Showing posts with label Tomok. Show all posts
Showing posts with label Tomok. Show all posts

Friday, 14 November 2014

COMEL !! Anak Tomok, Arrian Yang Sangat Comel

Tomok satu nama yg tidak asing lagi, beliau popular seawal usia remaja lagi. Sehinggalah beliau berkahwin, populariti beliau tidak pernah surut malah semakin popular.




Jika diikutkan laman sosial Instagram milik Tomok (#tomokofficial) memang cuku ceria dengan kelibat anaknya Arrian. Asal sahaja muatnaik gambarnya pasti ramai yg ‘love’ gambar berkenaan mencecah ribuan.

Tomok akui memetik portal MyMetro yg anaknya yg berusia 3 tahun itu juga membuatkan dirinya sebagai ‘penarik’ dengan bertambah popular dikalangan peminatnya buat masa ini.

Namun Tomok bersikap tegas di dalam mendidik anaknya, enggan menerima tawaran apa-apa untuk anak kesayangannya itu.




“Saya sedar gambar Arrian akan menerima ‘like’ yg banyak daripada peminat. Biasalah budak kecil memang nampak comel. Apabila kami bawa dia keluar berjalan-jalan, pasti ada yg nak bergambar dengannya.

“Arrian memang dikenali ramai, tapi saya tak nak dikatakan ambil kesempatan mencari keuntungan menerusi popularitinya. Dia masih kecil dan tak sesuai untuk dikete­ngahkan dalam bidang ini.

“Memang betul sebelum ini ada tawaran daripada beberapa pihak untuk ambil dia sebagai model, tapi saya menolak kerana mempunyai alasan sendiri. Kami berdua seboleh mungkin tak nak terlalu mendedahkan Arrian kepada bidang hiburan kerana mahu dia membesar seperti kanak-kanak lain.

“Cukuplah kami berkongsi keletah dan perkembangannya di laman sosial dan peminat boleh mengikutinya di sini. Tak perlulah saya nak kete­ngahkan dia secara langsung dalam bidang seni,” -Tomok






















 


View the original article here

Thursday, 30 October 2014

ARTIS!!! Tomok Nafi Elak Keluar Media, Beri Peluang Muka Baru


Penyanyi Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok menjelaskan yg dia bukanlah tidak mahu untuk mengadakan sesi photoshoot apabila dipanggil oleh wartawan untuk sesuatu akhbar atau majalah tetapi dia lebih selesa untuk melakukannya sekiranya mempunyai produk atau album baru untuk dikongsikan bersama peminat.

Jelasnya, zaman photoshoot ini adalah zaman ketika bersama New Boyz dahulu dan merasakan sudah tiba masanya untuk memberikan peluang kepada artis yg lain untuk mempromosikan karya mereka pula di dada dada media.

“Tomok dah lalui zaman photoshoot dan sekarang umur Tomok sudah 30 tahun. Bagilah peluang pula kepada anak-anak muda untuk mereka berkarya. Tomok lebih suka untuk buat photoshoot sekiranya mempunyai produk atau album untuk diceritakan dan dikongsi bersama peminat,” katanya semasa majlis pelancaran albumnya yg kedua berjudul Aku Datang
.
Tomok juga bakal menyambut kelahiran cahaya mata yg kedua tidak lama lagi. Bagaimanapun tidak ada persiapan yg begitu mewah, dan ianya hanyalah sekadar persiapan biasa seperti menyambut anaknya yg pertama iaitu, Arrianshah Akid.

Melihatkan jadual dan kesibukan Tomok dalam rangka promosi albumnya yg terbaru ini dan juga beberapa kerjayanya yg lain, dia memaklumkan bahawa masih lagi sempat untuk meluangkan masa bersama keluarga yg tercinta.

“Persiapan biasa biasa sahaja. Dari segi masa, rasanya tidak ada masalah isteri sudah tahu mengenai tugas dan kerjaya sebagai artis. Dari dahulu sebelum kahwin pun kami ada berbincang mengenai ini. Cuma apabila saya mahu ke mana-mana saya akan hantar isteri ke rumah mertua atau ke rumah mak saya,” katanya.

Sementara itu, Tomok melancarkan albumnya yg kedua berjudul Aku Datang
yg bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur kelmarin. Albumnya yg mengandungi 7 buah lagu itu dijangka akan mendapat sambutan daripada peminatnya seluruh tanah air.
Selain itu, Tomok dan rakan-rakannya seperti Black Hanifah, RJ, SSK, Radhi OAG dan Shiha akan mengadakan Road Tour Aku Datang
di tempat-tempat yg terpillih di seluruh Malaysia termasuklah Sabah Dan Sarawak sekitar November ini.

View the original article here

Monday, 13 October 2014

ARTIS Gambar Anak Tomok, Arrian Yang Tersangat COMEL!

Siapa yg ada akaun instagram,pasti mengenali anak Tomok, iaitu Arrian.

Comel dan bijak.. Setiap kali gambar dan video dimuatnaik pasti mendapat like yg banyak.


Jom tengok beberapa gambar terkini Arrian yg cute/comel sangat.













 


View the original article here