Saturday 27 September 2014

Jamil Sulong meninggal dunia


Pengarah filem veteran Datuk Jamil Sulong meninggal dunia di rumah anaknya, Anwardi, di Bukit Utama Damansara di sini pada kira-kira 9.30 malam tadi.

Allahyarham berusia 88 tahun.






Anwardi, 55, berkata bapanya meninggal dunia akibat serangan angin ahmar setelah hampir sebulan dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Jenazah Allahyarham akan dimandikan di Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr Ismail di sini dan akan disembahyangkan selepas solat Jumaat esok sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Janda Baik, Bentong, Pahang.




Allahyarham telah mengarahkan 26 filem, antaranya, Batu Belah Batu Bertangkup, Raja Laksamana Bentan, Si Tanggang, Lela Manja, Bidasari dan Raja Bersiong.

Beliau turut menulis lirik beberapa lagu nyanyian Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan biduanita negara Saloma seperti Engkau Laksana Bulan, Merak Kayangan serta Tiru Macam Saya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datuk Rosnani Ludin, 78, atau lebih dikenali sebagai Rosnani Jamil serta empat anak iaitu Murniaty, 59, Arjunaidi, 56, Anwardi dan Asnadi, 48.

View the original article here

No comments:

Post a Comment