Showing posts with label Peluang. Show all posts
Showing posts with label Peluang. Show all posts
Thursday, 30 October 2014
ARTIS!!! Tomok Nafi Elak Keluar Media, Beri Peluang Muka Baru
Penyanyi Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok menjelaskan yg dia bukanlah tidak mahu untuk mengadakan sesi photoshoot apabila dipanggil oleh wartawan untuk sesuatu akhbar atau majalah tetapi dia lebih selesa untuk melakukannya sekiranya mempunyai produk atau album baru untuk dikongsikan bersama peminat.
Jelasnya, zaman photoshoot ini adalah zaman ketika bersama New Boyz dahulu dan merasakan sudah tiba masanya untuk memberikan peluang kepada artis yg lain untuk mempromosikan karya mereka pula di dada dada media.
“Tomok dah lalui zaman photoshoot dan sekarang umur Tomok sudah 30 tahun. Bagilah peluang pula kepada anak-anak muda untuk mereka berkarya. Tomok lebih suka untuk buat photoshoot sekiranya mempunyai produk atau album untuk diceritakan dan dikongsi bersama peminat,” katanya semasa majlis pelancaran albumnya yg kedua berjudul Aku Datang
.
Tomok juga bakal menyambut kelahiran cahaya mata yg kedua tidak lama lagi. Bagaimanapun tidak ada persiapan yg begitu mewah, dan ianya hanyalah sekadar persiapan biasa seperti menyambut anaknya yg pertama iaitu, Arrianshah Akid.
Melihatkan jadual dan kesibukan Tomok dalam rangka promosi albumnya yg terbaru ini dan juga beberapa kerjayanya yg lain, dia memaklumkan bahawa masih lagi sempat untuk meluangkan masa bersama keluarga yg tercinta.
“Persiapan biasa biasa sahaja. Dari segi masa, rasanya tidak ada masalah isteri sudah tahu mengenai tugas dan kerjaya sebagai artis. Dari dahulu sebelum kahwin pun kami ada berbincang mengenai ini. Cuma apabila saya mahu ke mana-mana saya akan hantar isteri ke rumah mertua atau ke rumah mak saya,” katanya.
Sementara itu, Tomok melancarkan albumnya yg kedua berjudul Aku Datang
yg bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur kelmarin. Albumnya yg mengandungi 7 buah lagu itu dijangka akan mendapat sambutan daripada peminatnya seluruh tanah air.
Selain itu, Tomok dan rakan-rakannya seperti Black Hanifah, RJ, SSK, Radhi OAG dan Shiha akan mengadakan Road Tour Aku Datang
di tempat-tempat yg terpillih di seluruh Malaysia termasuklah Sabah Dan Sarawak sekitar November ini.
Thursday, 9 October 2014
ARTIS Hanez Suraya Rayu Stesen TV Beri Dirinya Peluang Kedua
Apakah nasib yg menimpa pelakon kontroversi ini. Terkini Hanes Suraya menejelaskan yg dia semakin kurang mendapat tawaran lakonan. Stesen televisyen seolah-olah memboikotnya setelah peristiwa kisah cinta dengan suami orang yg mana satu-persatu didedahkan oleh media tempatan.
Berikut adalah luahan hatinya.
“Benda sudah berlaku, tiada guna untuk saya menyesal kerana semua itu berpunca daripada kesilapan sendiri. Salah saya kerana terlalu terbuka, tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Cuma saya terkilan apabila terus dihukum kerana kesilapan semalam sehingga ruang untuk saya kembali berkarya semakin sempit. Memang saya berdosa tetapi wajarkah saya dihukum hingga langsung tidak diberi peluang meneruskan minat dalam bidang seni?
“Setiap orang berhak mendapat peluang kedua untuk memperbetulkan semula kesilapan tetapi mengapa saya tidak diberi kesempatan itu? Saya tidak mengeluh sebaliknya berharap mereka yg mempunyai kuasa untuk memberikan semula kesempatan bagi saya membuktikan kesungguhan sebagai pelakon,” katanya memetik laporan sebuah akhbar mingguan, baru-baru ini.
Mungkin disebabkan perkara yg lepas itu masih hangat di ingatan peminat dan masih baru mungkin stesyen-stesyen television belum lagi ingin menampilkan Hanez dalam mana-mana lakonan. Bagaimanapun semoga perkara ini menjadi tauladan kepada selebriti-selebrti lain yg peminat-peminat semua amat menitik beratkan perangai di luar lakonan dan bukan sekadar rupa ataupun seni.
Subscribe to:
Posts (Atom)