Showing posts with label Tanda. Show all posts
Showing posts with label Tanda. Show all posts

Tuesday, 27 May 2014

Lelaki Perlu Tahu Tanda Wanita Menggoda Lelaki



Selama ini mungkin anda berangapan semua wanita sama dan tidak ada yang special kononnya. Padahal, satu di antara mereka pastinya ada yang membuatkan hati anda tergugat.

Bayangkan ada seorang wanita yang mulai mendekati anda dengan panggilan mesra merupakan teknik awal yang sering kali dilakukan oleh wanita apabila hendak mendekati lelaki. Setelah itu, wanita yang menghampiri anda akan cuba mencuri perhatian anda dengan memainkan rambut indahnya.

Renungan Mata 
Lelaki yang berani merenung terus kedua mata wanita adalah salah satu cara berkomunikasi. Oleh kerana itu, wanita tersebut tidak akan merasa malu lagi kerana itu lah cara untuk menarik hati si dia.

Sentuhan 
Wanita yang mulai memberikan sentuhan kepada anda, bererti dia sudah bersedia memberikan kehangatan, anda hanya tinggal untuk membalas seberapa besar aksi wanita tersebut.

Mempelajari bahasa tubuh anda
Wanita yang rajin memperhatikan bahasa tubuh Anda dengan renungan menikam kalbu, bererti ingin mendekati anda ke tahap yang lebih serius, berkemungkinan wanita itu inginkan kasih sayang anda dalam percintaan.

Menutup hati dari lelaki lain 
Wanita yang sedang tergoda dengan seorang lelaki akan menutup hatinya untuk orang lain. Di matanya, hanya andalah yang berjaya mencuri hatinya.

Ekspos bagian bibir 
Wanita yang sedang jatuh cinta berusaha menarik perhatian anda. Wanita akan lakukan apa sahaja serta berusaha menarik perhatian anda, ada wanita akan berhias agar kelihatan cantik dimata anda.

Senyum 
Wanita tetap melempar senyum termanis di hadapan lelaki pujaannya. Harapannya, moga anda jatuh dalam pelukannya.

 

Sunday, 25 May 2014

Pasangan Panda Tunjuk Tanda Awal Ingin Mengawan




Feng Yi (kiri) dan Fu Wa


KUALA LUMPUR: Pasangan panda gergasi dari China, Fu Wa dan Feng Yi yang ditempatkan di Zoo Negara sejak tiga hari lepas, telah menunjukkan tanda-tanda ingin mengawan, kata Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia Rosly@Rahmat Ahmat Lan.

Beliau berkata tanda-tanda itu dikesan oleh anggota pasukan Zoo Negara yang khusus untuk menjaga dan menguruskan keperluan harian kedua-dua beruang panda itu sejak semalam.

"Sebenarnya tanda-tanda (ingin mengawan) itu sudah ada sebelum kedua-dua panda itu diterbangkan ke negara ini tetapi keadaan ini menjadi lebih jelas apabila mereka tiba dan dikuarantinkan di sini (Zoo Negara) untuk menyesuaikan diri.

 "Antara tanda-tandanya awal iaitu mereka akan mengeluarkan bunyi seperti kucing ingin mengawan dan pergerakan mereka yang luar biasa kerana ketika dikuarantinkan, sangkar mereka terletak hanya bersebelahan sahaja," katanya yang juga Timbalan Presiden Zoo Negara ketika dihubungi Bernama Jumaat.

 Rosly berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak China sama ada ingin membiarkan kedua-dua panda itu mengawan dan membiak secara semulajadi.

 "Hal ini kerana pasangan panda ini adalah dipinjamkan dari China dan simbolik kepada hubungan baik antara kedua-dua negara dan kami perlu berbincang dengan mereka (China)," katanya.

 Rosly berkata setakat ini kedua-dua beruang panda itu berada dalam keadaan sihat sejak proses kuarantin bermula sejak tiga hari lepas.

 "Beruang panda betina, Feng Yi kelihatan lebih aktif dan suka bergerak sejak hari pertama tiba di 'rumah baharu' mereka berbanding dengan panda jantan, Fu Wa yang lebih tenang dan masih dalam keadaan menyesuaikan diri. Walau bagaimanapun, kedua-dua beruang panda itu sangat berselera iaitu mengambil kira-kira 30kg makanan setiap hari antaranya buluh dan rebung," katanya.

 Pasangan beruang panda yang merupakan simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China, tiba di sini dari Chengdu, China Rabu lepas bagi memulakan kehidupan baharu di perantauan selama 10 tahun.

 Pasangan beruang panda itu, yang dipinjamkan menerusi Program Perjanjian Kerjasama Pemuliharaan Antarabangsa Panda Gergasi Malaysia-China, akan dikuarantinkan kira-kira sebulan di tempat khas di Zoo Negara di Hulu Klang, bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

 Melalui program yang ditandatangani pada 2012, Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan pemuliharaan panda gergasi selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan dalam bidang itu.


Sumber mStar Online