Monday 22 September 2014

Wawa Peserta Pertama Tersingkir #AF2014


Wawa akan meneruskan perjuangan sebagai penyanyi.

Peserta dari Selangor, Walfadhilah Suhaizat, 19, menjadi peserta pertama tersingkir pada minggu kedua program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) yang disiarkan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam Ahad.

Walfadhilah atau Wawa mendapat undian terendah iaitu sebanyak 2.53 peratus undi selepas menyampaikan lagu Wajah Kekasih nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza.






Pengumuman itu dibuat oleh hos rancangan itu Zizan Razak dan Faizal Ismail.

Sementara itu, peserta daripada Johor, Azwan Satar, 30, yang menyanyikan lagu Bernafas Dalam Lumpur menerima undian tertinggi iaitu sebanyak 30.57 peratus.


Wawa ketika diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir.
Dalam pada itu, Wawa yang ditemui mengakui agak sedih apabila menjadi peserta pertama tersingkir, bagaimanapun, dia tidak patah semangat untuk terus menjadi berada dalam bidang seni suara.

"Banyak pengalaman yang saya dapat belajar dalam setiap kelas yang diberikan biarpun tidak lama, sudah tentu rasa sedih tersingkir awal, namun begitu saya tetap bersyukur terpilih menyertai Akademi Fantasia 2014,

"Insya-Allah, saya akan bawa pengalaman yang ada untuk terus mencari tapak sebagai penyanyi dalam industri ini,"ujarnya.

Selain Azwan, 10 peserta mara pada minggu hadapan ialah Azwan Satar, 30, Ikhwal Hafiz Ismail, 22, Mohd Firman Bansir, 25, Mohd Razman Abd Aziz, 22, Muhd Zharif Mohd Kamil, 26 dan Muhd Fareezuan Adnan, 19.

Manakala turut mara adalah Adeline Joyce Masidah, 21, Muna Shahirah Munadi, 20, Nina Nadira Naharuddin, 22, Nor Aziha Md Salleh, 20, dan Syamila Nuhair Zainordi, 21.


Faizal Ismail dan Zizan Razak semakin serasi mengacarakan Akademi Fantasia 2014


Penyanyi Hattan bertindak sebagai pengetua musim ini.

Manakala, tenaga pengajar lain yang terbabit dalam musim ini ialah Fatimah Abu Bakar (Guru Komunikasi dan Bahasa Inggeris), Linda Jasmine (Guru Tarian dan koreografi), Datin Marlia Musa (Guru Seni Persembahan) dan Siti Hajar (Guru Vokal).

Dua juri tetap yang ditampilkan untuk mengadili peserta adalah Raja Azura dan Datuk Ramli MS, manakala juri jemputan Amy Mastura.

Rutin harian pelajar di akademi dapat ditonton menerusi Diari AF yang dikendalikan oleh pelawak Jihan Musa setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9 malam.



View the original article here

No comments:

Post a Comment