Showing posts with label Tersingkir. Show all posts
Showing posts with label Tersingkir. Show all posts

Wednesday, 5 November 2014

TAHNIAH!!! Adel Diserap Masuk, Azwan Tersingkir Di Konsert AF2014 Minggu 9


Pelajar AF2014 Adel yg disingkir pada dua minggu lalu kembali bersaing ke dalam Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) apabila dipilih menerusi AF Serap pada konsert separuh akhir malam Ahad.

Konsert tersebut diadakan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Pemilihan AF Serap yg dipilih menerusi fakulti AF 2014 itu pernah diperkenalkan dalam rancangan AF sebelum ini iaitu membawa masuk semula pelajar yg pernah tersingkir.

Azwan tersingkir pada konsert separuh akhir AF2014.

Adel mengiringi empat peserta lain iaitu Firman, Aman, Ewal dan Nuha untuk berentap pada peringkat akhir di minggu hadapan.

Bagaimanapun peserta Azwan gagal ke peringkat akhir AF 2014 selepas diumumkan tersingkir oleh pengacaranya, Zizan Razak dan Faizal Ismail.


Saya terima dengan kekalahan ini tetapi ini bukan perjalanan akhir di bidang ini.

Sebaliknya saya akan terus berusaha untuk menjadi seorang penyanyi profesional di arus perdana, kata Azwan.

Pada malam konsert tersebut pelajar-pelajar ditugaskan untuk membuat dua persembahan iaitu secara solo dan duet.



Untuk tugasan solo, Aman, 21 mempersembahkan lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain, Azwan, 30 (Cinta Sesungguhnya nyanyian Sabhi Sadhi), Ewal, 22 (Rude nyanyian Magic), Nuha, 21, (Ku Pendam Sebuah Duka nyanyian Datuk Khadijah Ibrahim) dan Firman, 25 (Nur Nilam Sari nyanyian Awie dan Search).

Tugasan lagu duet pula, Aman membawakan lagu Kalau Cinta menampilkan Marsha, Azwan (Tanda Kasih, menampilkan Noraniza Idris), Ewal (Muara Hati, menampilkan Adira), Nuha (Cintamu Mekar Di Hati menampilkan Mus May) dan Firman (Seribu Tahun Takkan Mungkin, menampilkan Joey Bumiputra Rockers).

Juri tetap program itu ialah Datuk Ramli MS dan Raja Azura manakala penyanyi Fauziah Latif pula sebagai juri undangan pada minggu tersebut.

AF 2014 ditayangkan secara langsung setiap Ahad pada pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104).

 


View the original article here

Monday, 20 October 2014

Ziha #AF2014 tersingkir bermaruah



ZIHA (tengah) di samping pengacara Zizan Razak dan Faizal Ismail.

SUDAH berminggu-minggu Mizz Lahar tak pedulikan Akademi Fantasia 2014 (AF2014), tapi bila dengar kawan-kawan bercerita dan makcik jual nasi lemak depan pintu pagar rumah Mizz Lahar pun kepoh bercerita pasal AF sampai berbuih mulut, Mizz Lahar mula terfikir, ada bagus juga Mizz Lahar ambil peduli.






Nak cerita kat sini, bukannya Mizz Lahar tak suka program realiti, tapi maklumlah sahajalah hari minggu, jadual kerja bertukar jadi jadual usung perut ke kenduri sana-sini, saudara-mara kena layan juga, yelah, kenalah jaga hati. Orang dah jemput, wajib munculkan diri.

Dalam sibuk-sibuk, Ahad lepas Mizz Lahar sempat loloskan diri daripada sesi borak anak-beranak. Alang-alang tersampai awal kat rumah, buka TV tertengok AF2014, cantiklah. Mizz nak tengok Ewal, sebab ramai yang kata Ewal tu bagus. Tunggu punya tunggu, ternampak budak yang menyanyi lagu Angan-Angan semasa konsert AF2014 yang awal-awal punya. Mizz ingat, namanya Ziha. Kalau tengok kepada gaya menyanyi masa dahulu, memang dah lama dah patut Ziha terkeluar.

Tapi, minggu lepas, bukan Datuk Ramli MS sahaja yang kata Ziha bagus, Mizz Lahar awal-awal lagi nak nangis sebab Ziha dah boleh menyanyi, walaupun manja-manja. Baru nak manja-manja undi Ziha, tiba-tiba dia pula yang diumumkan tersingkir.

Bagi Mizz pula, kalau Mizz seorang penerbit drama yang pantang nampak artis molek untuk dijadikan pelakon, Mizz terus akan panggil Ziha berlakon. Mizz juga pasti, dengan wajah ala-ala Yana Samsudin versi remaja itu, Ziha yang berasal dari Johor sama macam Yana itu akan jadi pelakon. Alang-alang David Teo pun dah bagi isyarat, apa lagi, bagi watak hantu satu kat Ziha! Macam zaman awal Wawa Zainal dulu-dulu.

MIZZ LAHAR: Tak suka ada pihak yang gunakan nama persatuan orang lain untuk kepentingan peribadi.




View the original article here

Tuesday, 23 September 2014

#AF2014: Farez Dapat Petanda Sebelum Tersingkir



Pelajar #AF2014, Farez atau nama sebenarnya Muhammad Fareezuan Adnan seakan-akan dapat merasakan akan tersingkir pada konsert ketiga yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada Ahad.

Menurut Farez, sebelum konsert bermula perasaannya kuat mengatakan dirinya bakal tersingkir selain mengalami mimpi yang sama selama tiga hari berturut-turut.






“Sebenarnya saya memang dah rasa yang saya akan tersingkir minggu ini… Perasaan itu semakin kuat apabila selama tiga hari berturut-turut saya bermimpi mengenai penyingkiran saya.

“Perasaan tidak selesa itu saya luahkan kepada Abang Azwan, namun Abang Azwan meminta supaya saya tidak berfikir bukan-bukan.

“Selain itu, saya juga tidak tahu kenapa saya terlalu rindukan ibu saya dan dengan penyingkiran saya ini nampaknya firasat saya tak salah,” katanya ketika ditemui semasa majlis sidang media pelajar #AF2014 yang tersingkir di MBSA pada Ahad.

Walaupun berpuas hati dengan persembahan yang diberikan namun Farez mengakui sedikit terkilan kerana belum sempat untuk menonjolkan bakat dan juga kehebatan nyanyiannya.

“Tipulah jika saya rasa tak sedih, saya akui perasaan terkilan itu ada kerana saya rasa saya telah menghampakan cikgu-cikgu saya.

“Namun walaupun saya tersingkir, tetapi tidak mengapa kerana mungkin ini bukan rezeki saya.

“Tersingkir tak bermakna saya akan lupakan cita-cita saya, sebaliknya saya akan terus mencuba dan tidak sesekali berputus asa,” ujar pelajar yang berusia 19 tahun itu.

Selain itu, Farez juga tidak akan menolak sekiranya ada tawaran nyanyian yang diberikan kepadanya dan berterima kasih kepada peminat yang mengundi serta menyokongnya sepanjang perjalanan di dalam #AF2014.

Dengan tema ‘Hits Fantasia’, Farez atau nama sebenarnya Muhammad Fareezuan Adnan telah menyampaikan lagu ‘Awan Nano’ nyanyian asal oleh juara Akademi Fantasia 7 iaitu Hafiz Suip.

Penyingkiran Farez telah diumumkan oleh hos #AF2014 iaitu Zizan Razak dan Faizal Ismail sebagai pelajar kedua tersingkir dengan peratusan undian sebanyak 2.8%.




Jangan lupa untuk mengundi pelajar #AF2014 kegemaran anda dengan menaip:

AFUNDI (NAMA SINGKATAN PELAJAR) ke 32777 atau AFUNDI10 (NAMA SINGKATAN PELAJAR) KE 32777

#AF2014 bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (saluran 135).

Saksikan Diari AF pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam manakala Konsert Mingguan AF akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad, jam 9.00 malam.

Bagi merancakkan lagi musim ini, Konsert Pertama dan Minggu akhir #AF2014 akan ditayangkan secara serentak di tiga buah saluran iaitu Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135)

Like Facebook AF2014 https://www.facebook.com/akademifantasiamy

View the original article here

Monday, 22 September 2014

Wawa Peserta Pertama Tersingkir #AF2014


Wawa akan meneruskan perjuangan sebagai penyanyi.

Peserta dari Selangor, Walfadhilah Suhaizat, 19, menjadi peserta pertama tersingkir pada minggu kedua program realiti Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) yang disiarkan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam Ahad.

Walfadhilah atau Wawa mendapat undian terendah iaitu sebanyak 2.53 peratus undi selepas menyampaikan lagu Wajah Kekasih nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza.






Pengumuman itu dibuat oleh hos rancangan itu Zizan Razak dan Faizal Ismail.

Sementara itu, peserta daripada Johor, Azwan Satar, 30, yang menyanyikan lagu Bernafas Dalam Lumpur menerima undian tertinggi iaitu sebanyak 30.57 peratus.


Wawa ketika diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir.
Dalam pada itu, Wawa yang ditemui mengakui agak sedih apabila menjadi peserta pertama tersingkir, bagaimanapun, dia tidak patah semangat untuk terus menjadi berada dalam bidang seni suara.

"Banyak pengalaman yang saya dapat belajar dalam setiap kelas yang diberikan biarpun tidak lama, sudah tentu rasa sedih tersingkir awal, namun begitu saya tetap bersyukur terpilih menyertai Akademi Fantasia 2014,

"Insya-Allah, saya akan bawa pengalaman yang ada untuk terus mencari tapak sebagai penyanyi dalam industri ini,"ujarnya.

Selain Azwan, 10 peserta mara pada minggu hadapan ialah Azwan Satar, 30, Ikhwal Hafiz Ismail, 22, Mohd Firman Bansir, 25, Mohd Razman Abd Aziz, 22, Muhd Zharif Mohd Kamil, 26 dan Muhd Fareezuan Adnan, 19.

Manakala turut mara adalah Adeline Joyce Masidah, 21, Muna Shahirah Munadi, 20, Nina Nadira Naharuddin, 22, Nor Aziha Md Salleh, 20, dan Syamila Nuhair Zainordi, 21.


Faizal Ismail dan Zizan Razak semakin serasi mengacarakan Akademi Fantasia 2014


Penyanyi Hattan bertindak sebagai pengetua musim ini.

Manakala, tenaga pengajar lain yang terbabit dalam musim ini ialah Fatimah Abu Bakar (Guru Komunikasi dan Bahasa Inggeris), Linda Jasmine (Guru Tarian dan koreografi), Datin Marlia Musa (Guru Seni Persembahan) dan Siti Hajar (Guru Vokal).

Dua juri tetap yang ditampilkan untuk mengadili peserta adalah Raja Azura dan Datuk Ramli MS, manakala juri jemputan Amy Mastura.

Rutin harian pelajar di akademi dapat ditonton menerusi Diari AF yang dikendalikan oleh pelawak Jihan Musa setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 9 malam.



View the original article here