DI Jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu inilah lokasi Tuck Li dilihat terjun ke dalam Sungai Kelantan malam kelmarin
KOTA BHARU - Seorang eksekutif jualan sempat mengucapkan "selamat tinggal" kepada isterinya menerusi telefon bimbit sebelum dia kemudian dipercayai terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini malam kelmarin.
Kejadian itu berlaku pada pukul 9.20 malam tetapi sehingga pukul 5 petang semalam nasib Yoon Tuck Li, 28, belum diketahui.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, seorang saksi mendakwa melihat tindakan mangsa yang memberhentikan kereta Honda City yang dipandunya di tepi jambatan tersebut sebelum dia kemudian terjun ke dalam sungai itu.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
No comments:
Post a Comment