Showing posts with label Kritik. Show all posts
Showing posts with label Kritik. Show all posts

Tuesday, 23 September 2014

Dafi, Dilantik Duta U Mobile Bukan Sebab Kritik Syarikat Telekomunikasi



Penyanyi Dafi menolak khabar angin kritikannya terhadap perkhidmatan sebuah syarikat telekomunikasi menerusi Instagram miliknya baru-baru ini menjadi punca dia mendapat tawaran sebagai duta U Mobile.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 26, menyifatkan tawaran yang diterima itu sekadar kebetulan dan dia terus menerima peluang itu memandangkan U Mobile belum pernah mengambil mana-mana selebriti sebagai duta produk mereka.

"Saya tak rasa U Mobile mengambil saya sebagai duta kerana perkara itu. Tetapi jika kritikan tersebut telah memberi saya peluang ke arah lembaran lain, saya bersyukur.

"Dan saya gembira kerana diberi kepercayaan untuk menjadi wakil kepada produk telekomunikasi ini," katanya.






Dafi berkata demikian selepas majlis perlantikan Dafi sebagai duta U Mobile di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini pada Khamis.

Pada Julai lalu, Dafi naik berang dan menegur sebuah syarikat telekomunikasi gara-gara tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan menerusi laman Instagram miliknya.

Dia benar-benar kecewa selepas menerima bil mencecah RM9,000 selain beberapa masalah lain yang berlaku.

Sementara itu, Dafi berkata, dia mengambil peluang menerima tawaran sebagai duta U Mobile selepas melihat syarikat tersebut sudi membantunya dalam kerja-kerja pembabitannya di bidang nyanyian.

"Kami bekerjasama dengan situasi menang-menang di mana saya mempromosikan produk mereka dan pada masa sama mereka turut membantu menjayakan konsert mini jelajah di beberapa lokasi.




"Malah, kulit album #D4F1 merupakan rekaan daripada pihak U Mobile," ujarnya.

Ketua Pemasaran Komunikasi dan Jenama, U Mobile Sdn Bhd, Jeanette Lee pula berkata pelantikan Dafi dianggap sebagai pilihan tepat kerana penyanyi itu mempunyai personaliti menarik yang memikat peminat-peminatnya.

"Dafi seorang yang muda, merendah diri dan progresif dalam kerjanya. Dan segala personaliti yang ada padanya adalah selebriti yang selama ini kami cari.

"Kami bekerjasama dengan kontrak selama setahun di mana dan dia akan terbabit dengan beberapa kempen, promosi serta iklan," tuturnya.

Pada majlis tersebut, Dafi turut melancarkan album terbaharunya berjudul #D4F1 yang memuatkan sebanyak lima buah lagu iaitu Salahkah Aku, Dalam Hati Ini, Sudah Cukup Sudah, Bintang Hati dan Baby Harus Bersama.

View the original article here

Monday, 1 September 2014

Ayda Pening Di Kritik Peminat

Ayda Pening Di Kritik Peminat | Ayda Jebat meminta orang ramai agar tidak memperbesarkan isu gambar mesranya bersama aktor Zul Ariffin yang dimuatkan dalam Instagram miliknya.

Menurut Ayda, gambar tersebut adalah sekadar promosi drama Rindu Awal 200%  yang tidak bertujuan mencetuskan sebarang kontroversi atau melukakan hati mana-mana pihak.

"Jujurnya, saya tidak berniat nak timbulkan isu dengan setiap gambar yang dimuat naik dengan Zul di Instagram. Itu semua sekadar promosi drama sahaja. Dan gambar tersebut diambil ketika kami berada di lokasi penggambaran.

"Mengenali Zul, dia seorang yang 'moody'. Dan pihak penerbit sendiri dah bagitahu awal-awal supaya pastikan lakonan saya dan dia ada keserasian. Maklumlah, saya kan orang baru. Selepas dua minggu penggambaran, baru dia okay. Itu yang saya ambil gambar tu. Tak ada apa-apa niat pun.

Ayda Pening Di Kritik Peminat

"Jika orang komen berkaitan dengan agama, saya tidak boleh nak cakap apa-apa kerana saya bukannya warak pun. Di harap gambar tersebut tidak lagi menjadi isu,"

Drama bersiri Rindu Awak 200% disiarkan di TV3, menerusi slot Akasia, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam.

Baru-baru ini, Ayda mendapat kritikan daripada pengikut Instagram miliknya kerana memuat naik foto-foto mesra bersama Zul di laman sosial berkenaan.


Dalam pada itu, Ayda turut dihentam apabila salah satu gambar mereka diambil dalam kedudukan begitu rapat memandangkan mereka bukan muhrim yang disifatkan tidak manis untuk dipaparkan kepada umum.

Sementara itu, Ayda berkata, walaupun pada awalnya dia sedikit berkecil hati dengan komen-komen negatif tersebut, namun dia mengambil pendekatan berfikir secara positif dengan setiap komen yang diberikan.

"Saya senang saja, fikir sahaja komen-komen itu ke arah yang positif kerana ada juga komen negatif yang boleh dijadikan sebagai pengajaran.

"Apa-apapun, setiap foto yang dimuat adalah kehendak saya sendiri. Cuma mungkin selepas ini saya akan lebih berhati-hati. Entahlah, saya pun hanya jadi diri sendiri. Apa yang dilihat dalam Instagram, itu adalah (diri) saya," ujarnya.


sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/08/29/ayda-jebat-isu-foto-zul-ariffin/

View the original article here