minuman segera yang didatangkan datang dalam bentuk serbuk dan boleh dinikmati pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.

Sementara itu kata Awie, sejak megamalkan pengambilan beberapa produk LongJack, dia mula merasakan perubahan dalam dirinya apabila di mendapati stamina dirinya bertambah, lebih cergas dan mudah berpeluh

“Sebelum dilantik saya telah mencubanya sendiri kerana saya tak mahu menjadi seorang pembohong lebih-lebih lagi berkaitan produk kesihatan seperti ini.

“Saya sedar ada banyak produk kesihatan yang menggunakan orang muda. Bagi saya mereka yang berusia 30 tahun ke bawah tidak memerlukannya kerana mereka sedia maklum bertenaga.

“Jadi untuk saya yang berumur, boleh saya katakan produk ini memang terbukti bagus kerana sangat sesuai dengan kerjaya saya yang sentiasa sibuk, mudah keletihan dan baik untuk kesihatan dalaman dan menjadikan saya lebih jantan,” katanya.

Selain LongJack Extra, rangkaian produk LongJack terdiri daripada Kopi Long Jack 5 Dalam 1, Kapsul LongJack Plus, Jus LongJack dan Jus LongJack Gold.murai.com.

View the original article here