Showing posts with label Ingin. Show all posts
Showing posts with label Ingin. Show all posts

Monday, 27 October 2014

Sanggup Gadai Maruah Kerana Ingin Popular (10 GAMBAR)



Model ini dikatakan bakal memberi saingan kepada Gan Lulu, model dan selebriti

internet yg sering tampil dengan penampilan yg amat 53ksi.



Gan dikatakan akan hadir dengan penampilan yg lebih berani pada pameran auto

itu, namun tidak muncul pada akhirnya.



Dan kehadiran model berani baru ini, Wu Xi’er pastinya akan memberi ancaman

populariti kepada Gan. Ramai yg menggelar model baru ini sebagai “Gan Lulu #2?.

Dimaklumkan pihak penganjur Pusat Konvensyen dan Pameran Shenzen telah 

menghalang model tersebut daripada hadir pada hari berikutnya dek kerana kekalutan

yg  terjadi akibat keberaniaannya yg melampau!






















 


View the original article here

Tuesday, 21 October 2014

Hanez Suraya masih ingin berlakon


DIGAM stesen televisyen, Hanez tidak mengambil hati sebaliknya reda dengan apa yang berlaku.

PERNAH menimbulkan kontroversi kerana bercinta dengan suami orang, kini Hanez Suraya mengakui, rezekinya dalam bidang lakonan sedang tersekat. Lebih parah lagi, namanya seakan-akan digam oleh stesen televisyen.

Bukan langsung tidak ada tawaran yang datang, bagaimanapun setiap kali namanya dicadangkan oleh pihak produksi kepada stesen televisyen, pasti ada sahaja penolakan. Semuanya gara-gara kontroversi hitam yang pernah tercipta.

Sungguhpun begitu, pelakon yang popular dengan drama Love You Mr. Arrogant itu enggan menyalahkan mana-mana pihak kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Biarpun keadaan tidak memihak kepadanya, Hanez reda apabila namanya kini digam pihak stesen televisyen.






Bagi Hanez, rezeki ada di mana-mana, namun jauh di sudut hatinya, dia mengharapkan keadaan akan kembali normal seperti dahulu. Bukan mahu dijulang atau terus diulit populariti tetapi Hanez tidak mampu melupakan bidang lakonan yang sudah menjadi periuk nasinya selama ini.

Kosmo!: Adakah benar Hanez sudah tidak aktif sebagai pelakon?

HANEZ: Ya. Sekarang saya sudah tidak berlakon tetapi bukan kerana tidak ada tawaran sebaliknya nama saya dikatakan tidak akan mendapat kelulusan apabila dicadangkan oleh pihak produksi kepada stesen televisyen. Mereka bimbang kontroversi saya mengganggu perjalanan drama atau rating apabila drama disiarkan kelak. Saya faham dan saya reda dengan perkara itu.

Sejak bilakah tawaran lakonan anda semakin perlahan?

Sebenarnya, perkara itu berlarutan sejak kontroversi itu timbul lagi. Kontroversi saya mendapat perhatian satu Malaysia, tidak ada apa yang boleh saya lakukan kerana semuanya telah berlaku. Saya percaya rezeki ada di mana-mana, jika tidak di bidang lakonan, mungkin di bidang lain.

Adakah anda mengharapkan keadaan kembali seperti dahulu?

Sejujurnya, memang saya mahu keadaan kembali normal seperti sebelum kontroversi itu timbul. Mungkin saya harus berdiam diri buat sementara waktu, nanti apabila orang sudah lupa kontroversi itu, saya harap keadaan akan kembali seperti biasa.

Apakah anda serik apabila terlalu lantang dan terbuka tentang kisah peribadi sebelum ini?

Bukan serik, cuma kenyataan yang keluar daripada mulut saya diterima dengan cara berbeza oleh orang lain. Bagi mengelakkan perkara itu berlaku yang akhirnya memakan diri saya semula, lebih baik saya tidak berkongsi sebarang kisah peribadi selepas ini.

Bagaimanakah perasaan anda apabila kerjaya yang sebelum ini rancak, tergendala di tengah jalan kerana nama digam stesen televisyen?

Sedihlah sebab sebelum ini, apabila nama saya dicadangkan pihak produksi kepada stesen televisyen, tidak pernah pula ada sebarang penolakan. Bahkan, ada waktunya pihak stesen televisyen sendiri yang mencadangkan nama saya. Namun, siapa saya untuk menghalang mereka (pihak stesen televisyen) daripada berbuat demikian. Ramai lagi pelakon yang berbakat boleh diambil pihak stesen televisyen. Selepas kontroversi ini dilupakan orang ramai, memang saya berhasrat untuk kembali aktif berlakon.




Pada pendapat anda, apakah yang menyebabkan nama anda masih lagi ‘panas’ sedangkan kontroversi itu sudah lama berlalu?

Mungkin orang ramai masih tertunggu-tunggu apakah kesudahan kontroversi itu. Selagi belum ada sebarang kesudahan yang mutlak, nama saya masih tergantung di awangan dan masih lagi panas. Barangkali, selepas mereka tahu kesudahannya nanti, barulah nama saya kembali sejuk.

Selepas tidak aktif berlakon, bagaimanakah kehidupan anda?

Alhamdulillah, kehidupan saya seperti biasa dan tiada apa yang berubah. Saya masih Hanez yang dahulu, bezanya sekarang saya lebih banyak berehat. Walaupun sudah tidak aktif berlakon, rezeki saya terbuka dalam bidang yang lain. Sekarang saya sedang belajar berniaga secara kecil-kecilan. Buat masa ini, masih terlalu awal untuk saya kongsi tentang perniagaan saya, andai semuanya berjalan lancar, barulah saya akan kongsi kepada semua.

View the original article here

Sunday, 25 May 2014

Pasangan Panda Tunjuk Tanda Awal Ingin Mengawan




Feng Yi (kiri) dan Fu Wa


KUALA LUMPUR: Pasangan panda gergasi dari China, Fu Wa dan Feng Yi yang ditempatkan di Zoo Negara sejak tiga hari lepas, telah menunjukkan tanda-tanda ingin mengawan, kata Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia Rosly@Rahmat Ahmat Lan.

Beliau berkata tanda-tanda itu dikesan oleh anggota pasukan Zoo Negara yang khusus untuk menjaga dan menguruskan keperluan harian kedua-dua beruang panda itu sejak semalam.

"Sebenarnya tanda-tanda (ingin mengawan) itu sudah ada sebelum kedua-dua panda itu diterbangkan ke negara ini tetapi keadaan ini menjadi lebih jelas apabila mereka tiba dan dikuarantinkan di sini (Zoo Negara) untuk menyesuaikan diri.

 "Antara tanda-tandanya awal iaitu mereka akan mengeluarkan bunyi seperti kucing ingin mengawan dan pergerakan mereka yang luar biasa kerana ketika dikuarantinkan, sangkar mereka terletak hanya bersebelahan sahaja," katanya yang juga Timbalan Presiden Zoo Negara ketika dihubungi Bernama Jumaat.

 Rosly berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak China sama ada ingin membiarkan kedua-dua panda itu mengawan dan membiak secara semulajadi.

 "Hal ini kerana pasangan panda ini adalah dipinjamkan dari China dan simbolik kepada hubungan baik antara kedua-dua negara dan kami perlu berbincang dengan mereka (China)," katanya.

 Rosly berkata setakat ini kedua-dua beruang panda itu berada dalam keadaan sihat sejak proses kuarantin bermula sejak tiga hari lepas.

 "Beruang panda betina, Feng Yi kelihatan lebih aktif dan suka bergerak sejak hari pertama tiba di 'rumah baharu' mereka berbanding dengan panda jantan, Fu Wa yang lebih tenang dan masih dalam keadaan menyesuaikan diri. Walau bagaimanapun, kedua-dua beruang panda itu sangat berselera iaitu mengambil kira-kira 30kg makanan setiap hari antaranya buluh dan rebung," katanya.

 Pasangan beruang panda yang merupakan simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China, tiba di sini dari Chengdu, China Rabu lepas bagi memulakan kehidupan baharu di perantauan selama 10 tahun.

 Pasangan beruang panda itu, yang dipinjamkan menerusi Program Perjanjian Kerjasama Pemuliharaan Antarabangsa Panda Gergasi Malaysia-China, akan dikuarantinkan kira-kira sebulan di tempat khas di Zoo Negara di Hulu Klang, bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

 Melalui program yang ditandatangani pada 2012, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan pemuliharaan panda gergasi selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan dalam bidang itu.


Sumber mStar Online