Showing posts with label Surihani. Show all posts
Showing posts with label Surihani. Show all posts

Monday, 17 November 2014

GOSIP!!! Adegan Panas Peluk Lisa Surihani Dan Miera Liyana, Fizz Fairuz Mohon Maaf



Saya minta maaf awal-awal atas beberapa babak yg menjolok mata. Ini adalah dunia seni saya. Saya jalani filem ini dua tahun lalu, sewaktu itu saya belum kahwin... saya dapat peluk Lisa, dapat peluk Miera.

Saya tidak ambil kesempatan. Tapi ini adalah tanggungjawab dan saya buat itu adalah atas dasar anak seni, demikian kata Fizz Fairuz ekoran isu babak panas lakonannya dalam filem 'Dendam Orang Mati'.

Fizz Fairuz ditemui media ketika previu filem tersebut di e@curve, kelmarin. Semuanya bermula disebabkan karya arahan pengarah Jason Chong yg memerlukan Fizz memegang watak seorang suami kepada dua orang isteri iaitu Lena lakonan Lisa Surihani dan Min lakonan Miera Liyana.

Ia menjadi bualan media apabila babak panas Fizz bersama Miera Liyana ditonjolkan di kolam renang juga babak ranjang yg agak panas.


Saya terima tawaran filem ini kerana saya tahu yg heroin saya ialah Lisa Surihani. Kedua, saya tak pernah lagi bekerja dengan Jason, ini kali pertama.

Sewaktu penggambaran saya tak berapa faham apa sebenarnya yg Jason mahukan, apa shoot yg dia nak rakamkan. Sampaikan saya pernah anggap yg pengarah saya ini gila.




Tapi selepas saya menonton filem ini, saya boleh katakan yang saya sangat berpuas hati. Banyak ilmu yang saya dapat belajar sepanjang penggambaran filem ni. Lisa juga sangat baik dan memberikan lakonannya sekaligu membantu untuk saya mengeluarkan watak saya.

Walaupun kami terpaksa jalani penggambaran berjam-jam lamanya, ada yang sampai 28 jam, tapi ia berbaloi. Masa tayangan tadi, ada babak yg saya sendiri pun tutup mata, tambah Fizz dipetik sebagai berkata.

Untuk info, filem terbitan Kru Studios ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam mulai 23 Oktober 2014.

KAMI


View the original article here

Thursday, 23 October 2014

OH MALAYSIA!!! Adegan Aksi Di Peluk Lisa Surihani Dan Miera Liyana Berbikini Basah [4 Gambar]





Terkedu dan terkesima. Itulah reaksi kami bila tonton filem ‘Dendam Orang Mati’

lakonan mereka. Gila tak cemas bila menyaksikan Miera Liyana berbikini sambil

berenang kemudian Fizz Fairuz pula membalutkan tubuh Miera dengan tuala.

Adegan Panas Peluk Lisa Surihani Dan Miera Liyana, Fizz Fairuz Mohon Maaf

Saya minta maaf awal-awal atas beberapa babak yg menjolok mata. Ini adalah 

dunia seni saya. Saya jalani filem ini dua tahun lalu, sewaktu itu saya belum kahwin... 

saya dapat peluk Lisa, dapat peluk Miera.







Saya tidak ambil kesempatan. Tapi ini adalah tanggungjawab dan saya buat itu 

adalah atas dasar anak seni, demikian kata Fizz Fairuz ekoran isu babak panas 

lakonannya dalam filem 'Dendam Orang Mati'.

Fizz Fairuz ditemui media ketika previu filem tersebut di e@curve, kelmarin. Semuanya 

bermula disebabkan karya arahan pengarah Jason Chong yg memerlukan Fizz 

memegang watak seorang suami kepada dua orang isteri iaitu Lena lakonan Lisa 

Surihani dan Min lakonan Miera Liyana.

Ia menjadi bualan media apabila babak panas Fizz bersama Miera Liyana ditonjolkan 

di kolam renang juga babak ranjang yg agak panas.







Saya terima tawaran filem ini kerana saya tahu yg heroin saya ialah Lisa Surihani. 

Kedua, saya tak pernah lagi bekerja dengan Jason, ini kali pertama.

Sewaktu penggambaran saya tak berapa faham apa sebenarnya yg Jason mahukan, 

apa shoot yg dia nak rakamkan. Sampaikan saya pernah anggap yg pengarah 

saya ini gila.






Tapi selepas saya menonton filem ini, saya boleh katakan yg saya sangat berpuas 

hati. Banyak ilmu yg saya dapat belajar sepanjang penggambaran filem ni. Lisa juga

sangat baik dan memberikan lakonannya sekaligus membantu untuk saya mengeluarkan 

watak saya.


Walaupun kami terpaksa jalani penggambaran berjam-jam lamanya, ada yg sampai 

28 jam, tapi ia berbaloi. Masa tayangan tadi, ada babak yg saya sendiri pun tutup

mata, tambah Fizz dipetik sebagai berkata.Untuk info, filem terbitan Kru Studios ini 
bakal menemui penonton di seluruh pawagam mulai 23 Oktober 2014






 


View the original article here

Thursday, 25 September 2014

Pendirian Lisa Surihani



UMUM mengetahui media sosial memainkan peranan besar kepada industri seni kini. Sama ada Twitter, Facebook mahupun Instagram semuanya memberikan impak kepada jatuh dan bangun seseorang anak seni itu.

Lebih memburukkan keadaan apabila laman sosial digunakan untuk mengkritik, menghukum dan mengaibkan segelintir selebriti yang tidak disenangi 'keyboard warrior' ini.

Pun begitu bukan semua, laman sosial masih menjadi perantara antara peminat dan selebriti kesayangan mereka untuk memberikan sokongan dan pujian.

Aktres manis ini juga tidak terkecuali, pernah menjadi mangsa 'hatters' sebelum ini, dia mengakui tidak mahu ambil pusing dengan perkara seumpama itu.

Bagi pelakon Istanbul Aku Datang ini, dengan apa juga yang dia lakukan dalam hidup, kita pasti akan diuji dengan pelbagai cabaran.






"Apa juga industri yang kita masuk, akan ada macam-macam keadaan, situasi dan perkara yang perlu kita hadapi.

"Tambah-tambah lagi dengan adanya media sosial, memang banyak komen yang pelbagai sifatnya akan dimuat naik.

"Tetapi bagi saya, tidak perlu hendak susah hati, tertekan atau sebagainya. Saya hanya ambil mudah dengan perkara-perkara begitu," kata Lisa Surihani ketika ditemui di majlis sidang media P.Ramlee The Musical di Glenmarie Golf & Country Club, di sini.

Ditebak pertanyaan adakah dia membaca komen-komen yang diberikan kepadanya, akui Lisa, tipu jika dia kata tidak pernah membaca komen tersebut.

"Bagaimanapun, terpulang kepada kita bagaimana hendak mengawal situasi itu. "Sebenarnya boleh sahaja hendak 'block' mana-mana pengikut untuk elakkan benda yang tak elok, tetapi kalau biarkan pun tak salah.

"Seperti saya katakan saya tak mahu fikir sangat mengenai perkara itu," katanya.

Hormat satu sama lain!

Tidak tertumpu kepada isu laman sosial, 'hatters' dan 'keyboard warrior', dunia seni terus menjadi perhatian apabila timbul isu kurang enak antara selebriti tempatan yang dikaitkan dengan media.

Menyedari isu tersebut, isteri kepada Yusry KRU ini memberitahu, sememangnya media memainkan peranan penting dalam industri seni.

Umum mengetahui Lisa antara selebriti yang cukup disenangi media kerana sikapnya yang merendah diri dan mesra dengan orang sekelilingnya.

Berkongsi pandangannya, Lisa berkata, apa yang penting untuk menjaga hubungan kedua pihak adalah dengan menghormati antara satu sama lain.

"Asalkan masing-masing hormat-menghormati pasti tidak timbul masalah.

"Saya hormat media dan media hormat saya sebagai orang yang cari rezeki dalam bidang ini sudah memadai," katanya.

Baginya, bukan sahaja dengan media sebaliknya dengan semua pihak.

"Jangan sesekali kita menyinggung sesiapa, Insya-ALLAH semuanya akan berjalan dengan lancar," katanya.

Bintangi teater muzikal P. Ramlee

Mengenai penglibatannya dalam teater muzikal P.Ramlee yang bakal dipentaskan di Istana Budaya bermula 3 hingga 12 Oktober ini, ujar Lisa, ini adalah pertama kali dia memainkan peranan dalam teater legenda.

"Apabila diberi peluang sebegini, saya rasa sangat berbesar hati, lagipun pementasan ini di bawah sebuah produksi atau institusi yang boleh dikatakan terbaik dalam pementasan teater, muzikal dan sebagainya.

"Mereka sangat mementingkan nilai pementasan, sebab itu apabila mendapat tawaran ini saya benar-benar bersyukur," katanya memainkan peranan Junaidah iaitu isteri pertama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Tambahnya, dia rugi jika menolak tawaran tersebut kerana untuk mendapatkan watak itu dia perlu menjalani 'audition' terlebih dahulu.

"Saya perlu ambil cabaran ini, Alhamdulillah, dengan bantuan pengarah, kelas vokal, tarian dan nyanyian saya akan cuba memberikan yang terbaik," akuinya ia satu pengalaman yang menakjubkan.

Teater yang sudah memasuki musim ketiga ini, dipentaskan oleh Produksi Enfiniti's yang mendapat sentuhan Datin Seri Tiara Jacquelina sebagai Penerbit Eksekutif dan Pat Ibrahim sebagai pengarah dan kareografer.

Selain Lisa, ia turut dijayakan Tony Eusoff, Nadia Aqilah, Datuk Aznil Nawawi, Douglas Lim, Tengku Eidil Putra dan Tiara Jacquelina sendiri.




Yusry kawan baik

Tidak lokek berkongsi kisah rumah tangganya, akui Lisa, usia dua tahun setengah adalah masih baharu bagi mana-mana pasangan yang berkahwin.

"Apa pun, saya sangat bersyukur kerana Yusry bukan setakat suami yang mampu menjaga saya dengan baik.

"Dia juga kawan baik dan pendorong terbaik dalam kehidupan saya.

"Komunikasi itu penting, lebih-lebih lagi kami dalam industri yang sama. Jadi, kami boleh berborak dan sentiasa menyokong antara satu sama lain," katanya
tersenyum.

Jelas Lisa, Yusry juga tidak pernah menghalang dia berlakon dengan mana-mana produksi lain selain produksi milik suaminya.

"Dia tiada masalah saya nak berlakon bawah mana-mana produksi, dia bukan macam tu. Dia sentiasa beri peluang kepada saya," katanya popular dengan program travel log, Passport Cinta yang dikendalikan bersama Yusry.

Selain itu, Lisa juga akan muncul dengan filem terbaharunya, Dendam Orang Mati Oktober nanti.

View the original article here

Wednesday, 21 May 2014

Lisa Surihani Takut Tonton Cerita Seram

Pelakon dan pengacara Lisa Surihani merupakan seorang yang penakut dan tidak akan menonton atau mendengar kisah seram terutamanya cerita-cerita hantu.



Lisa, 28, berkata, dia mengalami perasaan takut sejak kecil dan sering terbawa-bawa perasaan itu ketika bersendirian.

“Saya bukan seorang yang suka dengar cerita hantu dan saya tidak faham kenapa orang tengok cerita sebegitu?

“Sejak kecil lagi saya memang takut untuk menonton cerita hantu kerana ia akan menggangu tidur saya,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran HBO Sentral Bahasa Malaysia, di Hotel Grand Hyatt, di sini pada Isnin.

Lisa Surihani turut diumum sebagai hos pertama rancangan yang memaparkan filem-filem terbaharu di pawagam dalam versi bahasa Malaysia.

Bagaimanapun, Lisa berkata, dia pernah menerima tawaran berlakon filem genre tersebut berjudul Dendam Orang Mati.

“Selalunya saya memang tolak mentah-mentah filem genre seram, namun ada satu filem berjudul Dendam Orang Mati yang saya terima kerana watak saya dalam filem itu sangat mencabar.

“Ia cerita psiko tetapi lokasi penggambaran di tempat-tempat yang memang menakutkan dan saya terpaksa meminta suami (Yusry Abdul Halim) untuk menemani saya ketika di lokasi,” katanya.

Tambah Lisa, dia juga terkilan kerana disebabkan perasaan takut itu juga dia tidak dapat memberikan sokongan kepada kawan-kawan baiknya yang berlakon dalam filem-filem seram.

Dalam pada itu, Lisa yang mengacarakan program HBO Sentral itu mengakui teruja dan berbesar hati kerana menjadi hos pertama rancangan tersebut.

Dia akan memastikan cara penyampaian agar lebih interaktif bagi menyalurkan maklumat tentang filem-filem terbaharu di pawagam.

“Saya seorang pelakon dan peminat filem, jadi saya berbangga apabila Astro memilih saya untuk menjadi hos rancangan ini.

“Mereka mahu saya bawa rancangan ini mengikut cara saya sendiri, namun apa yang sukar apabila saya terpaksa bercakap sendirian di skrin hijau dengan hanya membayangkan apa yang keluar di televisyen,” ujarnya.

Episod pertama HBO Sentral akan bersiaran pada 27 April ini, pukul 7.15 malam di saluran HBO (saluran 411/431). -mStar Online