Sunday 9 November 2014

WOW!!! Gambar hari-hari terakhir DS Anwar Ibrahim mengimamkan solat jemaah

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan solat Maghrib di bawah khemah berhampiran bangunan Mahkamah Persekutuan.


Beliau dilaporkan mengimamkan solat jemaah tersebut sejurus selepas keluar dari pekarangan Mahkamah Persekutuan kira-kira jam 7.11 malam sebentar tadi.

Beliau kelihatan tenang dan tersenyum senang ketika menemui penyokongnya yg setia menanti keputusan prosidingnya sejak pagi.

Sebelum itu, anaknya, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dilihat keluar meninggalkan pekarangan Kompleks Istana Kehakiman jam 7.07 malam sebelum menemui penyokong bapanya.

Himpunan hari ini adalah himpunan yg ketujuh diadakan sejak minggu lalu.

Anwar menemui penyokongnya hari ini dengan diiringi Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK ), Dr Afif Bahardin.






 


View the original article here

No comments:

Post a Comment