Monday 1 September 2014

Ayda Pening Di Kritik Peminat

Ayda Pening Di Kritik Peminat | Ayda Jebat meminta orang ramai agar tidak memperbesarkan isu gambar mesranya bersama aktor Zul Ariffin yang dimuatkan dalam Instagram miliknya.

Menurut Ayda, gambar tersebut adalah sekadar promosi drama Rindu Awal 200%  yang tidak bertujuan mencetuskan sebarang kontroversi atau melukakan hati mana-mana pihak.

"Jujurnya, saya tidak berniat nak timbulkan isu dengan setiap gambar yang dimuat naik dengan Zul di Instagram. Itu semua sekadar promosi drama sahaja. Dan gambar tersebut diambil ketika kami berada di lokasi penggambaran.

"Mengenali Zul, dia seorang yang 'moody'. Dan pihak penerbit sendiri dah bagitahu awal-awal supaya pastikan lakonan saya dan dia ada keserasian. Maklumlah, saya kan orang baru. Selepas dua minggu penggambaran, baru dia okay. Itu yang saya ambil gambar tu. Tak ada apa-apa niat pun.

Ayda Pening Di Kritik Peminat

"Jika orang komen berkaitan dengan agama, saya tidak boleh nak cakap apa-apa kerana saya bukannya warak pun. Di harap gambar tersebut tidak lagi menjadi isu,"

Drama bersiri Rindu Awak 200% disiarkan di TV3, menerusi slot Akasia, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam.

Baru-baru ini, Ayda mendapat kritikan daripada pengikut Instagram miliknya kerana memuat naik foto-foto mesra bersama Zul di laman sosial berkenaan.


Dalam pada itu, Ayda turut dihentam apabila salah satu gambar mereka diambil dalam kedudukan begitu rapat memandangkan mereka bukan muhrim yang disifatkan tidak manis untuk dipaparkan kepada umum.

Sementara itu, Ayda berkata, walaupun pada awalnya dia sedikit berkecil hati dengan komen-komen negatif tersebut, namun dia mengambil pendekatan berfikir secara positif dengan setiap komen yang diberikan.

"Saya senang saja, fikir sahaja komen-komen itu ke arah yang positif kerana ada juga komen negatif yang boleh dijadikan sebagai pengajaran.

"Apa-apapun, setiap foto yang dimuat adalah kehendak saya sendiri. Cuma mungkin selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Entahlah, saya pun hanya jadi diri sendiri. Apa yang dilihat dalam Instagram, itu adalah (diri) saya," ujarnya.


sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/08/29/ayda-jebat-isu-foto-zul-ariffin/

View the original article here

No comments:

Post a Comment