Showing posts with label Takut. Show all posts
Showing posts with label Takut. Show all posts

Tuesday, 28 October 2014

TAKUT TAK!!! 11 Pokok Yang Menjadi Tempat Tinggal Hantu..







Anda patut tahu tentang info ini untuk mengelakkan diganggu oleh makluk halus. Bak kata orang, jangan sengaja cari pasal. Betul tak?



Selain rumah kosong, pokok juga dipercayai menjadi tempat tinggal hantu atau makhluk halus. Ada pokok yg menjadi tempat tinggal makhluk halus ada juga yg menjadi tempat tinggal pontianak atau pocong.



Malahan mungkin diantara anda semua pernah ada pengalaman menjumpai pontianak sedang bertenggek di atas dahan pokok?



Dibawah ini adalah beberapa jenis pokok yg di katakan oleh orang tua dulu-dulu yg di geruni dan menjadi tempat tinggal hantu.Silahkan baca dengan teliti pokok-pokok yg menjadi tempat tinggal hantu ini.





Pokok Ara

Pokok ara yg mirip dengan pokok beringin merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu.





Pokok Kekabu

Pohon kekabu atau kapuk merupakan pokok yg menjadi tempat tinggal puntianak.





Pokok Ciku

Pokok ciku adalah tempat tinggal puntianak dan genderuwo maka dari itu jika sudah memasuki waktu azan maghrib elakkan pokok ini kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran.





Pokok Saga

Tidak diketahui menjadi tempat tinggal hantu apa tapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.Kesan dari pokok ini yg tua dan menyeramkan memang sesuai menjadi tempat hantu.





Pokok Asam Jawa

Pokok Asam Jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau puntianak terutama pokok yg umurnya sudah bertahun-tahun.





Pokok Pisang

Pokok pisang (pokok pisang yang berkumpul serumpun) merupakan tempat tinggal puntianak dan pocong.





Pokok Buluh

Pokok ini menjadi salah satu tempat yg disukai oleh puntianak.Pernah suatu masa di kampung saya ada pemandu teksi melihat puntianak sedang duduk di atas pokok buluh.Harus di ingat, pokok buluh yg saya maksudkan adalah pokok buluh biasa bukan pokok buluh kuning kerana buluh kuning ialah penolak bala jadi pasti pokok buluh kuning di takuti oleh. 





Pokok Nangka

Pokok nangka juga dipercayai sebagai tempat tinggal hantu.





Pokok Beringin

Pokok beringin adalah tempat kesukaan makhluk halus (Genderuwo),Terutama beringin yg sudah tua dan mempunyai janggut (akar yang berjuntaian). Bila kita mematahkan janggut beringin tersebut dan kebetulan pokok beringin itu di huni makhluk halus maka kita akan terus sakit dan bila lambat diubati kepada orang pintar mungkin nyawa taruhannya.





Pokok Sukun

Pokok ini biasanya menjadi tempat tinggal pocong.





Pokok Bacang

Pokok ini biasanya dijadikan tempat bermain toyol.Buah dari pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma buah bacang bentuknya lebih bulat dan seratnya banyak.





Apabila di persekitaran tempat tinggal anda ada pokok-pokok yg di atas, elakkan melalui dibawah pokok tersebut pada malam hari ataupun jika terpaksa.



Jangan lupa membaca doa dan meminta perlindungan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan makhluk halus.





View the original article here

Sunday, 7 September 2014

GEMPAR! Kerana Takut Putus Cinta Gadis Melayu Hantar Gambar Terlampau Pada Teman Lelaki


Apakah yang dimaksudkan dengan cinta? Cinta bermakna hubungan antara dua insan lelaki dan perempuan yang saling menyintai dan menyayangi disatukan. Tetapi pada hari ini, kebanyakkannya cinta pada hari ini hanyalah berlandaskan hawa nafsu serta permainan syaitan yang tidak leka menghasut lelaki dan perempuan untuk melakukan maksiat.



Jadi kepada kaum wanita anda diberikan akal untuk berfikir anda boleh mengetahui samada pasangan anda jujur dengan anda atau sekadar memuaskan nafsu terhadap anda jadi berfikirlah semoga anda cepat tersedar dari pencintaan yang dusta belaka. Janganlah anda wahai kaum hawa terpedaya dengan tipu helah dan madah berhala dunia yang penuh dengan fana ini.

Sumber : hmetroo.blogspot.com

View the original article here

Wednesday, 21 May 2014

Lisa Surihani Takut Tonton Cerita Seram

Pelakon dan pengacara Lisa Surihani merupakan seorang yang penakut dan tidak akan menonton atau mendengar kisah seram terutamanya cerita-cerita hantu.



Lisa, 28, berkata, dia mengalami perasaan takut sejak kecil dan sering terbawa-bawa perasaan itu ketika bersendirian.

“Saya bukan seorang yang suka dengar cerita hantu dan saya tidak faham kenapa orang tengok cerita sebegitu?

“Sejak kecil lagi saya memang takut untuk menonton cerita hantu kerana ia akan menggangu tidur saya,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran HBO Sentral Bahasa Malaysia, di Hotel Grand Hyatt, di sini pada Isnin.

Lisa Surihani turut diumum sebagai hos pertama rancangan yang memaparkan filem-filem terbaharu di pawagam dalam versi bahasa Malaysia.

Bagaimanapun, Lisa berkata, dia pernah menerima tawaran berlakon filem genre tersebut berjudul Dendam Orang Mati.

“Selalunya saya memang tolak mentah-mentah filem genre seram, namun ada satu filem berjudul Dendam Orang Mati yang saya terima kerana watak saya dalam filem itu sangat mencabar.

“Ia cerita psiko tetapi lokasi penggambaran di tempat-tempat yang memang menakutkan dan saya terpaksa meminta suami (Yusry Abdul Halim) untuk menemani saya ketika di lokasi,” katanya.

Tambah Lisa, dia juga terkilan kerana disebabkan perasaan takut itu juga dia tidak dapat memberikan sokongan kepada kawan-kawan baiknya yang berlakon dalam filem-filem seram.

Dalam pada itu, Lisa yang mengacarakan program HBO Sentral itu mengakui teruja dan berbesar hati kerana menjadi hos pertama rancangan tersebut.

Dia akan memastikan cara penyampaian agar lebih interaktif bagi menyalurkan maklumat tentang filem-filem terbaharu di pawagam.

“Saya seorang pelakon dan peminat filem, jadi saya berbangga apabila Astro memilih saya untuk menjadi hos rancangan ini.

“Mereka mahu saya bawa rancangan ini mengikut cara saya sendiri, namun apa yang sukar apabila saya terpaksa bercakap sendirian di skrin hijau dengan hanya membayangkan apa yang keluar di televisyen,” ujarnya.

Episod pertama HBO Sentral akan bersiaran pada 27 April ini, pukul 7.15 malam di saluran HBO (saluran 411/431). -mStar Online