Showing posts with label Terakhir. Show all posts
Showing posts with label Terakhir. Show all posts

Sunday, 9 November 2014

WOW!!! Gambar hari-hari terakhir DS Anwar Ibrahim mengimamkan solat jemaah

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan solat Maghrib di bawah khemah berhampiran bangunan Mahkamah Persekutuan.


Beliau dilaporkan mengimamkan solat jemaah tersebut sejurus selepas keluar dari pekarangan Mahkamah Persekutuan kira-kira jam 7.11 malam sebentar tadi.

Beliau kelihatan tenang dan tersenyum senang ketika menemui penyokongnya yg setia menanti keputusan prosidingnya sejak pagi.

Sebelum itu, anaknya, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dilihat keluar meninggalkan pekarangan Kompleks Istana Kehakiman jam 7.07 malam sebelum menemui penyokong bapanya.

Himpunan hari ini adalah himpunan yg ketujuh diadakan sejak minggu lalu.

Anwar menemui penyokongnya hari ini dengan diiringi Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK ), Dr Afif Bahardin.






 


View the original article here

Thursday, 6 November 2014

PILU!!! 5 Foto terakhir Rafikin sebelum maut

Gambar terakhir arwah Ahmad Rafikin Azman ini telah berjaya dirakam oleh salah seorang daripada pihak urusetia di awal perlumbaan acara Larian Antarabangsa Gunung Gajah Terom di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu hujung minggu yg lepas.



Ibu saudara arwah menyatakan anak saudaranya itu amat gemarkan aktiviti lasak dan penyertaannya dalam acara berkenaan telah dimaklumkn kepada ibu bapa dan keluarga.



Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains SMS Sultan Mahmud, Kuala Terengganu tersebut ditemui meninggal dunia sekitar jam 6.35 petang semalam. Ahmad Rafikin ditemui anggota pasukan mencari dan menyelamat tersepit di celah batu tidak jauh dari trek perlumbaan.




 











 


View the original article here

Thursday, 23 October 2014

BENAR!!! Kisah Pesanan Terakhir Seorang Ayah Buat Dua Anaknya Dan Bagaimanakah Mereka Berfikir..




Kisah ini hanyalah merupakan kisah rekaan namun ianya sarat dengan pengajaran tentang bagaimana cara kita berfikir untuk lebih berjaya pada masa hadapan. Bagaimana satu benda yg sama, boleh dilihat secara berbeza, bergantung kepada persepsi yang kita ada.





“MINDSET”



Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhir, dia memberi pesan kepada kedua anaknya:



“Anakku, dua pesan penting yang ingin ayah sampaikan kepadamu untuk keberhasilan hidupmu.”



“Pertama: Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun.”



“Kedua: Jangan sesekali tubuhmu terkena terik matahari secara langsung.”





5 TAHUN BERLALU:



Sang ibu menjenguk anak sulungnya dengan kedudukan perniagaannya yg sangat mendukacitakan.



Si ibu pun bertanya, “Wahai anak sulungku, kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”



Si sulung menjawab,



“Saya mengikuti pesan ayah bu…”



“Saya dilarang menagih hutang daripada siapa pun sehingga banyak hutang yg tidak dibayar dan lama² habislah modal saya.”



“Pesan yg kedua ayah melarang saya terkena sinar matahari secara langsung dan saya hanya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya pergi dan pulang kerja saya selalu naik teksi.”



Kemudian sang ibu pergi ke tempat si bongsu yg keadaannya berbeda jauh.



Si bongsu sukses menjalankan perniagaannya.



Sang ibu pun bertanya, “Wahai anak bongsuku, hidupmu sedemikian beruntung, apa rahasianya…?”



Si bongsu menjawab,



“Ini karena saya mengikuti pesan ayah bu..”



“Pesan yg pertama saya dilarang menagih hutang kepada siapapun. Oleh karena itu saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun sehingga modal saya tetap kukuh.”



“Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari secara langsung, maka dengan motorsikal yang saya ada saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan pulang setelah matahari terbenam, sehingga para pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup lebih lewat.”





Perhatikan..



Si Sulung dan Si Bongsu menerima pesan yang SAMA, namun masing-mading memiliki penafsiran dan sudut pandang atau MINDSET berbeza.



Mereka MELAKUKAN cara yg berbeza sehingga mendapatkan HASIL yang berbeza pula.



Hati-hatilah dengan Mindset kita..



Mindset positif memberi hasil menakjubkan, sebaliknya mindset negatif memberikan hasil menghancurkan.



Think positive….



The choice is yours..!





View the original article here