Monday, 20 October 2014

Aishwarya, Abhishek didakwa berantakan



HUBUNGAN Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan kini dikatakan sedang bergolak.

SELEPAS rumah tangga pasangan Hrithik Roshan dan Suzanne Khan dilanda badai dan akhirnya berpisah pada hujung tahun lalu, kisah yang sama sedang mengekori pasangan popular Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan.

Menurut laporan media Bollywood, pasangan itu sedang dalam proses untuk bercerai. Masalah ketidaksefahaman






antara Aishwarya dan ibu mertuanya, Jaya Bachchan mengenai tradisi keluarga dikatakan menjadi punca keretakan hubungan merela.

“Situasi keluarga Bachchan di Bollywood sama seperti gentingnya suasana politik pemerintahan Gandhi di India. Anda boleh mengkritik dan meluat dengan mereka, namun tidak boleh mengabaikan keadaan yang sedang berlaku. Segalanya seperti berjalan lancar dalam keluarga besar itu namun sebenarnya masalah mereka semakin me­runcing dan mengelirukan,” lapor sebuah media, baru-baru ini.

Pertelingkahan antara Aishwarya dan Jaya mula dikesan ketika mereka menghadiri parti Mukesh Ambani di Juhu, Mumbai pada tahun lalu. Bekas ratu cantik dunia 1994 itu juga telah tinggal berasi­ngan dengan keluarga mertuanya sejak beberapa bulan lalu.

Ketegangan hubungan pasangan popular itu jelas apabila Abhishek tidak menemani isterinya ke Festival Filem Cannes tahun lalu. Untuk dua tahun berturut-turut, Aishwarya sebaliknya ditemani oleh anaknya Aaradhya yang berusia dua tahun dan ibunya, Vrinda Rai.



View the original article here

No comments:

Post a Comment