Showing posts with label Peminat. Show all posts
Showing posts with label Peminat. Show all posts

Sunday, 2 November 2014

SUPERB!!! Gambar Ramona Zamzam Bersama Amar Baharin Buat Peminat Marah


Amboi, amboi, amboi. Confirm ramai yg jeles apabila melihat gambar Ramona Zamzam dan Amar Baharin lebih-lebih mereka yg mendambakan Amar Baharin bercinta dengan Izreen Azminda.

Malah mungkin ada yg stress kerana Ramona Zamzam sebelum ini pernah didakwa menjadi perosak hubungan Amyra Rosli dan Dazrin Kamaruddin.

Banyak peminat Amar dan Izreen yg menulis komen memohon agar Ramona tidak mengganggu-gugat atau menjadi orang ketiga dalam perhubungan kedua-dua pelakon itu.

Walaupun sudah menulis caption “Relax! pergi event je. Jgn ada fan club dtg attack ckp nak rampas bf/tunang/laki org lagi okeyh? @amarbaharin is safe with me bahahahhahaha“, untuk gambar di atas, masih ramai lagi peminat yg melahirkan rasa bimbang dan marah.

Berkata menerusi Berita Harian, Ramona Zamzam menjelaskan yg dia sudah lama berkawan dengan Amar Baharin. Kata Ramona:-


Amar memang dia sudah lama saya kenal. Dia antara kawan lepak saya sejak bertahun lalu. Malah dia pernah datang jemput dan hantar pulang saya ke rumah. Tapi sejak sekian lama tak berjumpa, kami bertemu semula ketika berlangsungnya Media Prima TV Networks Screenings.

Itupun kami bertembung ketika dia nak pulang dan gerak ke kereta dan saya pula menghala ke tempat parkir kereta. Bermula dengan bertegur di tepi jalan, dia ajak saya masuk ke kereta untuk sambung bersembang. Ketika itu saya ambil kesempatan bergambar dengannya juga



Abang Nara faham kenapa banyak spekulasi dan rasa marah timbul di kalangan peminat. Iyerlah, Ramona Zamzam kan cantik orangnya.

Silap-silap memang Amar Baharin boleh jatuh cinta dibuatnya. Nanti tak pasal-pasal impian para peminat mahu melihat Amar dan Izreen bersatu tak tercapai.

Apa pun, kita kena faham. Jodoh itu di tangan Tuhan. Kalau dah tertulis jodoh, memang tak akan ke mana. Tak gitu? -beautifulnara

 


View the original article here

Wednesday, 29 October 2014

APA KES!!! Sara Ali Dipukul Peminat?




Bukan perkara baru sebenarnya kisah peminat yg terbawa bawa pengaruh watak dalam drama tempatan ke dunia realiti. Lebih lebih lagi jika ianya melibatkan drama bersiri yg menjadi perhatian ramai seperti Maaf Jika Aku Tak Sempurna (MJATS) baru baru ini.

Bercakap kepada Harian Metro baru baru ini, Sara Ali yg memegang watak utama dalam MJATS mengakui ramai peminat mula memanggil beliau sebagai Melina sempena nama watak yg dijayakan dalam drama itu — dan ada juga yg nakal.


Sejak Maaf Jika Aku Tak Sempurna bersiaran, ramai panggil saya Melina. Pernah seorang wanita pukul saya kerana tidak suka watak Melina. Kemudian dia ajak bergambar. Itu antara maklum balas yg menunjukkan mereka dapat menerima saya. Pengikut di laman sosial juga bertambah.



Penerimaan positif sebegitu menurut Sara Ali membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk terus berlakon namun jauh dalam hatinya menyimpan perasaan untuk bergelar menyanyi.




Sekarang, kalau ada jemputan menyanyi, saya akan terima. Sekadar mahu lihat kemampuan diri. Dalam Instagram pun saya dapat lihat ada dua kelompok pengikut. Ada yg ikut saya dari zaman indie dan ada juga kelompok peminat di arus perdana.

Saya tidak mahu peminat lama dan baru bergaduh. Harap mereka dapat bersatu untuk sokong kerjaya saya, tambah Sara Ali lagi.

 


View the original article here

ARTIS!!! Sebab Musabab Wak Doyok Dihencap Peminat AF2014


Wak Doyok pilih kasih pada Konsert AF 2014 Minggu 8 apabila Firman AF 2014 tak dapat hadiah.

Isu Wak Doyok beri cenderahati kasut dan baju kepada kesemua peserta pelajar lelaki AF 2014 kecuali Firman telah menjadi perbualan hangat dilaman sosial.

Rata-ratanya menyifatkan Wak Doyok bersikap pilih kasih dan hanya memberikan cenderahati kepada pelajar kegemarannya sahaja. Apapun, Wak Doyok seharusnya lebih bersikap adil terhadap pelajar lain agar tiada pihak yang berkecil hati.

Komen Peminat Dilaman Sosial Twitter



Tapi itu cerita malam tadi.. 

Setelah puas kami mencari di sumber carian , ini yg kami dapat..



Tidak Benar Wak Doyok Pilih Kasih & Tidak Adil #AF2014

Assalamualaikum w.b.t.. Semuanya gara-gara gimik yg dilakukan oleh produksi AF2014 malam ni di Konsert AF 2104 Minggu Ke 8 berkaitan dengan Wak Doyok.

Semasa tiga jejaka AF 2014 membuat persembahan Trio, iaitu Azwan, Ewal dan Zarif, pihak Astro telah siarkan video tentang lawatan Wak Doyok ke bilik pelajar lelaki AF 2014. Dan hasilnya seperti yg ditunjukkan dalam video berkenaan la.

Selepas itu, Wak Doyok telah naik ke pentas AF dengan membawa 4 bag yg berisi sesuatu untuk diberikan kepada pelajar lelaki AF 2014. Tiga yg baru membuat persembahan memang sah-sah dapat tapi lagi satu yg extra adalah untuk Aman. Nampak tak yg Firman tidak dapat apa-apa..

Ini yang buat ramai peminat Firman dan orang luar mungkin yg tidak puas hati dan menyatakan bahawa Wak Doyok ni pilih kasih, Wak Doyok ni tidak adil, Anak tirikan Firman la.. Kaitkan negeri Sabah la.. Macam-macam la keluar..

Kalau tak percaya, boleh tengok twitter.. Eh eh eh.. Tak pasal-pasal Wak Doyok kena lepas lakukan gimik tu..

Sebenarnya itu hanyalah gimik dihasilkan oleh AF 2014 untuk program berkenaan. Ada la sebabnya tu.. Yang pasti, Astro menekankan yg Wak Doyok akan datang lagi next week.. Ada kejutan la kot untuk Firman..

Jangan orang di luar sana, janganlah kita terus memberikan kata-kata yg tidak enak kalau tidak tahu puncanya.. Kesian la pada orang yg tidak bersalah.. Betul tak?? Wassalam.

 


View the original article here

PERHH!!! Peminat Kecewa Tiada Adegan PANAS Dalam Cerita CIKGU SURAYA


Biar betul? Itulah reaksi kami apabila mendapat tahu bahawa trailer untuk filem adaptasi cerpen seks, Cikgu Suraya yg popular sekitar 2000-an itu kini sudah menjadi bahan viral di laman sosial.

Trailer filem ini nampaknya telah membangkitkan rasa ingin tahu yg membuak-buak di kalangan penonton yg rata-ratanya mencapai akil baligh pada ketika itu.

Namun, kebanyakan penonton kecewa apabila tiada adegan seks dimainkan dalam trailer filem tersebut seperti mana yg diceritakan dalam cerpen.

Malah, kami pasti ia tidak akan menjadi kenyataan kerana melanggar syarat Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Sinopsis Filem Cikgu Suraya:

Adaptasi dari cerpen romantik cult, ia mengisahkan seorang pelajar sekolah menengah, Amir yg kekempisan tayar basikal ketika hujan lalu meminjam pam dan segitiga emas dari guru kesayangannya, Cikgu Suraya. Peminjaman pam itu telah mengajarnya erti sebuah kehidupan.



Dilakonkan oleh Ashraf Zamani dan Sofia Lee Abdullah, penonton juga agak ‘frust’ apabila watak Cikgu Suraya tidak secantik seperti yg digambarkan.

Melihat daripada sudut yg lain, ada juga yg tidak menyokong tindakan Tengku Umar untuk memfilemkan cerpen ala-ala ’50 Shades of Gray’ versi Melayu ini dan mengatakan bahawa ia akan menggalakkan lagi masalah sosial di kalangan remaja.



Hurm.. kami pun sangat curious dengan jalan cerita yg akan dibawakan dalam filem ini.

Takpelah, kita tunggu sahaja filem ini ditayangkan di pawagam nanti ya?



 


View the original article here

OH ARTIS!!! Peminat Selar Hanis Zalikha Pelacur


Ingat lagi tak dengan kontroversi mengenai Hanis Zalikha yg telah menyekat pengikut Instagram gara-gara menegurnya berpakaian seksi?

Kali ini, sekali lagi pengacara jelita ini dikritik hebat tau. Semuanya kerana Hanis berpakaian hingga menampakkan sebahagian perutnya.

Kalau korang nak tahu, foto ini sebenarnya diambil ketika sesi fotografi bersama majalah Cosmopolitan Malaysia untuk edisi terbaru.

Difahamkan, foto ini telah dimuat naik oleh sebuah laman sosial blog hiburan terkenal.

Dek kerana itu, ada beberapa peminat yg mendakwa Hanis semakin seksi setelah popular.



Lebih teruk lagi apabila Hanis turut digelar pelacur.

Fuh! Sampai macam tu sekali marahnya. Hmm, apa nak hairan, keyboard warriors memang pantas dalam memberikan kata-kata yg ‘menusuk kalbu’ ni.



Kalau diikutkan, gambar ini tak adalah over sangat, tapi…iyalah apabila berpakaian terdedah sikit, pasti ramai yang marah kan?

Dalam pada itu ada juga yg tertunggu-tunggu foto ini diambil dan di-edit oleh Amran Fans. Maklumlah, Meran kan peminat setia Hanis Zalikha.

Kalau betul, korang rasa di mana Meran akan muncul ya?

View the original article here

Friday, 24 October 2014

BUAT HAL!!! Gara-gara Menampakkan Bahagian Dalaman, Mimi Dihentam Peminat


Gara-gara memuat naik gambar seksi dilaman Instagram miliknya, Mimi One Nation Emcee telah dihentam teruk oleh peminat dilaman sosial tersebut sehingga mengundang pergaduhan antara satu sama lain.

Menerusi foto-foto yg dimuat naik oleh penyanyi ini, Mimi dilihat telah memakai singlet putih dan baju itu dilihat sedikit jarang sehingga menampakkan pakaian dalamnya berwarna merah.

Segala foto tersebut telah mengundang pelbagai respon negatif peminat terhadap Mimi sehingga ada melemparkan kata-kata lucah terhadap bentuk badan penyanyi itu yg dilihat sedikit montok dan seksi.



Lagi gambar Mimi One Nation Emcee Yang Seksi Gituu..





 


View the original article here

Wednesday, 22 October 2014

GOSIP!!! Zul Ariffin Mengaku Dia Ke Kelab Malam, Gadis Itu Hanyalah Peminat


Awal bulan ini, timbul khabar angin mengatakan pelakon yg semakin popular menerusi drama Rindu Awak 200% ini berhibur sehingga mabuk selain sekeping gambar beliau bersama seorang gadis seksi berpelukan tersebar di internet.


Membuka mulut akhirnya kepada mStar Online hari ini, Zul Ariffin mengakui yg beliau ada hadir ke sebuah kelab hiburan untuk menikmati persembahan live band sebelum beliau disapa oleh seorang peminat wanita yg mahu bergambar.


Ketika kejadian saya sedang menonton persembahan live band di sebuah kelab dan disapa oleh wanita berkenaan untuk mengambil gambar dan saya sekadar memenuhi permintaannya.

Selepas gambar itu tersebar saya sedar ia satu kesilapan besar kerana cara itu agak berlebihan sehingga menimbulkan salah faham di kalangan peminat, jelas Zul Ariffin.



Pelakon ini turut menambah yg beliau tidak menyalahkan wanita itu selepas gambar tersebut mula tersebar namun kesal dengan ada pihak yg cuba memutarkan cerita sebenar disebalik gambar tersebut dan akan lebih berhati hati selepas ini.


Serba salah untuk menolak permintaan peminat untuk bergambar atau menegur cara mereka kerana bimbang mereka berkecil hati.

Namun kejadian itu memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati apabila bergambar dengan peminat wanita selepas ini, tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Zul Ariffin telah terpilih sebagai salah seorang pengacara Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) disamping Fahrin Ahmad, Amyra Rosli, Nabila Huda, Shukri Yahya, Tasha Shilla, Fiza Sabjahan dan Fara Fauzana.

View the original article here

Monday, 13 October 2014

Feeya Iskandar dikritik peminat


- Penampilan Feeya Iskandar yang dikatakan terlalu seksi ketika mengacarakan program mingguan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2013 mengundang kritikan dan tomahan dari peminat di laman forum sosial.

Bercakap kepada Harian Metro hari ini berhubung kontrovers tersebut, Feeya mengakui terkejut dan berasa sedih dengan tuduhan mereka sedangkan dia merasakan penampilannya memang bersesuaian dengan konsep MLM.

“Saya tak faham kenapa orang perlu pertikai sampai macam itu sekali. Saya tak rasa diri saya seksi. Saya akui cemuhan itu satu tamparan dan cabaran untuk saya secara peribadi."

"Pada awalnya, saya ingatkan benda itu tak ada apa-apa. Kesilapan itu menjadi satu pengajaran buat saya agar lebih berhati-hati dan sensitif pada masa akan datang."

Penyampai radio Sinar FM itu turut melahirkan perasaan terkilannya kerana buat pertama kali penampilan beliau di MLM menarik perhatian umum walaupun perkara tersebut tidak keterlaluan seperti dicanangkan.

“Saya akui memakai seluar agak ketat selalunya ketika mengacarakan MLM ataupun di luar waktu kerja sebab saya selesa begitu dan itu adalah diri saya.

“Saya pun pelik, banyak lagi benda lain, bahagian seluar dan pu0nggung saya menjadi isu. Saya hanya menjadi diri sendiri dan tidak menyangka pakaian dan penampilan saya menimbulkan perasaan kurang senang kepada segelintir pihak.”


Dalam pada itu, Feeya menafikan cuba bersikap gatal dan tergedik-gedik untuk menarik perhatian sesetengah peserta MLM. Katanya, dia berbuat demikian bagi memenuhi konsep MLM yang ceria dan bertenaga.

“Takkanlah saya nak mengendalikan program itu secara sopan santun dan tertib sedangkan MLM perlu tenaga dan gila-gila."

"Saya seronok mengendalikan program itu dengan cara saya yang ceria. Tak tahu pula benda itu menjadi satu masalah. Jujurnya, saya malas nak ambil pusing.”





View the original article here

Friday, 10 October 2014

ARTIS !!! 4 Gambar Emma Maembong Buat Peminat Stim




Pelakon terkenal dan kekasih kepada Zizan Razak, Emma Maembong telah berkongsi 

beberapa gambar dirinya bersama monyet peliharaannya yg diberi nama Meekataro.




Menerusi gambar yang dimuatnaik, tidak ada sebarang unsur kontroversi pada gambar 

tersebut tetapi yang peliknya mengapa gambar yg sebegitu boleh mengundang komen

yg keterlaluan.













 


View the original article here

Tuesday, 23 September 2014

Gambar Dj Wanita Cantik Hasil Photoshop Kecewakan Peminat

Sebuah media online Jepun mengulas mengenai foto-foto wanita yang diuar-uarkan sebagai DJ cantik dan seksi. Dalam sebahagian besar fotonya yang muncul di media, ia nampak menggoda dan seperti gadis-gadis berwajah boneka yang sangat popular kebelakangan ini.

Namanya adalah DJ Auna Chan. Ia merupakan salah seorang DJ wanita yang mempunyai image hot dan seksi. Sesuai dengan pekerjaannya, Auna Chan kerap tampil dengan pakaian yang seksi.

Beberapa orang yang melihat foto-gambar Auna Chan, utamanya kaum lelaki, tentu akan terus dipukau. Kerana wanita ini mempunyai wajah cantik dan kulit mulus. Profesionnya sebagai DJ juga merupakan perkara yang unik, sehingga ramai orang tertarik untuk mengenalinya.

Risalah-risalah show Auna Chan sudah merebak ke beberapa kawasan di sekitar China. Yang orang bayangkan tentangnya pasti adalah seorang wanita yang good looking dan akan membuat mereka mabuk kepayang.

Namun ternyata, apa yang mereka bayangkan dan lihat itu hanya angan-angan belaka. Kerana ketika sampai di lokasi, apa yang mereka lihat adalah sangat berbeza.

Auna-chan yang ada di gambar sangat berbeza dengan apa yang mereka lihat terus di lokasi. Wanita bertubuh 'fluffy' ini memang mempunyai wajah yang cute, tapi tubuhnya tidak selangsing seperti di poster dan risalah. Perkara ini pun membuat beberapa orang merasa kecewa.

Entah apa yang terjadi dengan Auna Chan dan promosinya. Ada yang menduga bahawa itu adalah hasil Photoshop. Ada pula yang menduga mungkin Auna mengalami lonjakan berat badan.

Peminat yang menyaksikan gambar-gambar itu juga takjub. Mereka tak boleh membayangkan rasa patah hati yang dialami fansnya, apatah lagi jika memang tiket itu habis dijual.




View the original article here

Sunday, 21 September 2014

GEMPAR! Gambar Siti Saleha Dikomen Luc4h Peminat





Siapa tidak kenal akan pelakon jelita, Siti Saleha yang memang tidak dapat dinafikan memang berbakat dalam bidang seni tanah air kita. Tetapi itulah namanya artis, jika tidak dikcam dengan gosip tidak sah. 

Kali ini beliau dikecam peminat setelah beliau memuat naik gambar di laman sosial miliknya. Rujuk gambar dibawah, bagi admin tiadalah yang janggal akan gambar tersebut. Tetapi setiap manusia dikurniakan akal dan fikiran srta mereka berlainan pendapat.

Apapun, kita hendaklah berfikir diluar kotak, jangan hanya suka melempar sebarang komen yang negatif mengikut kehendak.






View the original article here

Wednesday, 10 September 2014

Peminat Tegur Zaquan Muatnaik Gambar Anak Sedang Menyusu

Peminat Tegur Zaquan Muatnaik Gambar Anak Sedang Menyusu | Beberapa hari ini kebelakangan ini tercetus satu lagi kontroversi baru apabila sekeping gambar di Instagram Zaquan Adha kelihatan isterinya, Ayu Raudhah sedang menyusukan bayi mereka.

Peminat Tegur Zaquan Muatnaik Gambar Anak Sedang Menyusu

Ramai peminat mempertikaikan tindakan Zaquan yang terlalu ghairah memuat naik gambar hingga sanggup berkongsi momen mereka yang agak peribadi.

Bagaimana pun terdapat sebilangan komen lain terutama wanita membidas mereka yang terlalu memperbesarkan isu ini kerana tiada bahagian sulit badan terdedah cuma mereka yang membayangkan lebih-lebih.

Peminat Tegur Zaquan Muatnaik Gambar Anak Sedang Menyusu | Beberapa hari ini kebelakangan ini tercetus satu lagi kontroversi baru apabila sekeping gambar di Instagram Zaquan Adha kelihatan isterinya, Ayu Raudhah sedang menyusukan bayi mereka.

Apa pun memang tak salah untuk memberi susu badan pada anak di khalayak ramai kerana kini terdapat banyak pakaian yang direka untuk memudahkan penyusuan di mana sahaja , tetapi berkongsi gambar ini di laman sosial....ini la pula jadinya...

Peminat Tegur Zaquan Muatnaik Gambar Anak Sedang Menyusu

Jangan salahkan lelaki kerana fikiran mereka memang mudah sangat terimaginasi lebih-lebih bila melihat sesuatu Zaquan patut lebih maklum hal ini kot.

sumber
mynewshub

View the original article here

GEMPAR! Gambar Siti Saleha Dikomen Luc4h Peminat





Siapa tidak kenal akan pelakon jelita, Siti Saleha yang memang tidak dapat dinafikan memang berbakat dalam bidang seni tanah air kita. Tetapi itulah namanya artis, jika tidak dikcam dengan gosip tidak sah. 

Kali ini beliau dikecam peminat setelah beliau memuat naik gambar di laman sosial miliknya. Rujuk gambar dibawah, bagi admin tiadalah yang janggal akan gambar tersebut. Tetapi setiap manusia dikurniakan akal dan fikiran srta mereka berlainan pendapat.

Apapun, kita hendaklah berfikir diluar kotak, jangan hanya suka melempar sebarang komen yang negatif mengikut kehendak.






View the original article here

Sunday, 7 September 2014

GEMPAR! Fesyen Ketat yang Melampau Fazura dikecam Peminat


Sekeping gambar berdua antara Lisa Surihani dan Fazura dikecam peminat pada baru-baru ini kerana pakaiannya yang sangat ketat dan melampau. Ternyata sangat banyak komen negatif daripada peminat kerana sememangnya pakaian Fazura sangat ketat hingga menampakkan benda yang tidak patut dipertontonkan.

Apa yang cuba diperagakan oleh Fazura dan Lisa Surihani sekadar mengikut kehendak pereka fesyen dan kemahuan pengarah di Astro Raya Screening. Namun perkara seperti ini perlu dipandang serius kerana mereka menjadi idola dan juga ikon kepada orang ramai.



View the original article here

MESTI TENGOK! Siti Saleha Dimarahi Peminat Kerana banyak Gambar Peluk Lelaki Tersebar


Menerusi gambar terbaru dalam laman instagram milik Siti Saleha kita dapat lihat banyak gambar Siti Saleha mudah dipeluk oleh lelaki. Perkara ini sememangnya perlu dipandang serius dan Siti Saleha sepatutnya lebih menjaga penampilannya memandangkan beliau seorang icon yang menjadi idola orang ramai.

Bagaimanapun, bila bergambar dipeluk lelaki, dengan mudah dilihat satu tindakan kurang wajar oleh beliau apatah lagi bila gambar tersebut dimuatnaik dilaman sosial. Semoga Siti Saleha semakin berhati-hati selepas ini.

Namun hingga kini Siti Saleha dilihat masih lagi belum menjawab sebarang komen para peminat.



View the original article here