Showing posts with label Peserta. Show all posts
Showing posts with label Peserta. Show all posts

Sunday, 2 November 2014

SO SWEET!!! Bekas Peserta Mentor Perjelas Isu Menyertai Ratu Cantik


Bekas peserta Mentor, Dewi Liana Seriesta kesal apabila segelintir pihak masih mempertikaikan penyertaannya dalam pertandingan ratu cantik, Miss Malaysia World 2014 kerana dia disangka wanita beragama Islam.

Dewi, 25, yg merupakan protege kepada penyanyi Liza Hanim dalam program realiti Mentor musim pertama itu berkata, dia sudah menjelaskan tentang status agama itu sejak memasuki pertandingan realiti terbitan TV3 empat tahun lalu.


Ketika memenangi pertandingan Miss Malaysia World 2014 pada Jun lalu, ramai yg mempertikaikan penglibatan saya dalam pertandingan itu.

Saya faham wanita beragama Islam tidak dibenarkan menyertai pertandingan itu dan saya juga sudah jelaskan kepada mereka bahawa saya beragama Kristian sejak kecil lagi, ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Dewi, perkara tersebut menjadi kekeliruan apabila nama yg diberikan oleh ibu bapanya itu seperti nama yg digunakan oleh kebanyakan orang Melayu.

Bagaimanapun dia tidak mempunyai sebarang masalah dan menganggap ia sebagai sesuatu yg unik.


Bapa saya berasal dari Indonesia dan berketurunan Cina, manakala ibu saya dari Sarawak sebab itu nama saya tiada binti seperti nama orang Islam.

Saya memang tiada sebarang masalah dengan nama ini dan saya anggap ia sebagai unik, cuma ramai yg keliru tentang agama sahaja, katanya.






Dalam pada itu, Dewi berkata, dia layak ke pertandingan Miss World 2014 yg akan dipertandingan di London penghujung tahun ini.

Dewi merupakan antara 130 peserta di serata dunia yg bakal merebut gelaran ratu cantik itu.


Selepas memenangi Miss Malaysia World 2014, saya layak untuk bertanding bagi mewakili Malaysia di Miss World 2014 di London Disember depan. Saya akan bertolak November ini dan kami akan dinilai selama sebulan untuk diangkat sebagai Miss World 2014, katanya.

Sementara itu dalam bidang nyanyian Dewi masih aktif memenuhi undangan selepas tamatnya program Mentor musim pertama lalu.

Malah, dia baharu sahaja berjaya memenangi lima kategori utama pada pertandingan ‘World Championships of Performing Arts’ (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat, Julai lepas.


Saya tidak tinggalkan bidang nyanyian, selepas Mentor saya banyak tawaran persembahan untuk majlis korporat dan Julai lalu saya mengikuti pertandingan WCOPA di Los Angeles.

Saya memenangi juara keseluruhan dengan meraih lima pingat dalam beberapa kategori dipertandingakan, ujarnya.

 


View the original article here

Monday, 27 October 2014

PENJELASAN!!! Kami Tidak Suruh Peserta Peluk, Cium Anjing



PETALING JAYA – Penganjur kempen sentuh anjing (I Want To Touch A Dog) menegaskan tidak pernah menyuruh peserta program memeluk atau mencium anjing seperti yg tersebar di media sosial.

Penganjur bersama, Norhayati Ismail berkata, hukum haram memegang anjing secara suka-suka telah diterangkan penceramah jemputan ketika itu, Ustaz Mohd IqbalParjin pada slot awal pagi.

“Program ini untuk tujuan pendidikan. Cara pegang anjing bukan untuk suka-suka tapi untuk menyelamatkan anjing tersebut kalau perlu atau untuk menghindarkan rasa takut terhadap anjing.

“Tapi kami menafikan sekeras-kerasnya... pada hari itu kami tidak menyuruh orang ramai memegang anjing secara suka-suka kerana kita sudah cakap (dalam ceramah Ustaz Iqbal), mengikut mazhab Syafie, memegang anjing secara suka-suka adalah haram,” katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini, hari ini.

Jelasnya, perlakuan memeluk dan mencium anjing yg dirakam para peserta itu juga berlaku di luar pengetahuannya.

“Itu (tiada seorang pun penganjur yg sedar peserta pegang anjing secara suka-suka) saya tak boleh komen sebab saya di tempat sertu. Saya pun mendapat tahu orang pegang anjing itu melalui media. Pihak kita memang tidak terlibat dalam bab peluk cium (anjing).

“Sebab kita dah cakap jangan pegang suka-suka. Kami percayai ia (dilakukan) oleh peserta yg tidak mendengar ceramah Ustaz Iqbal. Mungkin kumpulan-kumpulan ini yg datang (lambat) tak dengar. Saya rasa risalah kami pun tak cukup sebab kami cetak 500 keping saja,” katanya.

Dalam pada itu, Norhayati turut menafikan pihaknya memuat naik gambar wanita-wanita bertudung yg beraksi memeluk atau memegang anjing pada program itu di media sosial.

“Gambar wanita bertudung (memeluk anjing) itu bukan kami yg muat naik. Kami tidak muat naik di media sosial-media sosial kami.

“Itu semua daripada media yg dikongsi (orang lain) dalam Facebook dan juga dimasukkan dalam ‘event page’ kami untuk tujuan mencerca dan menghina kami.

“Kalau ikut media (gambar itu diambil di lokasi program) sebab saya sendiri tak nampak dengan mata kepala saya jadi, saya tak berani nak cakap. Saya di sana tapi saya tidak ada di kawasan kejadian (memeluk, mencium anjing),” katanya.

Tegasnya, segala prosedur dan garis panduan yg ditetapkan telah diikuti pihaknya namun beliau akui terdapat kekurangan dari segi kawalan terhadap peserta.

“Kami sudah mengikut semua prosedur dan garis panduan yg diberikan Jabatan Mufti Selangor dan juga kami ada mengedarkan 500 risalah pada waktu pagi menyatakan pandangan Islam terhadap anjing.

Dalam ‘page’ kami juga, kami ada sebut, boleh datang, tak semestinya pegang. Kalau nak belajar, kita ada ‘coach’. Sebab itu kami ada buat perbezaan warna pakaian untuk hari itu.

“Berkali-kali kami telah beritahu kalau nak pegang, tanya ‘coach’ dulu. Tapi disebabkan, kita jangka yang datang 500 orang tapi yg datang melebihi jumlah itu jadi, kita akui kelemahan kita. Kita tak dapat kawal pengunjung yg datang,” jelasnya.

Ketika ditanya soal kehadiran Ustaz Iqbal di lokasi peserta memeluk dan mencium anjing, peguam mewakili penganjur, Syahredzan Johan berkata, Ustaz Iqbal tidak melihat perkara itu berlaku.

“Ustaz Iqbal tak nampak. Tapi dia beri penerangan cara pegang anjing dalam Islam. Dalam penerangan itu memang sudah terang bahawa tak boleh saja-saja pegang, suka-suka pegang.

“Jadi, dia tak nampak, tak boleh salahkan dia. Kalau ikut garis panduan, memang tak boleh begitu (pegang anjing suka-suka),” katanya.

View the original article here

Monday, 22 September 2014

Wawa Peserta Pertama Tersingkir #AF2014


Wawa akan meneruskan perjuangan sebagai penyanyi.

Peserta dari Selangor, Walfadhilah Suhaizat, 19, menjadi peserta pertama tersingkir pada minggu kedua program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) yang disiarkan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam Ahad.

Walfadhilah atau Wawa mendapat undian terendah iaitu sebanyak 2.53 peratus undi selepas menyampaikan lagu Wajah Kekasih nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza.






Pengumuman itu dibuat oleh hos rancangan itu Zizan Razak dan Faizal Ismail.

Sementara itu, peserta daripada Johor, Azwan Satar, 30, yang menyanyikan lagu Bernafas Dalam Lumpur menerima undian tertinggi iaitu sebanyak 30.57 peratus.


Wawa ketika diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir.
Dalam pada itu, Wawa yang ditemui mengakui agak sedih apabila menjadi peserta pertama tersingkir, bagaimanapun, dia tidak patah semangat untuk terus menjadi berada dalam bidang seni suara.

"Banyak pengalaman yang saya dapat belajar dalam setiap kelas yang diberikan biarpun tidak lama, sudah tentu rasa sedih tersingkir awal, namun begitu saya tetap bersyukur terpilih menyertai Akademi Fantasia 2014,

"Insya-Allah, saya akan bawa pengalaman yang ada untuk terus mencari tapak sebagai penyanyi dalam industri ini,"ujarnya.

Selain Azwan, 10 peserta mara pada minggu hadapan ialah Azwan Satar, 30, Ikhwal Hafiz Ismail, 22, Mohd Firman Bansir, 25, Mohd Razman Abd Aziz, 22, Muhd Zharif Mohd Kamil, 26 dan Muhd Fareezuan Adnan, 19.

Manakala turut mara adalah Adeline Joyce Masidah, 21, Muna Shahirah Munadi, 20, Nina Nadira Naharuddin, 22, Nor Aziha Md Salleh, 20, dan Syamila Nuhair Zainordi, 21.


Faizal Ismail dan Zizan Razak semakin serasi mengacarakan Akademi Fantasia 2014


Penyanyi Hattan bertindak sebagai pengetua musim ini.

Manakala, tenaga pengajar lain yang terbabit dalam musim ini ialah Fatimah Abu Bakar (Guru Komunikasi dan Bahasa Inggeris), Linda Jasmine (Guru Tarian dan koreografi), Datin Marlia Musa (Guru Seni Persembahan) dan Siti Hajar (Guru Vokal).

Dua juri tetap yang ditampilkan untuk mengadili peserta adalah Raja Azura dan Datuk Ramli MS, manakala juri jemputan Amy Mastura.

Rutin harian pelajar di akademi dapat ditonton menerusi Diari AF yang dikendalikan oleh pelawak Jihan Musa setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9 malam.



View the original article here