Showing posts with label didakwa. Show all posts
Showing posts with label didakwa. Show all posts

Sunday, 9 November 2014

GAMBAR!!! Luahan sayu Almy Nadia kerana didakwa gemuk dan perut besar

Pelakon Almy Nadia tidak senang dengan sikap sesetengah pihak yg gemar mempersoalkan saiz kandungannya yg kini berusia lima bulan.

Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, juga berasa bengang apabila timbul perbandingan badannya semakin berisi dan tidak seiring dengan usia kandungan berkenaan.

"Orang asyik tanya dan bercakap, kenapa perut saya besar? Kenapa saya gemuk? Anak kembar ke? Besarnya perut! Rasa nak marah saja, tetapi saya bersabar kerana kalau menjawab setiap persoalan itu, lebih banyak lagi soalan yg ditanya.

"Yang penting saya dan anak dalam kandungan sihat dan tidak perlu makan macam-macam ubat,"
katanya yg dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.


Selasa lalu, Almy telah menulis status di Instagram dengan meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pengikutnya yg sering pertikaikan saiz tubuh badannya yg semakin membesar.

Almy turut menjelaskan dia kini sedang mengandung lima bulan yg menjadi penyebab badannya semakin berisi selain dia mempunyai rangka badan yg besar.

Sementara itu, Almy juga tidak faham apabila terdapat individu tertentu mengkritik soal pemakaiannya yg dianggap tidak sesuai bagi ibu mengandung.

"Semuanya tidak kena untuk mereka. Baju saya pakai pun orang nak buat penilaian dan kemudian saya dikritik kerana baju yg dipakai itu dianggap tidak sesuai.

"Dah kata mengandung, mestilah semua baju yg dipakai akan nampak ketat. Pening membaca komen-komen mereka yg tidak masuk akal,"
ujarnya kecewa






 


View the original article here

Friday, 24 October 2014

BENARKAH!!! Gambar Yang Didakwa Penceramah Tersohor, Ustaz Azhar Idrus Tersebar


Belum sejuk cerita pasal gambar intim Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dengan calon Prk Teluk Intan Dyana Sofya, sekarang ni kecoh pula pasal video seks mirip penceramah agama terkenal yg pro Pakatan.

Khabarnya, video pasal individu bergelar Ustaz ni dah tersebar melalui beberapa blog serta facebook dan group whatsapp.

Tak tahulah dari mana sumber asalnya, tapi sejak tengah malam tadi memang kemunculan video ni menjadi topik hangat di media sosial..

Dengan trend perkongsian perkara-perkara dalam bilik tidur sebegini sekarang, tak ada apa yg mustahil untuk kita nafikan.

Walaubagaimanapun, kalau difikirkan secara logik akal, takkan lah seorang Ustaz yg sering membicarakan soal agama tergamak merakam aksi seksnya sendiri kann..

Tambah-tambah pulak Ustaz ni memang terkenal serta mempunyai pengikut yg ramai di seluruh negara.. Dan agak mustahil jugak Ustaz ni sengaja mahu simpan benda-benda macam ni.

Rasanya tak ada untung apapun kalau disimpan walaupun sekadar untuk kenangan..

Tapi kann, apa lah sangat kita nak heran dengan video-video macam ni. Dah ramai rasanya orang-orang ternama didalam negara kita yg pernah terlibat dengan penyebaran video skandal seks di bilik tidur..

Yang paling awal adalah Chua Soi Lek, kemudiannya Anwar Ibrahim serta Azmin Ali.. Dan tak ketinggalan juga Mustapha Ali Setiausaha Agung Parti Islam SeMalaysia.

Semua ada video sama ada tengah ringan-ringan ataupun tengah "buat projek" dengan pasangan masing-masing..

Dan jawapan skema yg diberikan selepas tersebarnya video terbabit adalah.., "muka macam saya.., tapi itu bukan saya..." Tak pun akan keluar jawapan..., "video tersebut tak boleh dijadikan bukti kerana ia hanyalah besi.." Ataupun jawapan macam ni..., " Itu semua fitnah bagi menjatuhkan karier dan imej saya.."

Apapun, seks dan manusia adalah lumrah dan tak ada sesiapa pun mampu jangka bagaimana gilanya nafsu seseorang tu.

Ada pernah keluar berita atuk rogol cucu, nenek 70 tahun kena rogol dalam kebun getah, dan juga OKU kena rogol dengan remaja. Tak gila ke semua benda tu hanya kerana nafsu.

Jadi apa nak heran dengan video-video macam ni.. Kalau betul pun apa yg kita boleh buat kecuali kutuk si pelaku secara berjemaah.

Dan kalau tak betul pun apa yg boleh kita cakap selain kutuk juga si pembuat video secara berjemaah lagi.

Kesimpulannya, tengok saja lah dan ambik ikhtibar dari apa yg berlaku.


 


View the original article here

Monday, 20 October 2014

Aishwarya, Abhishek didakwa berantakan



HUBUNGAN Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan kini dikatakan sedang bergolak.

SELEPAS rumah tangga pasangan Hrithik Roshan dan Suzanne Khan dilanda badai dan akhirnya berpisah pada hujung tahun lalu, kisah yang sama sedang mengekori pasangan popular Aishwarya Rai dan Abhishek Bachchan.

Menurut laporan media Bollywood, pasangan itu sedang dalam proses untuk bercerai. Masalah ketidaksefahaman






antara Aishwarya dan ibu mertuanya, Jaya Bachchan mengenai tradisi keluarga dikatakan menjadi punca keretakan hubungan merela.

“Situasi keluarga Bachchan di Bollywood sama seperti gentingnya suasana politik pemerintahan Gandhi di India. Anda boleh mengkritik dan meluat dengan mereka, namun tidak boleh mengabaikan keadaan yang sedang berlaku. Segalanya seperti berjalan lancar dalam keluarga besar itu namun sebenarnya masalah mereka semakin me­runcing dan mengelirukan,” lapor sebuah media, baru-baru ini.

Pertelingkahan antara Aishwarya dan Jaya mula dikesan ketika mereka menghadiri parti Mukesh Ambani di Juhu, Mumbai pada tahun lalu. Bekas ratu cantik dunia 1994 itu juga telah tinggal berasi­ngan dengan keluarga mertuanya sejak beberapa bulan lalu.

Ketegangan hubungan pasangan popular itu jelas apabila Abhishek tidak menemani isterinya ke Festival Filem Cannes tahun lalu. Untuk dua tahun berturut-turut, Aishwarya sebaliknya ditemani oleh anaknya Aaradhya yang berusia dua tahun dan ibunya, Vrinda Rai.



View the original article here