Showing posts with label SETELAH. Show all posts
Showing posts with label SETELAH. Show all posts

Friday, 24 October 2014

OH HANEZKU!!! Hanez Suraya Kini Kembali Setelah 6 Bulan Digam Stesen TV


Alhamdulillah, Kalau dah rezeki tak ke mana. Secara jujur, sedih juga apabila membaca luahan hati Hanez Suraya mengenai dirinya yg digam oleh stesen televisyen.

Apabila ada penerbit mencadangkan namanya untuk drama, stesen televisyen akan meminta agar nama Hanez Suraya digugurkan kerana takut rating jatuh.

Kini selepas 6 bulan tidak berlakon, pelakon penuh kontroversi ini boleh menarik nafas lega kerana namanya kembali diterima oleh stesen televisyen.

Bakal berlakon dengan Aaron Aziz dan Nora Danish dalam sebuah supertelefilem, Hanez Suraya juga akan muncul dalam drama Cikgu Timah Sekolah Bandar yg akan disiarkan di Astro.

Nampaknya kesabaran dan rayuan yg dibuat oleh Hanez telah berhasil. Semoga Hanez tidak mempersia-siakan peluang kedua ini. Kata Hanez:





Mutu lakonan Hanez Suraya terutamanya dalam drama Love You Mr Arrogant memang amat memberangsangkan.

Jika ditolak ke tepi kontroversinya, Hanez adalah salah seorang pelakon yg benar-benar berbakat.

Sayangnya di kala Hanez menuju ke puncak, tiba-tiba dirinya diselebungi kontroversi pula.

Semoga kali ini Hanez benar-benar fokus dan tidak lagi menimbulkan sebarang masalah. Selamat kembali diucapkan kepada Hanez. Semoga terus maju jaya.

 


View the original article here

Thursday, 23 October 2014

OH ARTIS!!! Reaksi Jep Sepahtu Setelah Gambar Bersama Buah Hatinya Tersebar


Pelawak Jep (Sepahtu) menjelaskan foto dia bersama seorang wanita yg dimuatnaik di akaun Instagram miliknya merupakan orang yg paling rapat dengannya buat masa ini.


Bagaimanapun Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 29, berkata, dia enggan menjelaskan status perhubungan tersebut mahupun mendedahkan lebih lanjut identiti wanita berkenaan.


Tak tahu nak cakap macam mana tetapi apa yg boleh saya katakan, dia adalah wanita yg paling rapat dalam hidup saya setakat ini.

Dan tiada apa yg perlu dirahsiakan. Sebab itu saya memuat naik beberapa foto kami di Instagram, katanya kepada mStar Online.

Jep ditemui pada majlis pengumuman peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) di Hotel Le Meridian di sini pada Selasa.

Baru-baru ini, Jep telah berkongsi beberapa keping foto bersama seorang wanita yg dikenali sebagai Nazeera Sardi di akaun Instagram miliknya.

Perkara itu membuatkan ramai mengandaikan wanita tersebut merupakan kekasih Jep dan gembira mengenainya.

Bagaimanapun ada juga yg meluahkan rasa kecewa kerana Jep sudah berpunya.

Sementara itu, Jep memberitahu, dia telah mengenali wanita tersebut sejak enam tahun lalu namun mereka terputus hubungan pada dua tahun lepas.


Tiba-tiba pula kami berkawan balik pada awal tahun ini. Kenapa dia? Perkara ini melibatkan hati, biarlah hati saya seorang saja yg tahu.

Yang penting kami sudah pun mengenali keluarga masing-masing. Tetapi jangan pula ingat saya memuat naik foto-foto berkenaan kerana ingin melenyapkan gosip saya sudah bertunang.

Bukan. Saya nak buktikan yg saya bukan gay...hahaha, katanya dengan nada bergurau.

Terdahulu, sebuah akhbar mingguan melaporkan Jep telah mengikat tali pertunangan pada awal Januari 2014 dengan wanita sekampung dengannya di Kluang, Johor.

Difahamkan wanita tersebut bekerja di sebuah stesen radio tempatan. Bagaimanapun, Jep menepis dakwaan tersebut.

 


View the original article here

Sunday, 12 October 2014

PELIK Remaja Serah Teruna Kepada Mayat Ibu Setelah Membunuhnya



Seorang remaja, Kevin Jazrael Davis, 18,  hilang teruna kepada mayat ibunya setelah dia sendiri membunuh ibunya.

Remaja berkenaan didapati bersalah setelah dia mengaku membelasah ibunya sebanyak 20 kali dan merogol mayat tersebut. Dia juga memberitahu dia mempunyai fantasi sek ganas bersama adik perempuanya.

Dia memberitahu "Saya tidak mempunyai gangguan mental. Saya waras. Saya tahu apa yg saya buat".

Remaja berkenaan didapati mempunyai masalah personaliti tetapi diistiharkan sebagai waras -

View the original article here

Wednesday, 10 September 2014

[3 Gambar] Mat Hatim Tersungkur Setelah Setahun Di Buru Polis

Mat Hatim Tersungkur Setelah Setahun Di Buru Polis | Selepas lebih setahun diburu, penjenayah paling dikehendaki, 'Mat Hatim' atau nama penuhnya Hatim Mohd Zain, 25, akhirnya tersungkur apabila maut dalam satu kejadian berbalas tembakan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Banggol Telipot, Pasir Puteh, jam 4.10 pagi tadi.

Mat Hatim Tersungkur Setelah Setahun Di Buru Polis

Turut maut adalah seorang lagi rakan sekutunya Mohamad Hafiz Saupi, 25, dari Kampung Merak Banggu, Bachok.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, Mat Hatim sudah lama diburu berikutan terbabit kes bunuh dan tembak di Kampung Kemasin, Bachok, Februari tahun lalu.

Mat Hatim Tersungkur Setelah Setahun Di Buru Polis

"Operasi pagi tadi dikendali sepasukan anggota Operasi Khas Bahagian Siasatan/ Perancangan (D8) Bukit Aman yang bertindak menyerbu rumah sewa didiami dua suspek terbabit sejak dua bulan lalu.

"Dalam serbuan itu suspek melepaskan tujuh das tembakan yang turut mencederakan tiga anggota termasuk seorang pegawai.


"Namun ketiga-tiganya yang cedera di pergelangan tangan, peha dan perut berada dalam keadaan stabil, dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian," katanya pada sidang media sebentar tadi.

Mat Hatim

Mohmad percaya dengan kematian suspek polis berjaya menyelesaikan dua kes bunuh, tiga kes cubaan bunuh dengan senjata api selain dadah yang aktif dilakukan sejak tiga tahun lalu.

Polis turut merampas dua pucuk pistol jenis Compact Cz 75D dan .38 buatan Brazil berhulu kayu berwarna coklat.

sumber
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MatHatim_sudahmati/Article

View the original article here

Tuesday, 2 September 2014

Aliaa Majida Maut Setelah Hina Islam Dengan Darah Haid

Aliaa Majida Maut Setelah Hina Islam Dengan Darah Haid | Dek kerana perbuatan melampau seorang gadis yang berasal dari Mesir, Aliaa Majida Al Mahdi atau dikenali juga Aliaa Magda Elmahdy,23 yang menitiskan darah haidnya keatas kalimah Allah, dia dilaporkan a maut setelah mengalami satu kemalangan.

Aliaa Majida Maut Setelah Hina Islam Dengan Darah Haid

Kami masih belum menerima butir rasmi, namun beberapa gambar dibawah menunjukkan detik2 kematian Aliaa.

Aliaa Majida Maut Setelah Hina Islam Dengan Darah Haid

Menerusi laman sosial sebelum ini, Aliaa memuat naik gambar dirinya bersama seorang lagi wanita berhijab sedang membuang besar dan memandang belakang sambil menunjukkan jari tengah.


Dia pula memandang hadapan dalam keadaan sedang datang haid.

Aliaa Majida Maut Setelah Hina Islam Dengan Darah Haid

Najis dan darah mereka dilumur pada bendera kumpulan gerakan penentang di Iraq, ISIS yang tertulis kalimah Allah.


Andainya sahih berita ini, kini kesombongan dirinya tidak dapat lagi diperlihatkan kerana perbuatan kejinya dibayar cash didunia. Alangkah ruginya seorang manusia itu jika belum sempat bertaubat.

Walahu alam.



sumber
http://imgarcade.com/1/alia-al-mahdi/




View the original article here

Tuesday, 27 May 2014

TERJUN SUNGAI SETELAH UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA ISTERI



DI Jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu inilah lokasi Tuck Li dilihat terjun ke dalam Sungai Kelantan malam kelmarin

KOTA BHARU - Seorang eksekutif jualan sempat mengucapkan "selamat tinggal" kepada isterinya menerusi telefon bimbit sebelum dia kemudian dipercayai terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra di sini malam kelmarin.


Kejadian itu berlaku pada pukul 9.20 malam tetapi sehingga pukul 5 petang semalam nasib Yoon Tuck Li, 28, belum diketahui.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, seorang saksi mendakwa melihat tindakan mangsa yang memberhentikan kereta Honda City yang dipandunya di tepi jambatan tersebut sebelum dia kemudian terjun ke dalam sungai itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.